Footer Right Content

Friday, August 13, 2010

Hari Puteri & Ahlan Ya Ramadhan


Sekali lagi kami ahli-ahli KRU Tuaran terutama yang berada di SMKT diberi mandat untuk melaksanakan Program Hari Puteri pada 07 Ogos 2010 dan Program Diambang Ramadhan pada 08 Ogos 2010. Kami hanya ada masa lebih kurang seminggu selepas Kem Bahasa Arab untuk menguruskan kedua-dua program tersebut. Saat-saat sebegini kemahiran mengurus dan strategi sangat penting. Semuanya tidak datang bergolek dan melayang. Sekalung terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak PSS yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dari dulu hingga kini dan masa-masa mendatang, insya-Allah.

Program Hari Puteri dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Disusuli pula oleh pengisian daripada Kak Syuhada, 'Permata yang Dicari'. Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan makanan pelbagai juadah. Tidak lupa juga tukang goreng 'cendawan RFC', sedap.


Ceramah 'Ahlan Ya Ramadhan' telah disampaikan oleh Ustaz Arbain. Banyak mutiara berharga yang dapat dikutip sepanjang sesi ceramah dan diskusi. Ilmu yang diperoleh diperteguhkan lagi melalui slot bengkel bersama Kak Wani. Persoalannya, sejauhmana ilmu tersebut diamalkan sepanjang Ramadhan ini demi mencapai ketaqwaan.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" (al-Baqarah :183)


P/s : Terima kasih kepada krew katering KRUT.

1 comments:

Nashrah Basyirah said...

tahniah shbt2..
smga thabat :)
mntap2 org tuaran ni