Footer Right Content

Sunday, October 24, 2010

Hidupku, Matiku, hanya untukMu...

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Program Qiammullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu dapat dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2010. Seperti biasa, program KRUKK sekali lagi menjadikan Masjid Universiti Malaysia Sabah sebagai medan pembangunan remaja. Pada kali ini penyertaan adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada 28 orang muslimin dan 52 orang muslimat. Tema "Transformasi Menuju Misi" sekali lagi digunakan tetapi lebih menjurus kepada matlamat sebenar diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi.

Kuliah Dasar pada kali ini disampaikan oleh Ustazah jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon iaitu Ustazah Salwa binti Haji Ahmad dengan tajuk, "Matlamat dalam kehidupan".
Latihan dalam kumpulan(LDK) telah memecahkan peserta kepada 5 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin. Adik-adik secara tidak langsung dilatih untuk berhujah dengan mengemukankan idea-idea bernas mengenai matlamat sebenar dalam kehidupan berdasarkan ceramah yang telah disampaikan. Tahniah buat semua! :)
Kali ini slot muhasabah turut diadakan bagi mengajak para peserta memperjelaskan bersama matlamat hidup yang sebenar. Slot ini disampaikan oleh Saudara Azizul Julirin(Persatuan Siswazah Sabah).

Qiammullail pada kali ini dibimbing oleh ust. Ezri dan beliau seterusnya menyampaikan kuliah subuh berkenaan "Matlamat dalam Perjuangan" yang turut menyelitkan sirah perjuangan sewaktu di zaman Rasulullah. Semoga adik-adik yang mengikuti program pada kali ini memperoleh pelbagai input untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Syukran jazilan buat semua yang sudi hadir dan sudi membantu dalam menjayakan program kali ini. Hanya Allah yang selayaknya mampu membalas jasa baik kalian.


Sampai jumpa lagii~ insya-Allah :)

Saturday, October 16, 2010

Qiam KRUKK; Transformasi Menuju Misi


Ayuh teman-teman. Pakat ramai-ramai untuk menghadirkan diri dan hati ke program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu seperti butiran yang berikut:
Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
Tarikh: 23-24 Oktober 2010
Masa: Pendaftaran bermula jam 4 petang (23okt) - 9 pagi (24okt)
Tema: Transformasi Menuju Misi


Kehadiran sahabat-sahabat amat dialu-alukan :)

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)

Saturday, October 9, 2010

Senior PSS; Dakwah Seiring Kecemerlangan Akademik


Syabas dan setinggi-tinggi kesyukuran buat abang-abang dan kakak-kakak Persatuan Siswazah Sabah(PSS) yang menerima Ijazah Sarjana Muda pada konvokesyen Universiti Malaysia Sabah(UMS) tahun 2010. Konvokesyen ke-12 yang berlangsung selama 3 hari ataupun 6 sidang ini turut dimeriahkan dengan aktiviti Tamu gadang. Buat sahabat-sahabat yang berkelapangan, bolehlah menghadirkan diri ke Dewan Canselor (UMS) untuk menzahirkan tanda sokongan kepada senior-senior PSS di samping menyuntik kembali semangat mengejar falah dalam akademik.

Alhamdulillah, semoga senior-senior akan terus mengecapi kejayaan sehingga ke akhirat kelak;


Sekalung tahniah buat saudara/i extraordinary

Mujahid
  1. Azizul bin Julirin - Ijazah Sarjana Muda Akuakultur
  2. Muhammad Nadir al Nuri bin Kamaruzaman - Ijazah Sarjana Muda Sains Marin
  3. Renifezri bin Mohammad - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
Mujahidah
  1. Azie Nor Mazwani binti Shahari - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan
  2. Norasidah binti Jamian - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains
  3. Nik Nurulsyuhada' binti Ismail - Ijazah Sarjana Muda Pengeluaran Tanaman
  4. Nurhidayah bt Muksin - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains
  5. Rita binti Radin - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Bioproses
  6. Siti Farah binti Abdullah - Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling
  7. Ummu Atiyyah binti Hasan - Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
Buat sahabat-sahabat Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU), ayuh bersama-sama mengorak langkah menjejaki ketabahan dan kejayaan senior kita. Sungguhpun dalam kesibukan mencorak akademik yang cemerlang, dakwah tidak sekali ditinggalkan. Apa rahsianya? Hubungi mereka yang berkenaan untuk perkongsian lanjut ;)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut, 29 : 69]

Mari sahabat KRU, cukup-cukup beralasan mari mencari keredhaan Allah dalam segenap tindakan yang kita lakukan kerana kejayaan adalah hak mutlak Allah. Bukan terletak ditangan atau pandangan manusia.

Senior-senior, izinkan kami untuk turut sama berbangga dengan kejayaan kalian. Doakan agar kami (adik-adik KRU) juga akan memperoleh kesudahan yang terbaik buat diri kami :)

Friday, October 8, 2010

KONVO 2010: TAHNIAH AKTIVIS-AKTIVIS PSS!!!


Sekalung tahniah abang-abang dan kakak-kakak PSS. Jangan lupa bagi tip berharga buat kami adik-adik KRU......

Sunday, October 3, 2010

Teknik Memori Smart Study

Kepada kamurang yg sdg study last2 minute tuk PMR, n yg akan menduduki apa2 exam lagi hujung tahun ni,saya kongsikan beberapa tips2 menghafal gaya motivator Encik Osman Affan dari bukunya Teknik Memory Smart Study. Bahan ni (bentuk gambar) Persatuan Siswazah Sabah (PSS) buat dalam bentuk ringkasan, n saya berbesar hati menerangkan apa yang saya faham kepada sapa2 individu,kumpulan pelajar atau skul yang berminat utk tahu lebih dalam. Jadi sapa yg brminat tahu lbih lanjut atau malas nak fkir idea untuk akronim etc gtaw ja pki fb ke apa ke,saya cuba bantu. Khususnya ahli2 KRU di semua tmpt samada dh daftar ke belum. Kamurng WAJIB berjaya. Minta izin kongsi ilmu ya Encik Osman...


(p/s: Posting ini menggunakan bahasa facebook.Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan saya cadangkan supaya terus ke sini)

Semoga Berjaya dengan cemerlang di dalam PMR,SPM,STPM dan peperiksaan akhir tahun selagi tidak meninggalkan solat, tidak membuka aurat dan tidak berbuat maksiat.Amiin.

Saturday, October 2, 2010

Ziarah Syawal 2010

Kehadiran syawal diserikan lagi dengan aktiviti PSS KK menziarahi rumah2 krew Kelab Remaja Ukhuwah di sekitar kota kinabalu sabah. Tanggal 18 september 2010, seramai 8 orang ahli PSS KK, dan kalangan sahabat2 yang sudi memenuhi undangan adik-adik KRU, sanggup turun padang untuk bertemu dan saling bersilaturrahim bersama adik2 KRU KK kerana Allah S.W.T . sesungguhnya pertemuan seperti ini bukan saja memeriahkan pagi syawal yang mulia, malah memurnikan lagi hasrat hati ahli PSS KK untuk saling bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan kasih sayang yang telah terjalin sesama muslim.















Setitik maaf kupohonkan,
dilakukan dosa laksana lantera di samudera kegelapan..
duhai sahabat dan teman..
moga pertemuan kita kan disusuli redha Mu Tuhan....
semoga bertemu semula di 'ziarah syawal' akan datang..

InsyaALLAH.....



nukilan::Darnah Mau,PSSKK