Footer Right Content

Tuesday, March 22, 2011

Mari BerQiamullail Mac KRU Tuaran

Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Qiamullail bulan Mac Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan menyusul seperti yang tertera di bawah :

Tarikh : 26-27 Mac 2011 (Sabtu hingga Ahad)
 Tempat : Masjid An-Nur,Tuaran
Masa : 5.00 pm (Sabtu)-8.00 am (Ahad)
Yuran : RM1 seorang
Keterangan lanjut,hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456



Hati berbunga-bunga menanti Qiamullail kali ini. Kenapa agaknya? Mau tahu?Ayuh sama-sama kita ke Qiamullail KRU Tuaran!!

Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan,Tuaran


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah kerana dengan izinNya jua Kem Motivasi Pelajar Islam berjaya dilaksanakan  pada 11-13 Mac 2011 yang lalu. Program yang diadakan di SMK Tenghilan ini mengumpulkan lebih kurang 170 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5  dan beberapa orang pelajar daripada SM St. James. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan Akademik pelajar muslim dan dalam masa yang sama menyuburkan Islam dalam diri. Besar harapan pihak sekolah terhadap program ini. Sebesar harapan kami untuk memakmurkan Islam di sekolah tersebut.


Ketibaan kami(muslimat) petang Jumaat itu disambut dengan hujan renyai-renyai. Hujan rahmat barangkali. Seusai menempatkan barang-barang dibilik yang disediakan,kami berlegar-legar disekitar sekolah. Banyak perubahan yang berlaku,terutamanya  bangunan bilik darjah dan bilik guru. Kalau yang first time datang mungkin menyangka itu adalah sekolah baru. Tapi tidak bagi kami. Kedatangan yang kedua kali ini,iaitu selepas program yang pertama pada tahun 2009 menuntut kami bersedia fizikal dan mental sepenuhnya. Kerana apa? kerana pesertanya disini  hero-hero belaka,lain dari yang lain. Itu antara jawapan daripada sahabat-sahabat yang pernah berprogram disini. Azan Asar berkumandang,kami terus bersiap-siap untuk berjamaah bersama peserta.

Walaupun muslimin tiba agak lewat sedikit,namun program tetap dimulakan mengikut tentatif yang disediakan.Apa yang diperkatakan,benar itulah yang kami alami. Pesertanya agak hyperactive dan luar dari  yang biasa. Pelbagai ragam, karenah dan tabiat. Tapi itu tidak sesekali melemahkan semangant kami apatah lagi berubah hati terhadap mereka. Inilah yang dinamakan tarbiyah. Medan sebenar dalam berdakwah. Itulah yang  awal-awal dipesan dan diperingatkan kepada kami sebagai fasi.

Antara slot dan aktiviti yang dilaksanakan adalah Kuliah Dasar(KD),Latihan Dalam Kumpulan(LDK),Riadah,tadarus,slot Bersama Pelajar Cemerlang,Forum(antara cita-cita dan cinta),Slot Penghayatan dan Slot Pengenalan KRU. Program selama 3 hari 2 malam ini cuba mengajak dan menyedarkan  peserta untuk menjadi seorang pelajar dan remaja muslim yang cemerlang didunia dan akhirat . Semoga segala usaha dan penat lelah para AJK,fasi dan pihak sekolah mendapat ganjaran disisi Allah. Dan semoga usaha kita tidak hanya setakat disini  untuk melihat Islam makmur di bumi SMK Tenghilan ini khususnya. Apa yang penting adalah USAHA,dan bukan HASIL. Sebab itulah yang utama disisi Allah. Semoga kita dipertemukan lagi di program akan datang,InsyaAllah.



Abg Ekhwan bertungkus-lumus menyampaikan ilmu


Mana Imamnya ni??


Medan Tarbiyyah buat Fasi


Penginapan peserta Muslimat


Ni laungkan Azan atau menyanyi??


Slot Bersama Pelajar Cemerlang -Kak Haslina & Masrina


Kuliah Maghrib-Saya Remaja Soleh


Slot yang ditunggu-tunggu-Malam Penghayatan oleh Abg Amin


Ucapan wakil peserta
Ucapan perasmian


Tahniah!! Peserta Terbaik Muslimin


Peserta Terbaik Muslimat-semoga Hidayah menjadi milikmu(^_^)


Tahniah!! dipilih sebagai Kumpulan Terbaik


Penyampaian cenderahati kepada Perasmi



Sesi Lambaian Ukhuwwah


"Jangan sedih2, InsyaAllah kami datang lagi"-Abg Kholish


SMK TENGHILAN-Tunggu kedatangan kami bulan April ni!!

