Footer Right Content

Monday, April 19, 2010

Lirik Masih Terbuka..

Adik-adik KRUians yang dikasihi Allah SWT.

Jangan lupa, tarikh untuk hantar draft lirik lagu rasmi KRU dah makin dekat. 25 April 2010. Tinggal 7 hari sahaja lagi dari sekarang…

Insya Allah, siapa sahaja yang punya idea kreatif, sila hantarkan ke email Sdr Zulhelmey ataupun Sdri Insyirah: zulhilmey@gmail.com & yuyushira@ymail.com

(konsep lagu boleh rujuk ke link ini--->[link])

Mudah-mudahan sedikit itu amat bermakna...

Satu contoh draft yang dah dihantar. Terima kasih kepada penggubahnya!

KRU: CINTA INI

Di sini ukhuwah kita terjalin
Bersama memikul beban dakwah-Nya
Bersatu hati jua tenaga
Walau mehnah menggoncang
meskipun terluka
Inilah kekuatan kita

Ilmu cahaya bekalan perjalanan
Kefahaman asas amal yang sahih
Menjadi teras perjuangan
Para jundullah yang mendambakan
KeredhaanNya..

Keimanan, Ketakwaan bukti cinta ini
Keikhlasan , pengorbanan tidak berbelah bagi
Beriltizam dengan perintahNya
Menjauhi laranganNya
MAka lahirlah...
Kesungguhan dalam berkerja

p/s:- Lirik ini hanya sebagai Inspirasi untuk anda mencipta yang baru. Jangan tiru pula ye!

Saturday, April 17, 2010

Study Group + Sambutan Hari Lahir KRU Penampang




Alhamdulillah usaha PSS membangunkan akademik adik-adik KRU Penampang (KRUP) sejajar dengan pembangunan akhlak dirintis melalui pelaksanaan program Study Group KRU Penampang di Perpustakaan Awam Penampang pada 17 April, jam 8.30pagi -12.30 tengahari tadi. Program diteruskan dengan sambutan hari lahir ahli KRUP di Restoran rasmi KRUP, Restoran Mazuin di Pekan Penampang. Tahniah kepada adik-adik yang hadir, dan terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak yang datang membantu!

Lagi gambar dan maklumat di [link]

Sunday, April 11, 2010

KRU Unggul di MTQ!

Persatuan Siswazah Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah yang telah menceburkan diri dalam Majlis Tadarus Quran di mana-mana peringkat. Tahniah kepada yang berjaya, dan teruskan berusaha kepada yang belum mencapai kejayaan!

Saudara Kamal Habib, KRU Tuaran yang melayakkan diri mewakili Daerah Tuaran dalam acara tilawah ke MTQ Peringkat Pantai Barat Sabah di SMKA Mohd Ali Ranau, Ranau (SEMEKAR).

Saudara Jabry Juhinin dari KRU Kundasang yang mewakili Daerah Ranau dalam acara
Hafazan Menengah.

Daerah Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan bagi kategori menengah dan rendah. Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil dari SK Mutiara, SEMAI, SMAKK dan lain-lain.

Turut berada di SEMEKAR ialah adik Aziyanti, KRU Tuaran yang berada di dalam pasukan hafazan mewakili Daerah Tuaran.

KRU unggul di semua lapangan!!

Sunday, April 4, 2010

Mesyuarat Agung KRUKK kali ke-3 + Qiam KRUKK bulanan

Tarikh: 03-04 APRIL 2010
Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah


Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) Kota Kinabalu sekali lagi dengan izinNya berjaya mengadakan program qiamullail untuk kali yang ketiga pada tahun 2010. Tema yang menjadi pilihan pada kali ini adalah "Dakwah".

Para peserta yang hadir di'isi'kan dengan ilmu-ilmu berkenaan dakwah secara teori. Kuliah dasar yang disampaikan oleh timb. presiden Persatuan Siswazah Sabah sendiri iaitu sdra. Mohammad Nadir al-Nuri cukup untuk membuka minda para hadirin untuk memahami tuntutan dalam berdakwah merangkumi adab-adab dan ciri-ciri seorang daei. Di samping itu, slot 'Mengajak Kebaikan, Mencegah Kemungkaran' yang disampaikan oleh sdri. Nik Nurul Syuhada' turut memberi ruang kepada para hadirin untuk lebih memahami konsep dakwah sebenar.
Pada program kali ini KRUKK juga telah mengadakan agenda khas iaitu Mesyuarat Agung Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu Kali Ke-3 bagi memperkenalkan pucuk pimpinan KRUKK yang baru sesi 2010/2011.
SPR menjaga kelancaran semasa sesi undian dilakukan.

Untuk pengetahuan, berikut adalah pimpinan KRUKK bagi sesi 2010/2011.
Majlis Tertinggi:

Pengerusi: Mohd. Shahfieq bin Sabdin

Timb. Pengerusi: Nurul Insyirah binti Sunoto
Setiausaha Agung: Rusneyni Rumzi
Bendahari: Nur Suhaila Lani

AJK pelaksana:


Muslimin
1. Mohd. Hannafi bin Mohd. Muktah
2. Zainald bin Zainuddin
3. Muhammad Aiman bin Osman
4. Azmeer bin Zainuddin

Muslimat

1. Irawan Ridduan
2. Nur Hidayah binti Zamdee
3. Nurul Huda Maidin Li
4. Syaza Syafeeqah
Semoga amanah yang diberi dapat dijalankan dengan sebaiknya bagi melahirkan remaja Islam yang lebih berkualiti. Diharap pimpinan baru kali ini dapat membuat perubahan dalam meningkatkan kualiti KRUKK, di samping menyambung matlamat KRU meluaskan empayar khususnya di kawasan Kota Kinabalu. Tahniah buat insan yang terpilih! Insya-Allah, jumpa lagi diprogram akan datang..

Belakang dari kiri: Suhaila, Huda, Rusneyni, Insyirah, sdri. Azie (PIC), sdri. Syuhada'(PSS), Hidayah
Depan dari kiri: Aiman, Hannafi, Shahfieq, sdra. Al-Amin (PIC)