Footer Right Content

Friday, August 6, 2010

Lawatan ke Kampung Madang

Pada Sabtu 3i Julai 2010 yang lepas, ahli PSS dan KRU Tuaran telah mengadakan siri lawatan kedua ke Kampung Madang yang terletak di Topokon, Tuaran lebih kurang 45 minit dari jalan berturap Masjid Topokon. Buat pengetahuan semua, kampung tersebut tidak mempunyai surau dan kami ditawarkan mengajar di sebuah rumah salah seorang penduduk kampung. Lawatan ini adalah hasil daripada aduan yang diterima oleh ahli PSS iaitu Jamil berhubung dengan kes murtad yang berlaku dalam kawasan kampung tersebut dan kampung-kampung sekitar yang penganut Islam merupakan penganut minoriti.





Hasil daripada aduan tersebut, membawa kepada pertemuan pertama kami dengan En Rasimin bin Soiun yang merupakan orang lama dan berpengalaman di kampung tersebut. Hasil daripada perbincangan pertama tersebut, PSS dan KRU berusaha untuk membantu saudara Islam di sana yang memerlukan bantuan baik dari segi ilmu Quran dan Fardhu Ain mahupun kebajikan (kewangan). Selain itu, kami juga telah berkunjung ke Kampung Rungus yang dikhabarkan terdapat sebuah keluarga Islam di sana. InsyaAllah lawatan susulan ke kampung Rungus akan menyusul…




Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu penduduk Tuaran amnya khususnya penduduk di sana dan mudah-mudahan juga usaha ini dipermudahkan Allah..Amiiiinn

0 comments: