Footer Right Content

Thursday, July 22, 2010

Liga Futsal KRU


LIGA FUTSAL KELAB REMAJA UKHUWWAH

TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KELAB REMAJA UKHUWWAH DAN REMAJA SABAH (UNDER 18)

WANG TUNAI UNTUK KAWASAN YANG DIWAKILI & PEMENANG PERTANDINGAN

PEMILIHAN UNTUK PASUKAN UKHUWWAH UNITED FC (SYARAT - AHLI KRU YANG AKTIF)

ADA BERANI?

Sunday, July 11, 2010

KRUKK dan Akademik



Kumpulan muslimin - Add Maths
Kumpulan muslimat - Add Maths

Berbeza dengan program yang sering dijalankan sebelumnya, kali ini KRUKK mula mengubah nada merancakkan irama dengan menjalankan Program Perkampungan Akademik bersama Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu bertujuan menjaga kebajikan ahli dari sudut akademik lebih-lebih lagi yang bakal menduduki peperiksaan besar. Alhamdulillah program yang dirancang berlangsung pada 11 Julai 2010 bertempat di surau Taman Kuala Menggatal Kota Kinabalu berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.

Sekalung penghargaan kepada adik-adik yang berkesungguhan untuk hadir menambah ilmu di dada, mengisi kekosongan pemahaman di minda, membolosi tembok malu untuk bertanya. Meskipun kuantiti pelajar yang kurang daripada 50 orang, tetapi ini memberi kelebihan memudahan sesi pembelajaran 2 hala untuk lebih efektif di antara fasilitator dan adik-adik pelajar. Insya-Allah, membuahkan pemahaman yang lebih kualiti.

Kelancaran program tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan daripada pihak fasilitator yang berjaya mengemudikan kumpulan masing-masing dengan cekap. Justeru, setinggi penghargaan buat team UITM Kota Kinabalu dan wakil PSS yang sudi menurunkan ilmu Mathematics dan Additional Mathematics dengan begitu bersungguh-sungguh. Semoga penat lelah usaha adik-adik dalam memahami subjek ini berbayar dengan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan, insya-Allah.

Sunday, July 4, 2010

Perkampungan Akademik bersama KRUKK

Salam Ukhuwwah Fillah.

Untuk makluman pembaca sekalian, Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Program Perkampungan Akademik Bersama KRUKK seperti keterangan berikut;

Tarikh: 11 Julai 2010
Tempat: Suarau al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal
Masa: 8.00 am - 11.00 am


Ceramah motivasi; Shift Your Paradigm akan disampaikan oleh penceramah jemputan seterusnya turut diadakan study berkumpulan yang dikemudikan oleh seorang fasilitator. Rakan-rakan boleh membawa buku mata pelajaran Maths mahupun Add maths juga mana-mana soalan subjek lain yang memerlukan tunjuk ajar. Pelajar yang berada ditingkatan 3-5 adalah diutamakan.

Untuk sebarang penyertaan mahupun keterangan lanjut, boleh terus berhubung dengan mana-mana AJK berkenaan;

Hidayah - 014 8629791 (SMP LIKAS)
Huda - 013 8778325 (SHAN TAO)
Insyirah - 013 5509496 (TEBOBON)
Saufi - 014 6744621 (TEBOBON)

Friday, July 2, 2010

KRIS KB 2010

11-13 Jun; KRIS KB kali ke-3 yang bertempat SMK Arshad Kota Belud berjaya dilangsungkan dengan usaha gigih para ajk yang tidak mengenal erti putus asa. Walaupun telah berlaku masalah mencari tapak program, akhirnya program ini berjaya juga dilangsungkan. Syabas dan tahniah kepada para ajk dan pihak sekolah yang prihatin.

pendaftaran peserta
Walaupun jumlah peserta tidak mencapai anggaran sasaran (seperti biasa), KRIS kali ini tetap berjalan dengan baik dengan pengisian yang mantap. KRIS ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran sahabat2 dari KRU Kota Marudu yang begitu bersemangat datang dari jauh. Tidak lupa juga kepada sahabat2 dari KRU Tuaran yang turut mengimarahkan program ini.
slot lapangan
Diharapkan dengan pengisian yang sedikit ini semua peserta dan ajk dapat mengambil input yang baik dan menyebarkan serta mengamalkan ilmu yang dikutip. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, khasnya barisan fasilitator yang dijemput khyas dari jauh kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan program KRIS 2010 ini.
jom makan!
Semoga istiqamah dalam amalan dan bertemu lagi pada KRIS tahun depan Insya' Allah...