Footer Right Content

Friday, November 18, 2011

Penubuhan KRU Beaufort

video

Thursday, November 17, 2011

KRIS BEAUFORT

video

Wednesday, November 16, 2011

Qiamullail November PSS & KRU Tuaran

12-13 November 2011

Hari ini 16 November, masuk hari ketiga SPM. Selamat menduduki SPM buat sahabat-sahabat KRU. Fokus jangan tak fokus. Teruskan usaha dan berdoa. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Sebelum slot ceramah qiamullail kali ini bermula solat hajat khas buat sahabat-sahabat KRU yang menduduki SPM dan STPM tahun ini telah dilaksanakan. 

Lebih kurang dua minggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru hijrah. Justeru, pihak penganjur telah memilih 'Hijrah dan Muhasabah' sebagai topik ceramah.

Lewat malam usai ceramah, ahli mesyuarat telah memutuskan tarikh qiamullail bulan depan pada 22-23 Disember 2011 (Khamis - Jumaat). Bukan hujung minggu. Cadangan tempat di Surau Kg. Bolong Lama (bergantung kepada kesediaan penerimaan pihak kampung). Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui blog ini. 
 
LDK pagi membicarakan 'Ada Apa dengan Orang Muda???'

Hadith 1:

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Muslim daripada Amru Bin Maimun RA, bahawa Rasulullah saw berkata kepada seorang lelaki yang bermaksud;
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum masa tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.


Hadith 2:
Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat nanti sehingga kepadanya ditanya tentang empat perkara:
  1. Tentang umurnya kemana dia habiskan
  2. Tentang masa mudanya kemana dia pergunakan
  3. Tentang hartanya dari mana dia perolehi dan kemana ia belanjakan
  4. Tentang ilmunya apakah yang dia amalkan.
(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

Hadith 3:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah) 

Serentak dengan qiamullail KRUT, buat julung kalinya berlangsung KRIS Beaufort 11-13 November 2011. Sayap KRU semakin melebar dengan tertubuhnya KRU Beaufort. Tahniah kepada  AJK pelaksana dan peserta KRIS Beaufort.

TAHNIAH!!! (^_^)


Tuesday, November 8, 2011

Qiamullail Oktober PSS & KRU Tuaran


Alhamdulillah,Qiamullail bulan Oktober Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Cawangan Tuaran telah berjaya dilaksanakan pada 29 hingga 30 Oktober lalu. Masjid An-Nur menjadi saksi terlaksananya Qiamullail KRU Tuaran selama 4 tahun berturut-turut sehingga kini. Dengan bertemakan "Remaja & Pengorbanan" yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Mohsin, seorang pendidik dari SK Mengkabong, Tuaran. Berkongsi kisah pengorbanan  Nabi terdahulu dan para sahabat dalam menyebarkan syariat Islam dengan penyampaian yang santai dan mudah difahami membuatkan peserta-peserta yang hadir (KRU Cilik terutamanya) bersemangat mendengar sehingga selesai.

Seusai agenda terakhir (bacaan Al-Mulk) malam itu, Usrah Muslimin dilaksanakan. Hanya sempat memenuhi rukun Usrah pertama iaitu Taaruf,s edikit sebanyak dapat mengenali dan melihat kesungguhan mereka yang selama ini terlepas pandang. Benarlah kata pepatah "Tak kenal,maka tak cinta". Syukur di atas pertemuan malam itu. Tidak habis setakat di situ, Usrah disambung keesokkan harinya. Cuba memperkenalkan Usrah kepada mereka dengan modul yang dicopy paste dari program yang disertai sebelum ini. Cukup santai dan menyeronokkan. Membina ukhuwwah dengan air Teh yang sedap:) pahit dan manis harus dikongsi bersama! Itu yang penting dalam berjamaah.

Riadahnya turut diisi dengan mananam bibit-bibit ukhuwwah. Dari mana pun asal keturunan, sekolah, bangsa, dan status keluarga, semuanya dinilai berdasarkan TAKWA kepada Allah semata-mata. Hanya ISLAM yang mampu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga bibit ukhuwwah yang ditaman pada kali ini mampu dibajai dan disiram pada Qiamullail dan program-program akan datang. Apa yang penting, istiqamah datang Qiam. Kita berjumpa pada Qiamullail PSS & KRU Tuaran yang akan datang pada 12-13 November, InsyaAllah...(^_^)

Di kesempatan ini juga,PSS & KRU Tuaran ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama menghayati peristiwa yang terkandung di sebalik perayaan ini. Sesungguhnya REDHA Allah jugalah yang kita harapkan!

Thursday, November 3, 2011

Kem Remaja Islam Beaufort