Footer Right Content

Monday, August 2, 2010

Program Ku Kenal Ku Cinta Islam di Sabah & Kem Bestari Solat


Alhamdulillah, dua program yang telah dirancang di SMKT pada dua penghujung minggu berturut-turut berjalan lancar. Tarbiyyah yang dikutip melalui penglibatan dalam KRU menjadikan kami semakin cekap menguruskan sesuatu program. Penerapan 'betulkan niat' dan 'tanamkan keikhlasan' menjadi perisai setiap ajk melaksanakan tugas tanpa rungutan dan sifat malas.

11 Julai 2010 telah berlangsung Program Ku Kenal Ku Cinta Islam di Sabah anjuran Pergerakkan Puteri Islam Malaysia (PPIM), SMKT. Penyertaaan terbuka kepada semua pelajar Islam tingkatan 4-6 SMKT. Penceramah jemputan terdiri daripada Saudara Mohd. Fairuz Bend dan Saudara Mohd. Nadir al-Nuri Kamaruzzaman yang sekaligus menjadi moderator program.

Ucapan Pengarah Program

16-17 Julai pula menyusul Kem Bestari Solat anjuran Persatuan Pelajar Islam, SMKT. Fokus kem kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Penceramah terdiri daripada Ustaz Hafiz, Ustaz Rusdi, Ustaz Nazri dan Ustaz Jimmis. Sementara abang-abang dan kakak-kakak dari politeknik pula menjadi fasilitator. Kelembutan fasi yang disulami dengan ketegasan akhirnya berjaya meredahkan kenakalan adik-adik peserta

.Slot 'Bersama KRU'

Ucapan Pengarah Kem

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pengerusi KRUTRN dan sahabat-sahabat KRU dari SMKB.

3 comments:

Muslim Haraki said...

Salam. Ana wakil drpd politeknik kota kinabalu mengucapkan tahniah dan sybs ats kejayaan menjalankan program tersebut. ana memohon maaf kerana tidak dpt melibatkan diri kerana ada komitmen lain... Wassalam.... Mutahhara....

Persatuan Siswazah Sabah said...

Salam Muslim Haraki. Terima kasih. Lain masa ada program lagi jemputlah datang...

Persatuan Siswazah Sabah said...

Salam Muslim Haraki. Terima kasih. Tidak apa bah.... Lain masa ada program lagi jemputlah datang...