Footer Right Content

Friday, August 12, 2011

Jom menyumbang : 1 KAMPIT BERAS, 1 KG GULA, 1 KG TEPUNG




Friday, August 5, 2011

KRC 2011, ANAK SOLEH CEMERLANG & KEMANISAN IMAN

Tahniah kepada semua peserta KRC pada 22-24 Julai 2011 tidak kira dari kawasan Kota Kinabalu, Sipitang, Papar, mahupun Tuaran. Terima kasih juga kepada pihak penganjur dan tuan rumah (PSS & KRUKK) yang telah bertungkus-lumus menjayakan KRC tahun ini, khasnya bakal-bakal doktor sekalian. Semoga kecemerlangan kalian menjadi pencetus inspirasi kepada para peserta. Sesuai pula, dengan motto UMS yang menjadi lokasi KRC tahun ini, ‘Bertekad Cemerlang’. 











29 Julai 2011 kami KRU Tuaran datang lagi ke Sekolah Agama Rakyat Serusup. Datang memenuhi janji dan jemputan. Datang bersama harapan, untuk meraih harapan tinggi menjulang pendidk berjiwa pejuang. Cabaran kekurangan tenaga pengajar, cabaran pelajar kurang berminat hadir ke sekolah agama. Objektif undangan kali kedua ini, yang pertama, pelajar berminat hadir ke sekolah agama dan kedua, pelajar bermotivasi untuk cemerlang. Program kali ini tampil bertemakan ANAK SOLEH CEMERLANG.

Masa tiga jam bersama pelajar SAR Serusup dimanfaatkan sebaik-baiknya. Pengisian lebih santai, namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat. Dimulakan dengan lagu tema ‘Cinta Lima Perkara’ untuk membangkitkan ‘mood ‘peserta. Kemudian sesi LDK (mencipta kad ‘terima kasih’),sesi pembentangan (cita-citaku), solat Asar dan minum petang. Diakhiri dengan slot penggulungan dan muhasabah serta penyampaian kad dan cenderahati.

Ada lagi undangan ketiga, bulan September. Insya-Allah.












Usai program di SAR Serusup sebahagian AJK/fasilitator meneruskan peranan sebagai ‘petugas’ bergegas ke SMK Sri Nangka untuk membantu program Kemanisan Iman peringkat Daerah Tuaran yang berlangsung 29-30 Julai 2011. Beberapa orang ahli KRUT sudah sedia menanti di sana, membantu lebih awal. Tiada istilah penat bila kerana-Nya. Meskipun selalu dilontarkan dengan persoalan ‘tidak penatkah?’. Seringkali hanya sekuntum senyuman mampu dilemparkan sebagai jawapan. Tak terluah dek kata-kata.



Di mana ada KRU Tuaran, di situ ada......