Footer Right Content

Wednesday, July 30, 2008

.:: KISAH SEMUT & ISRA' MIKRAJ? ::.




Ada seekor semut yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Kuala Berang, Terengganu. Pada suatu hari semut ini sedang merayap-rayap seekor diri di atas baju kot tuan rumah tersebut. Tiba-tiba datang tuan rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa serta menyambar baju kot tersebut dan memakainya sambil berjalan. Ia tidak perasan yang ada seekor semut sedang bersembunyi di belakang kolar baju berkenaan.

Kemudian ahli perniagaan tersebut terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya. Kereta tersebut berhenti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Rupanya beliau ingin ke Kuala Lumpur, ada mesyuarat tergembar pada pukul 11.30 pagi katanya. Dari KLIA, ahli perniagaan tersebut terus menaiki ERL ekspress ke KL Sentral. Dia kemudiannya dijemput oleh seseorang yang sedia menunggunya dan terus dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Ahli perniagaan itu akhirnya sempat menghadiri mesyuarat yang sangat penting di situ tepat pada masanya. Daripada perbualan mereka, tahulah semut tersebut bahawa dia berada ditingkat 80 ketika itu.

Sebaik sahaja habis mesyuarat, ahli perniagaan tersebut tergesa-gesa keluar dan terus ke KLIA. Dari situ dia mengambil penerbangan malam ke Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita akhirnya mereka tiba semula di rumah pada pukul 10.30 malam di Kuala Berang.

Berbalik kepada cerita semut tadi... setibanya di rumah, dia dapati ramai ahli keluarganya berkumpul. Rupanya mereka menyangka semut tersebut telah hilang atau dicolek oleh kerengga di belakang rumah tersebut. Selepas mereka berjumpa dengan semut tersebut, maka bertanyalah mereka ke mana dia pergi sehari suntuk. Semut tersebut pun menjawablah dengan sejujur-jujurnya.... Kuala Lumpur!

"Haahahahaahaha... kau jangan nak kelentong kamilah. KL tu berjuta-juta km (ikut ukuran semut) dari Kuala Berang. Kau jangan cuba nak tipu kami. Macamana kau boleh pergi dan balik pada hari yang sama? Tak logik, tak logik!" Begitulah hal keadaannya pada hari itu. Jadi terpaksalah semut tadi menerangkan satu persatu cerita dari awal hingga akhir pengembaraan beliau. Alhamdullillah.. sebahagiannya mempercayai cerita tersebut tetapi ada juga di kalangan mereka yang berkeras tak mahu mempercayainya.

Begitulah halnya cerita bagaimana kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isya' dan Mi'raj. Kalau Allah mengizinkan ianya berlaku, tak ada apa yang mustahil di alam ini.


Friday, July 18, 2008

.:: Bagaimana kita mau mati? ::.



Salam Wasilah Ukhuwwah Fillah...

Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian. Mutakhir ini, semua rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia sibuk memikirkan nasib hidup yang bakal mereka hadapi dengan dua krisis yang cukup menjerut kehidupan iaitu kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang semakin meruncing. Justeru, persoalan yang sering bermain difikiran mereka ialah "bagaimana kita mau meneruskan kehidupan ini?".

Tetapi, tidak ramai dalam kalangan kita hari ini yang berfikir tentang "bagaimana kita mau menghadapi mati?". Kalau cinta itu buta, mati juga kembar kepada cinta kerana mati itu tidak mengenal usia dan tidak bersyarat... tua? muda? sihat? sakit? ianya datang bila sudah tiba masanya kita bertemu Tuhan yang Maha Mencipta.. Justeru, kitalah yang bertanggungjawab mencorak cara kematian kita sama ada HASANAH ataupun SAIYYI'AH.. Adakah kita sudah bersedia????

Renung2kanlah bersama..