Sunday, March 20, 2011

Qiamullail bulan Mac KRUKK

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu(KRUKK) dapat dilaksanakan pada 12-13 Mac 2011 bertempat di Masjid Universiti Malaysia Sabah(UMS). Qiam kali ini bertemakan "Successful Muslim" yang memperincikan agar seseorang individu muslim mempersiapkan diri untuk menyerlah dari pelbagai aspek.

Penyertaan kali ini agak memberangsangkan hingga mencecah 124 orang peserta. Program yang dilaksanakan diawal cuti sekolah membolehkan ramai pelajar asrama untuk turut serta di dalam program kali ini. Antara sekolah yang berjaya dihimpunkan adalah SM(P) Likas, SMA Inanam @ TUNAS, SMA Kota Kinabalu, Maktab Sabah, SMK Tebobon, SM Shan Tao, SM All Saint, SMS Sabah (SMESH), SMK Putatan

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti Latihan dalam Kumpulan(LDK), tadarus dan sesi bicara hati dan explorace jejak iman. Qiam kali ini banyak memupuk peserta dalam menampilkan sifat berani untuk ke hadapan dan mengajak dalam berfikir di luar kotak bagi membuka minda lebih luas.


Slot mutiara ilmu bersama Ustaz Akmal@Abu Nuha


peserta muslimin


peserta muslimat


explorace 'Jejak Iman'


Semoga di setiap pengorbanan dan kepayahan yang dilalui oleh sahabat-sahabat dalam menjayakan program ini mendatangkan kebaikan berlipat kali ganda di akhirat kelak.

Lebih banyak gambar di sini

Tuesday, March 8, 2011

Iklan Qiamullail KRUKK

Assalamualaikum WBT
Salam wasilah ukhuwwah fillah sahabat-sahabat

Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu datang lagi!!!
insyaAllah butirannya adalah seperti yang berikut:

Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah
Tarikh: 12-13 Mac 2011
Yuran: Rm3 seorang

Sabtu (12 Mac 2011)
2.00pm - Pendaftaran peserta
2.30pm - Taklimat Program
3.00pm - Mutiara Ilmu (Kuliah Dasar)
4.15pm - Solat Asar
4.30pm - Ayat-ayat cinta bercerita (tadarus)
5.40pm - Makan & khidmat diri
6.20pm - Solat maghrib
- Kuliah maghrib
- Solat Isyak
8.15 pm - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Bicara Hati
- Rehat Mujahid

Ahad (13 Mac 2011)
4.30am - Qiamullail
5.13am - Solat Subuh
6.00am - Kuliah Subuh
- Sarapan
7.10am - Explorace ‘Jejak Iman’
- Resolusi
- Lambaian Ukhwah
10.30am - Program dijangka bersurai
Barangan selain kelengkapan bermalam dan beribadat, digalakkan juga untuk membawa tasfir al-quran dan al- mathurat :)

Borang kebenaran penjaga boleh didapatkan melalui muslimin, Hashemi Hashim - 0168490625 ataupun muslimat, Nur Ain Sakinah - 0135536527

Kesudian sahabat-sahabat untuk hadir amat amat dialu-alukan ^_^

Monday, March 7, 2011

Program Kampung Angkat PSS&KRU cawangan Kota Kinabalu


Aktiviti: Program Kampung Angkat
Tempat: Kampung Padas Baru, Tebobon
Tarikh: 5-6 Mac 2011

Persatuan Siswazah Sabah(PSS) cawangan Kota Kinabalu dibantu oleh ahli Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu buat julung kalinya telah melangkah setapak maju lagi ke hadapan dengan merealisasikan program kampung angkat setelah sekian lama dirancang. Sekitar 25 ahli PSS dan KRUKK telah diambil menjadi anak angkat bagi sebanyak 7 buah keluarga di kampung berkenaan.

5 Mac 2011
Ketibaan PSS dan KRU di Kampung Padas Baru pada jam 8.30 bersama-sama dengan kehadiran penduduk di sekitar kampung. Selesai pendaftaran, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan dari pengerusi JKK Kampung Padas iaitu Ust Marasin dan juga sdr Mohd Al-Amin selaku pengarah program. Dalam pada itu, penduduk kampung juga sempat diberi penerangan ringkas berkenaan program bagi melancarkan lagi perjalanan program 2 hari 1 malam ini.

