Footer Right Content

Thursday, December 30, 2010

Tahniah PMR 2010!


Syabas dan tahniah buat adik2 KRU KB yang cemerlang dalam PMR 2010 yang telah diumumkan 24hb lalu.

8A PMR 2010:
1) Zulfana (SMK Arshad)

7A PMR 2010:
1) Irwan (SMK Arshad)
2) Ezzaidy ( SMKA Tun Said)
3) Azmalida (SMKA Tun Said)

Tahniah juga buat adik2 yang lain yang tidak tertulis namanya dalam post ini (maklumat tidak diperolehi).
"Barangsiapa yang membantu agama Allah (Islam) nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya dan mengukuhkan kedudukannya."

Hari Keluarga PSSKB 2010

Hari Keluarga PSSKB 2010
25 Disember 2010 (Sabtu)
Simpang Mangayau Kudat

Alhamdulillah... sebagai penutup tabir tahun 2010, PSSKB telah mengadakan Hari Keluarga PSSKB bersama KRUKB seminggu sebelum munculnya tahun baru Masihi 2011. Semoga gerak kerja tahun 2010 ini di nilai di sisi Allah dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Taklimat dari pengarah program Sdr. Saibul

Menunggu Tuan Guru mengimamkan bacaan doa
Singgah sebentar membeli jagung bakaranak sapa tue?
AJK makanan sibuk membakar ikan. Jom makan!Bahagianya dapat menghabiskan nasi setalam... Khusyuk mendengar amanat dari Penaung PSSKB Cg. JumatDengar bebaik pesanan tue..Muslimat PSSKB.. Semoga istiqamah dalam perjuangan Islam!

Bertemu lagi pada program2 dan aktiviti2 PSS dan KRU KB pada tahun hadapan 2011.

Ziarah Kampung Sambah

23-24 Disember 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmatNya disaat sahabat-sahabt lain menadah ilmu lewat Seminar Pemantapan Dakwah di Tabung Haji, KRU Tuaran pula telah turun ke lapangan dakwah menerusi Program Ziarah Kampung Angkat PSS Tuaran iaitu, Kampung Sambah, Tenghilan. Seramai 11 orang ahli KRU yang sudah mempunyai keluarga angkat masing-masing termasuk 3 orang abang dan kakak PSS yang belum berdaftar sebagai anak angkat menyertai program ini. Kumpulan muslimin sampai awal di kampung Sambah, sebelum Asar. Manakala kumpulan muslimat sampai ke destinasi selepas Asar memandangkan dua orang peserta program mengambil result PMR mereka.


Hari penting bukan penghalang untuk turun 'gelanggang'. Kredit buat ayah bonda kandung kedua-dua ahli KRU Tuaran ini.

Setelah semua kumpulan muslimat sampai ke Pengkalan Benonon, kami pun memulakan perjalanan ke Kampung Sambah dengan menaiki bot yang dipandu oleh bapa angkat Sofia. Kami menyelusuri sungai sambil bertanya tentang result PMR adik-adik yang terlibat. Mendengar keputusan mereka yang agak cemerlang menyejukkan hati kami.


Benarlah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Alhamdulillah, Allah membuka jalan kepada adik-adik ini untuk berjaya. Walaupun aktif dalam program-program KRU, namun itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk mereka berjaya dalam bidang akademik. Ternyata hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi yang mengaku beriman ini perlu seimbang. Tidak semestinya pelajar tugasnya belajar sahaja, tapi juga tugasnya sebagai hamba Allah, dan tugasnya sebagai seorang anak juga jangan dilupakan. Teringat pula salah satu tajuk ceramah yang pernah dihadiri 'Akademik no.1, dakwah bukan no.2'.

Antara ahli KRU Tuaran yang aktif (yang mengambil PMR tahun ini):-

  1. Siti Sofia binti Mohamad – SMK Tamparuli
  2. Siti Nurmina binti Wahab – SMK Tamparuli
  3. Siti Nuraina binti Zukri – SMK Tamparuli
  4. Nor Anita binti Mohd Salem – SMK Tamparuli
  5. Noor Amarina binti Suid – SMK Tamparuli
  6. Noorhasnezan binti Roslee – SMK Badin
  7. Noramanaisa - SMK Badin
  8. Rasidah binti Matdin - SMK Badin
  9. Nashrul bin Ibrahim – SMK Badin
  10. Dzulfadlie Wasili - SMK Badin
  11. Abi Zarin Habibullah - SMK Badin
  12. Ilman bin Siyakop - SMK Tenghilan

