23-24 Disember 2010
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmatNya disaat sahabat-sahabt lain menadah ilmu lewat Seminar Pemantapan Dakwah di Tabung Haji, KRU Tuaran pula telah turun ke lapangan dakwah menerusi Program Ziarah Kampung Angkat PSS Tuaran iaitu, Kampung Sambah, Tenghilan. Seramai 11 orang ahli KRU yang sudah mempunyai keluarga angkat masing-masing termasuk 3 orang abang dan kakak PSS yang belum berdaftar sebagai anak angkat menyertai program ini. Kumpulan muslimin sampai awal di kampung Sambah, sebelum Asar. Manakala kumpulan muslimat sampai ke destinasi selepas Asar memandangkan dua orang peserta program mengambil result PMR mereka.
Hari penting bukan penghalang untuk turun 'gelanggang'. Kredit buat ayah bonda kandung kedua-dua ahli KRU Tuaran ini.
Benarlah firman Allah yang bermaksud:
Alhamdulillah, Allah membuka jalan kepada adik-adik ini untuk berjaya. Walaupun aktif dalam program-program KRU, namun itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk mereka berjaya dalam bidang akademik. Ternyata hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi yang mengaku beriman ini perlu seimbang. Tidak semestinya pelajar tugasnya belajar sahaja, tapi juga tugasnya sebagai hamba Allah, dan tugasnya sebagai seorang anak juga jangan dilupakan. Teringat pula salah satu tajuk ceramah yang pernah dihadiri 'Akademik no.1, dakwah bukan no.2'.
Antara ahli KRU Tuaran yang aktif (yang mengambil PMR tahun ini):-
- Siti Sofia binti Mohamad – SMK Tamparuli
- Siti Nurmina binti Wahab – SMK Tamparuli
- Siti Nuraina binti Zukri – SMK Tamparuli
- Nor Anita binti Mohd Salem – SMK Tamparuli
- Noor Amarina binti Suid – SMK Tamparuli
- Noorhasnezan binti Roslee – SMK Badin
- Noramanaisa - SMK Badin
- Rasidah binti Matdin - SMK Badin
- Nashrul bin Ibrahim – SMK Badin
- Dzulfadlie Wasili - SMK Badin
- Abi Zarin Habibullah - SMK Badin
- Ilman bin Siyakop - SMK Tenghilan
Bagi keputusan PMR ahli KRU yang cemerlang pula:
- Abi Zarin Habibullah = 5A 3B 1C
- Dzulfadlie Wasili = 7A 1B 1C
- Nashrul bin Ibrahim = 6A 3B
- Siti Sofia Mohamad = 5A 4B
- Noor Amarina Suid = 2A 6B
- Adibah = 9A
Selepas selesai solat, tazkirah disampaikan oleh Abang Salman yang bertajuk Hijrah. Antara point penting dalam tazkirah Abang Salman:
- Manusia perlu berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini. Perumpamaan jika air yang bertakung terlalu lama maka akan banyak kotoran yang akan mencemarinya lalu air tersebut menjadi bau dan tidak lagi berguna kepada sesiapa.
- Mulakan perubahan dengan solat 5 waktu sehari semalam kerana solat menjadi asas kepada pembentukan aqidah & akhlak yang baik.
Setelah selesai pengisian dari Abang Fairuz, kami dihidangkan dengan minum malam (terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi menyediakan juadah minum malam). Seterusnya masing-masing beredar ke rumah keluarga angkat, himpun daya. Pukul 4.00 pagi, program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan agenda terakhir Kuliah Subuh yang disampaikan oleh saudara Misran. Pukul 7.00 pagi, peserta muslimin dan muslimat meneruskan agendanya masing-masing. Muslimin menyambung pertandingan badminton yang belum tamat petang kelmarin sambil meninjau-ninjau kawasan kampung.
Sementara muslimat pula mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga orang ahli baru KRU muslimat di kampung tersebut. Setiap yang hadir hanya perlu menjawab dua soalan mudah. Pertama, bagaimana boleh terlibat dengan KRU? Kedua, apa perasaan atau apa yang diperoleh sepanjang menyertai KRU? Bermula dengan ahli-ahli junior sehingga kepada yang lebih senior, seorang demi seorang meluah rasa. Kini tiba giliran ahli yang ketujuh. "Saya mula mengikuti KRU ni kerana diajak oleh seorang kakak di sekolah saya. Saya bersedia meyertai KRU kerana tertambat dengan keperibadian baik dan penampilan menarik kakak tersebut sama ada dari segi kepimpinan mahu pun akademik. Terlalu banyak yang saya dapat dengan menyertai KRU ini." Tiba-tiba dia senyap, sebak menyelubungi suasana. Air matanya mula menitis. Walaupun dia cuba gagahi untuk bersuara, namun suaranya semakin tersekat. Lantas semua yang hadir turut mengalirkan air mata syahdu kecuali tiga orang ahli baru. Kerana apa? Berbaur rasa kerana ukhuwah, kerana tafahum, kerana syukur terpilih berada dijalan ini. Biarlah emak angkat kehairanan melihat dari arah dapur, biarlah adik-adik bertiga ini memerhati penuh persoalan. Biarkan, biarkan, biarkan.... Suatu hari nanti adik-adik akan faham juga. Air mata kerinduan. Doa rabitah sentiasa bermain dibibir, beralun di hati. Perkenankan doa kami ya Allah.
Akhirnya, pukul 9.30 pagi kami bertolak pulang.
1 comments:
mantap tuaran! teruskan perjuangan :)
tahniah buat shbt2 yg dpt rsult cmrlang PMR.. Akademik no.1, dakwah bukan no. 2 :)
Post a Comment