Bacaan doa oleh sdr. Sarip Wahab

Penyerahan cenderahati kepada perasmi

Berakhirnya majlis perasmian, ahli PSS dan KRU dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Masing-masing teruja untuk menerima ahli keluarga baru. Walaupun hidup dalam keadaan serba kurang dari segi kemudahan, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada penduduk kampung untuk menerima kedatangan 'anak baru' mereka. Bahkan ada yang sudah bersedia mahu mengambil seramai 10 orang peserta untuk dijadikan anak angkat.

Usai menunaikan solat zohor dirumah keluarga angkat, aktiviti membaikpulih surau pula dilakukan. Surau yang usang itu diberi nafas baru dengan proses mengecat semula, pembersihan di dalam dan luar surau. Aktiviti gotong-royong ini berterusan sehingga menjelangnya waktu asar.



Pada sebelah petang, sukaneka pula dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan yang baru terjalin di antara wakil PSS dan penduduk kampung. Acara seperti meniup tepung, isi air dalam botol dan mengikat kaki secara berkumpulan ternyata berjaya mengukir senyuman di bibir setiap yang terlibat.




Pada sebelah malam pula, perjalanan program lebih tertumpu kepada pengisian masing-masing bersama ahli keluarga angkat selain kuliah maghrib.

6 Mac 2011
Seawal 4 pagi, ahli PSS dan KRU ditugaskan membimbing keluarga angkat untuk berqiamullail di rumah masing-masing. Di sini ahli PSS dan KRU banyak belajar kaedah pendekatan yang sesuai dalam mendedahkan dan menerapkan pengamalan Islam kepada keluarga masing-masing. Kemudiannya menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Pada jam 8 pagi, penduduk kampung sekali lagi dijemput untuk bersama-sama mendengar pengisian bertajuk "Rumahku syurgaku". Pengisian ini diadakan di tanah lapang berhadapan dengan rumah pengerusi kampung.

Pada jam 9, majlis penutupan pula dilangsungkan. Wakil PSS (sdr. Al-Amin), ketua kampung (En. Hassan) dan pengerusi kampung (Ust Marasin) telah menyampaikan ucapan penutupan sebagai tanda penghargaan di atas kesudian semua pihak yang melibatkan diri. Selain cenderahati yang diberikan setiap keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan secara percuma. Sebelum berangkat pulang, aktiviti memasak beramai-ramai juga sempat diadakan.


Sekiranya tiada aral melintang insya-Allah, susulan umpama aktiviti ziarah akan diadakan secara berkala bagi mengeratkan lagi jalinan silaturrahim di antara 2 komuniti ini. Syukran jazilan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jazakallahu Khayran



lebih banyak gambar di sini

Tuesday, March 1, 2011

Qiamullail kali ke-2 (kekasih yang dirindui)




Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan kehaderat Allah S.W.T kerana dengan inayah-Nya sekali lagi PSS & KRU cawangan sipitang telah berjaya melaksanakan Qiamullail kali ke-2 pada 19 hingga 20 Februari 2011 dengan membawa tema"Kekasih yang di rindui". Walaupun pada Qiamullail kali ini kami diuji dengan pelbagai masalah seperti masalah cuaca, masalah kekurangan fasilitator, masalah kekurangan makanan & sebagainya namun hal ini tidak sekali-kali mematahkan semangat & usaha kami untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Apa Istimewanya Qiamullail pada kali ini ialah PSS & KRU cawangan Sipitang cuba untuk membawa para peserta untuk mengenal Allah & Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga telah cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa cinta dalam hati para peserta kepada Allah & Rasul-Nya. Bermacam-macam modul yang kami sediakan untuk menyemai rasa cinta kepada Allah & Rasulullah samada ia bentuk pengisian rohani mahupun jasmani. Apa yang menariknya ialah para peserta mulai faham bahawa hukum mencintai Rasulullah adalah wajib. Dan adalah menjadi satu kemestian bagi mereka untuk menghidupkan sunah Rasulullah S.A.W. Pihak kami juga memberikan sedikit penerapan mengenai Ikhtilat "Hari kekasih" yang mana hukum menyambut "Hari Kekasih" bagi umat Islam adalah HARAM. Mengapa ia haram? Ada bermacam-macam versi yang menyebabkan hukumnya jatuh kepada HARAM. Antara yang paling menarik ia berkait rapat dengan kisah seorang paderi bernama st. Valentine yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova, Spanyol! Fikir-fikirkanlah...