Bagi keputusan PMR ahli KRU yang cemerlang pula:
  • Abi Zarin Habibullah = 5A 3B 1C
  • Dzulfadlie Wasili = 7A 1B 1C
  • Nashrul bin Ibrahim = 6A 3B
  • Siti Sofia Mohamad = 5A 4B
  • Noor Amarina Suid = 2A 6B
  • Adibah = 9A
Setibanya kami di jeti Kampung Sambah, kami disambut seorang makcik. Tanpa membuang masa, kak Farah pun didaftarkan sebagai anak angkat kepada ibu angkat Ain. Setelah itu, semua beredar ke rumah angkat masing-masing. Program PSS kali ini bertujuan berkongsi sedikit pengisian rohani dan muhasabah diri dengan penduduk Kampung Sambah.

Tiba waktu Maghrib, semua penduduk dijemput ke surau untuk solat berjemaah.


Selepas selesai solat, tazkirah disampaikan oleh Abang Salman yang bertajuk Hijrah. Antara point penting dalam tazkirah Abang Salman:
  • Manusia perlu berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini. Perumpamaan jika air yang bertakung terlalu lama maka akan banyak kotoran yang akan mencemarinya lalu air tersebut menjadi bau dan tidak lagi berguna kepada sesiapa.
  • Mulakan perubahan dengan solat 5 waktu sehari semalam kerana solat menjadi asas kepada pembentukan aqidah & akhlak yang baik.
Selesai solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah dasar dan sesi muhasabah diri yang disampaikan oleh Abang Fairuz. Antara isi ceramah yang disampaikan ialah berkaitan dengan 5 ancaman yang dihadapi oleh masyarakat di sekitar Sabah yang masih cetek tentang ilmu agama.


Setelah selesai pengisian dari Abang Fairuz, kami dihidangkan dengan minum malam (terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi menyediakan juadah minum malam). Seterusnya masing-masing beredar ke rumah keluarga angkat, himpun daya. Pukul 4.00 pagi, program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan agenda terakhir Kuliah Subuh yang disampaikan oleh saudara Misran. Pukul 7.00 pagi, peserta muslimin dan muslimat meneruskan agendanya masing-masing. Muslimin menyambung pertandingan badminton yang belum tamat petang kelmarin sambil meninjau-ninjau kawasan kampung.


Sementara muslimat pula mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga orang ahli baru KRU muslimat di kampung tersebut. Setiap yang hadir hanya perlu menjawab
dua soalan mudah. Pertama, bagaimana boleh terlibat dengan KRU? Kedua, apa perasaan atau apa yang diperoleh sepanjang menyertai KRU? Bermula dengan ahli-ahli junior sehingga kepada yang lebih senior, seorang demi seorang meluah rasa. Kini tiba giliran ahli yang ketujuh. "Saya mula mengikuti KRU ni kerana diajak oleh seorang kakak di sekolah saya. Saya bersedia meyertai KRU kerana tertambat dengan keperibadian baik dan penampilan menarik kakak tersebut sama ada dari segi kepimpinan mahu pun akademik. Terlalu banyak yang saya dapat dengan menyertai KRU ini." Tiba-tiba dia senyap, sebak menyelubungi suasana. Air matanya mula menitis. Walaupun dia cuba gagahi untuk bersuara, namun suaranya semakin tersekat. Lantas semua yang hadir turut mengalirkan air mata syahdu kecuali tiga orang ahli baru. Kerana apa? Berbaur rasa kerana ukhuwah, kerana tafahum, kerana syukur terpilih berada dijalan ini. Biarlah emak angkat kehairanan melihat dari arah dapur, biarlah adik-adik bertiga ini memerhati penuh persoalan. Biarkan, biarkan, biarkan.... Suatu hari nanti adik-adik akan faham juga. Air mata kerinduan. Doa rabitah sentiasa bermain dibibir, beralun di hati. Perkenankan doa kami ya Allah.

Rindu tak terkata

Akhirnya, pukul 9.30 pagi kami bertolak pulang.




Nasaruddin sah didaftarkan sebagai anak angkat kepada keluarga angkat Misran

Bangkitlah Wahai Syabab!

Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam

Kita adalah singa-singa Ar-rohman
Hancur binasa musuh berbisa
Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagai api menyala
Tergugahlah jiwa tuk turut berjuang
Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapus angan-angan raih kemenangan..raih kemenangan

Bangkitlah hai pemuda Islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudkanlah cita dan impian
dengan kekuatan kita kan berjaya

Bergerak ke depan raih kemenangan..
raih kemenangan..raih kemenangan!

- Ar Ruhul Jadid-

Pemuda memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Dalam sejarah da’wah Islam, pemuda memegang peranan yang sangat penting. Para Nabi dan Rosul diutus Allah untuk menyampaikan ajaran agama terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahunan.
Dalam al-Quran terdapat banyak kisah keberanian pemuda. Rasulullah Muhammad SAW ketika diangkat menjadi rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama, kebanyakan juga dari kalangan pemuda bahkan ada yang masih anak-anak. Mereka dibina oleh rosulullah setiap hari di Daarul Arqam.

Diantaranya adalah;

  • Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda ketika itu keduanya berumur 8 tahun,
  • Thalhah bin Ubaidillah (11),
  • al Arqam bin Abi al Arqam (12),
  • Abdullah bin Mas’ud (14) yang kelak menjadi salah satu ahli tafsir terkemuka,
  • Saad bin Abi Waqqash (17) yang kelak menjadi panglima perang yang menundukkan Persia,
  • Jafar bin Abi Thalib (18),
  • Zaid bin Haritsah (20),
  • Utsman bin Affan (20),
  • Mush’ab bin Umair (24),
  • Umar bin Khatab (26),
  • Abu Ubaidah Ibnul Jarah (27),
  • Bilal bin Rabbah (30),
  • Abu Salamah (30),
  • Abu Bakar Ash Shidiq (37),
  • Hamzah bin Abdul Muthalib (42),
  • Ubaidah bin al Harits, yang paling tua diantara semua sahabat yang berusia 50 tahun.

Pemuda gagah berani yang hidupnya didedikasikan hanya untuk kejayaan Islam seperti inilah yang sanggup memikul beban da’wah dan bersedia berkorban serta menghadapi berbagai siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapatkan kebaikan, rahmat dan ampunan dari Allah. Mereka inilah yang disebut dengan orang muflih (beruntung).

Wahai pemuda janganlah sia-siakan usia mudamu sebab itulah yang akan dipertanggung jawabkan kelak diakhirat nanti. Sebagaimana sabda Nabi Saw "tidak beranjak kaki anak adam dari hadapan Allah hingga ditanya 5 hal: tentang umurnya, dihabiskan untuk apa? tentang usia mudanya diisi untuk apa? tentang hartanya, darimana dia dapatkan dan digunakan untuk apa? Dan amalannya dari ilmu yang dia miliki?

(diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dari Ibn Mas’ud)

Jelas digunakan untuk apa usia muda kita, akan dipertanggungjawabkan kepada Allah. Apa digunakan untuk melaksanakan perintahnya, apa digunakan untuk larangannya. Pergunakanlah waktu mudamu sebelum waktu tuamu. Tingkatkan iman dan takwa kalian.. Bukannya sebaliknya. Kita gunakan usia muda kita dengan menuntut ilmu dan mengamalkannya. Kita gunakan umur kita untuk berdakwah dan menegakkan panji – panji Islam diseluruh bumi Allah Swt ini.

Saatnyalah pemuda bangkit dan bersatu. Di bawah akidah Islam berjuang bersama demi menjaga eksistensi Islam di dunia. Wahai para pemuda engkau adalah generasi pengganti, engkau adalah generasi pembaharu dan engkau adalah generasi penerus perjuangan. Pemuda harus bangkit, Nyalakan api semangat yang akan terus berkobar!

Bangkitlah mujahid bangkitlah! Bersama menjadi pemuda khalifah.

Monday, December 20, 2010

Islamic Summer Camp 2010..




Bismillahirrahmanirrahim..ALhamdulillah..itulah ungkapan yang selayaknya diungkapkan atas kejayaan perlaksaan program Islamic Summer Camp 2010 yang telah dijalankan pada 17 sehingga 19 Disember 2010 bertempat di Batangan Baru Lagoon,Tuaran.



