Footer Right Content

Monday, August 2, 2010

Kg. Kindu - Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-kurung


Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 30 Julai 2010, orang-orang kuat KRU dari Kg Kindu terdiri daripada Adinda Amiruddin Drus, Adinda Arba dan Adinda Rudy telah berjaya mengadakan sebuah program mengumpul remaja-remaja kampung dengan program yang berkonsepkan ‘Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-kurung’. Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli dengan ceramah ‘Persiapan Mengahadapi Ramadhan’ yang disampaikan oleh wakil PSS Tuaran. Kemudian setelah selesai mengerjakan Solat Isyak, hadirin yang hadir dijamu dengan makanan-makanan yang lazat ‘sedap hingga menjilat jari’ (memang sunnah pun).

PSS Tuaran mengucapkan tahniah kepada adinda-adinda Kg Kindu kerana telah berjaya merancang program mengumpul remaja ini. Pada hemat PSS, program sebegini sangat baik untuk diteruskan dan seboleh-bolehnya diperbanyakkan lagi di kampung-kampung yang mempunyai ahli KRU agar ikatan ukhuwah dalam kalangan PSS dan KRU semakin kuat disamping menambah sedikit ilmu buat bekalan rohani. InsyaAllah, program seterusnya akan menyusul…InsyaAllah.

0 comments: