Footer Right Content

Friday, June 26, 2009

KAMPUNG SAMBAH: MANGAN NYA’ MANGAN ASAL JO KURUNG-KURUNG….(^_^)

5 pm, 9hb ~ 7 am, 10hb JUN: Believe or not?? PSS & KRU Tuaran mengadakan satu program tanpa nama, tanpa banner, tanpa meeting dan tanpa AJK muslimin yang ingin pergi …..Namun ia tidak mematahkan semangat jihad AJK Muslimat untuk pergi ke Kampung Sambah, Tuaran. Mungin 'rasa tercabar' akhirnya 5 AJK muslimin menggagahkan diri untuk turun padang.

Bagi AJK yang pertama kali pergi ke Kampung Sambah, pastinya merasa teruja sepanjang perjalanan ke sana kerana walaupun jalan darat ada, kami memilih jalan laut untuk merehatkan ‘kancil kiut’, pengangkutan utama PSS Tuaran.

Sampai di sana, kami disambut dengan ‘mangan songom’. Selesai solat maghrib, PSS mula melangkah mendekati penduduk melalui tazkirah Saudara Fairuz. Nampak bersahaja dan level ‘U’ tetapi berisi. Then, solat isyak dan ‘nginum songom’. After that, we continue with tayangan multimedia where Saudara Fairuz and Amin as PICman. Saudara Jamil yang turut berada di situ, tidak melepaskan peluang mengeluarkan ’bakat terpendam’ walaupun sekadar pengerusi add-hoc. Lalu ada insan yang tertanya-tanya, di mana Saudara Misran??

Tayangan Multimedia UMMAH tiba-tiba dikejutkan dengan suara esakan seorang anak kecil yang sedih melihat sahabat-sahabat sebayanya berdepan dengan Zionis.

Selesai tayangan, AJK Muslimin dan remaja lelaki beriktikaf di masjid. Manakala AJK Muslimat ’turi’ di rumah penduduk. Program di teruskan dengan Qiam, solat Subuh berjemaah dan akhirnya Tazkirah Subuh yang disampaikan Saudara Amin. PSS sempat ’nginum ensaung’ di tiga buah rumah dari ’enderio sampai endelaut’ sebagai tentatif terakhir.

Kampung Sambah…..
Sejujurnya, persepsi awal penulis sebelum sampai ke kampung ini adalah sambutan dingin penduduk terhadap kehadiran PSS. Surau mungkin dihadiri hanya jemaah yang biasa solat di surau. Anak-anak muda?? Ibu-ibu? Gadis remaja?? Jangan harap mereka mengintai surau. (berdasarkan pengalaman lepas). Ternyata, persepsi penulis melencong sama sekali. Penulis sedar satu perkara bahawa pengalaman lepas, boleh dijadikan pengajaran tetapi adakalanya tidak boleh dijadikan ukuran.

Surau dipenuhi ’jomo kampung’, dari yang muslimin hingga muslimat. Dari yang tua hingga remaja hinggalah anak kecil. Hatta ada muslimah sanggup duduk di luar semata-mata tidak mahu melepaskan peluang duduk di majlis ilmu. Semoga Allah menilai usaha mereka. Amin

Melihat kehadiran remaja Kampung Sambah, penulis teringat dan terfikir satu perkara........

Remaja-remaja Kampung Sambah kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar SMK Tenghilan.

Seingat dahulu, PSS pernah dijemput ke sekolah tersebut untuk mengendalikan Program Kem Ibadah. Namun pada malam kedua Kem Ibadah akhirnya terpaksa bertukar hala seakan Kem Pemantapan Akhlak. Apa tidak, rasanya itu adalah pengalaman pertama penulis dan beberapa AJK lain berdepan dengan peserta yang agak ’keras’.

Namun akhirnya, peserta-peserta ’keras’ inilah yang istiqomah menghadiri Qiam Bulanan PSS Tuaran. Dan mereka yang istiqomah inilah yang penulis temui di Program Tanpa Nama Kampung Sambah.....!!!

Teringat pada surah Az-Zumar, ayat 18.

”(Iaitu) Mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya*. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal sihat.”

*Mereka mendengar ajaran-ajaran Al-Quran dan ajaran-ajaran yang lain,tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al-Quran kerana ia adalah yang paling baik.

Rasa gembira melihat mereka, usaha ketika Kem Ibadah rasanya tidak sia-sia. Namun segera penulis mengingatkan diri bahawa tugas penulis hanyalah penyampai, berusaha menyampaikan Islam. Yang memberi hidayah, bukan penulis, tapi Si Maha Empunya Hidayah.....!!

Maka teruskan berusaha menyampaikan Islam, hasilnya serahkan kepada Allah, Maha Empunya Hidayah......!!!

P/S: Sebelum pulang, ada AJK masih tertanya-tanya kerana program ini dijalankan tanpa nama. Oleh kerana program ini mendekati penduduk kampung, akhirnya AJK sepakat memberi nama PROGRAM TITIAN KASIH KAMPUNG SAMBAH.











Sumber : psstuaran.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

PENGUMUMAN-Qiam dan Rehlah KRU KK!

Qiamullail bulanan dan rehlah ahli-ahli dan sahabat Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20-21 Jun 2009
Tempat : Masjid Bandaraya dan Pantai Teluk Likas
Masa : 5.00 petang (20 Jun) - 2.00 petang (21 Jun)
Yuran : RM3.00

Dari Selatan bawa rakan,
Dari Utara ajak taulan,
Dari Timur jemput kawan,
Dari Barat tuntun teman,
Kita bina remaja berwawasan!

Semua dijemput hadir!

Monday, June 15, 2009

Gambar Sekitar PPS...

















Sumber : psstuaran.blogspot.com

Thursday, June 11, 2009

Program Pengukuhan Solat (PPS)

Tuaran – Pada 6 Jun 2009 yang lepas, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Tuaran telah menjalankan Program Pengukuhan Solat (PPS) bertempat di Surau Skim Penempatan Getah Kg. Sungai Damit, Tuaran. Program ini merupakan progam yang julung-julung kalinya diadakan di surau dan kawasan perumahan tersebut. Dianggarkan seramai 27 orang peserta hadir dan 9 orang ahli PSS serta KRU Tuaran yang terlibat dalam menguruskan program tersebut.

Pendaftaran peserta program bermula seawal jam 8.30 pagi lagi dan sementara menunggu ketibaan peserta yang lain, sidang hadirin disajikan dengan hidangan tayangan-tayangan yang berkaitan dengan solat, dunia Islam serta sedikit taklimat tentang program. Kemudian, tepat jam 9.20 pagi ceramah I disampaikan oleh Ust Abdul Sattar, Pensyarah dari IPG Kent Tuaran yang membawa tajuk “Solat dan azab meninggalkannya”. Kemudian, pada jam 10.45 pagi peserta diberi minum pagi. Selepas itu, pada jam 11.15 pagi program disambung lagi dengan ceramah II yang bertajuk “Sekitar Teori dan Praktikal Wudhu’ serta Solat”. Setelah tamat sesi soal jawab, semua Ajk dan peserta menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah sebelum menjamah makan tengahari. Program tamat tepat jam 1.30 petang.

Program yang diadakan ini merupakan Program Pengukuhan Solat (PPS) Siri I. InsyaAllah, PPS Siri II akan menyusul selepas ini. Dari pihak penganjur mendoakan agar program ini dapat memberikan kesedaran berkaitan dengan kewajipan solat dalam diri peserta dan berharap agar program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di sekitar kawasan Tuaran.