Footer Right Content

Sunday, May 17, 2009

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM

Pemuda adalah harapan setiap bangsa untuk mengembalikan keagungan mereka.

Pemuda Islam perlukan:

•Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
• Faham dakwah dan cara kerja yang betulDakwah kurun ke 15 Hiirah.
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
• Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
• Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.

Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.(manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga mati.

Slogan & keyakinan kita :
• ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)

Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negara Islam yang dirampas.
• Menjadi pemerintah dunia.(Ustaziyyatul-Alam)

Lain-lain
• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin ke arah ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.

Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
• Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
• Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
• Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.(tajarrud)
• Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)


Thursday, May 7, 2009

10 Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak!

Untuk adik-adik kesayangan yang sedang berhempas-pulas menjawab peperiksaan, kami ingatkan adik supaya jauhi 10 perkara yang boleh merosakkan otak!

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Selamat menjawab Peperiksaan! Jangan lupa DUIT- Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal..Semoga Berjaya!

Sumber: http://creamstudents.com