Pada Qimullail kali ini PSS & KRU cawangan Sipitang telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal wakil Persatuan Ulamak Sabah untuk menyampaikan kuliah mengenai Ikhtilat "Valentine Day" & Maulidur Rasul. Terima Kasih kami ucapakan kepada Ustaz Mohammad Akmal atas pengorbanan yang beliau lakukan demi menegakkan syiar Islam khususnya di Sipitang. Ucapan terima kasih ini juga kami abadikan buat Fasilitator-fasilitator yang sanggup berkorban harta, masa & tenaga demi memberi impak tarbiyah kepada adik-adik peserta Qiamullail pada kali ini.

Buat adik-adik peserta yang dikasihi, ketahuilah bahawa tanpa adik-adik semua program Qiamullail ini tiada maknanya. Terima kasih kami ucapkan atas pengorbanan adik-adik yang sanggup datang ke program Qiamullail pada kali ini walaupun hujan turun dengan lebat pada awal sesi pendaftaran. Allah saja yang dapat membalasnya. Harapan kami agar kecintaan adik-adik kepada Allah & Rasulullah S.A.W semakin mekar dalam hati adik-adik. Insyaallah jika rasa cinta adik-adik terhadap Allah & Rasul-Nya mendalam maka rasa cinta adik-adik terhadap ibu-bapa, adik-beradik, guru-guru, kawan-kawan & masyarakat juga akan turut mendalam. Mudah-mudahan adik-adik akan menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Semoga adik-adik sentiasa Istiqomah dalam apa jua program anjuran PSS & KRU. Terimakasih sekali lagi kami ucapkan.

Kuliah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Akmal


Terima Kasih atas kesudian Ustaz Mohammad Akmal menyampaikan ceramah "Ikhtilat Hari Kekasih & Maulidur Rasul"


"Slot Penghayatan Islam"

Cintakah kau pada "MUHAMMAD???"

Bergetar juga jiwa time ni tau... huh!


Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Akhi Abd Syukur


Wah... Terpana nampak adik-adik ni mendengar tazkirah dari akhi Abd Syukur


Sesi pemanasan badan yang di ketuai oleh akhi Mohd Saiful sebelum mula "Riadah"
boleh ke saiful??? Macam inda dapat ja ni... hehehe... ^_^


Wah... Inda sabar-sabar lagi bisdia ani kan beriadah...hee


Aduh... kelupahan mengambil gambar time bisdia ani beriadah... huh!


Slot terakhir... Slot Muhasabah "Selami hatiku"


Besurai... masing-masing bertukar-tukar nombor telefon..
ada yang minta nombor telefon fasilitator...
yang penting inda minta nombor telefon muslimat...


Mau tau apa yang lebih menarik???
Datanglah pada program seterusnya.... ^_^

Qiamullail Februari KRU Tuaran

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dirapatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya Qiamullail dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti sedia maklum, masjid An-Nur yang sentiasa tersergam indah sebagai tapak utama program KRU Tuaran sejak 3 tahun lalu tidak pernah jemu menerima kehadiran dan kunjungan hamba Allah yang suka menimba ilmu walau di mana jua. Mereka itulah yang digelar Pemburu Cinta illahi.

Kehadiran muslimin pada Qiam kali ini yang agak memberangsangkan melegakan sedikit hati kami walaupun sudah pasti bilangan peserta muslimat sentiasa melebihi jumlah peserta muslimin. Dengan bertemakan Maulidurrasul & Ikhtilat, kuliah dasar Qiam kali ini yang disampaikan oleh Ust. Rushdi bin Abd.Majid dari Maktab Kent membawa kami menyelusuri kehidupan dan perjuangan rasulullah SAW dan sahabat baginda.
Teringat di hujung ceramah ust.Rushdi, beliau sempat memberi peringatan kepada adik-adik.
" Agama Islam adalah satu-satunya agama yang boleh mengangkat martabat manusia dan seluruh kehidupannya". Sebagai cth, negeri Melaka yang melaksanakan hukum hudud pada suatu masa dahulu menjadi suatu tempat yang sangat terkenal di seluruh dunia sehinggakan digelar 'Lingua Franka'. Tetapi setelah hukum hudud dihapuskan oleh penjajah Barat, kini Melaka tidak lagi dikenali ramai.