Program Islamic Summer Camp 2010 ini telah menggariskan "Youth now,Leaders tomorrow" sebagai temanya. Memang benar, remaja kini pemngkin masa depan. Jika bukan mereka siapa lagi yang bakal meneruskan perjuangan habibullah saw?? Disebabkan itu ,ia telah menyebabkan beberapa pihak mengambil tindakan untuk mneruskan program Islamic Summer Camp 2010 yang merupakan kali ke-4 sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2007. Antara pihak yang terlibat adalah Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwah.



Program ini disertai oleh pelajar-pelajar yang digabungkan daripada beberapa daerah yang terdiri daripada Kota Kinabalu, Tuaran, Kundasang, Sipitang dan beberapa daerah lagi. Program mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Walaupun begitu apa yang menjadi keutamaannya ialah matlamat yang dipertaruhkan untuk program ini terlaksana.


Program seperti inilah yang merupakan salah satu platform untuk melahirkan seorang dai'e dan pejuang-pejuang muda.Di mana remaja kini semakin ketandusan ilmu agama serta lupa akan tanggungjawab mereka sebagai abdillah,jundullah serta mujahid fillah.Mereka tidak sedar akan kewajiban berdakwah kerna mengambil kira di usia muda ini,bukanlah tanggungjawab mereka untuk melakukan perkara-perkara yang sedemikian dan mereka lebih memilih untuk menghabiskannya dengan bersekongkol dengan nafsu yang membawa mereka untuk tenggelam dalam arus duniawi.



Tetapi alhamdulillah serta tahniah ke atas peserta-peserta yang terlibat dengan program ini. Ketahuilah, sesungguhnya diri kalian telah dipilih oleh-Nya. Ini juga merupakan satu tarbiyah secara langsung dari yang Maha Esa untuk kalian mengetahui selok-belok serta realitas uslub dakwah yang sebenarnya.Tahniah juga ke atas AJK dan Fasilitator yang menjadi tulang belakang terhadap program ini.Ingtlah,usaha kalian pasti akan mendapat ganjaran yang tiada tandingan nilainya kerna singgahsana indah di firdausi-Nya menanti kalian untuk menjadi ahli bayt-Nya..Apa yang terpenting ialah keikhlasan serta niat untuk semua yang terlibat dalam program ini yang bermula dari AJK, Fasilitator dan juga peserta. Niatkanlah ianya hanya untuk menggapai mardhotillah menuju makrifatullah serta ikhlaskan diri sepenuhnya tanpa mengharapkan sebarang ganjaran duniawi.




Kepada peserta-peserta,manfaatkanlah segala ilmu yang telah kalian timba sepanjang program.Sebarkanlah ilmu tersebut kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk menyertai program ISC'10 ini.Aplikasi benih-benih ilmu itu dalam kehidupan agar lahirlah hasil yang lumayan.Usah disia-siakan masa serta tenaga yang telah kalian korbankan untuk program ini. Semoga berjumpa lagi dalam Islamic Summer Camp yang akan datang! InsyaAllah...

Mujahid Fillah ISC'10







Mujahidah Fillah ISC'10

titipan buatmu hawa..


                                                                                   
                                                                                     
fikrah terbang mengikut haluan angin..
lisan kelu tanpa kata..
tatkala fikrah ligat berfikir..
tidak tersedar khandak ainunku telah retak serta pecah..
membuatkan kerajaan ainun menerjah ke musim tengkujuh..

ku berfikir sejenak..
apa yang telah aku lakukan sebagai seorang dai'e??
sebagai mata rantai penerus perjuangan habibullah saw..
adakah benar janjiku terhadap-Nya telah terlaksana..
kata-kata yang ku lontarkan selama ini adakah telah aku amalkan dengan kerajaan tubuhku??
atau ianya hanya sekadar manis madah yang diatur lisan??
tetapi hakikatnya kerajaan tubuh hanya duduk berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan..
adakah itu aku yang sebenarnya???
hanya bijak menyusun kata tetapi sebenarnya......................

semakin lebat hujan di kerajaan ainunku..
airmata jatuh membasahi pipi..
mengingat kembali..
segala apa yang telah ku lakukan untuk menegakkan agama-Nya..
memang benar..
aku ini seorang yang aktif bergerakkerja demi menegakkan agama-Nya..
tetapi sampai bila-bila jua ianya tidak mampu menandingi pengorbanan Rasulullah saw tikamana
diri baginda bermandi  darah..
tikamana peluh membasahi bahtera tubuh..
tikamana diri berasa sungguh sengsara..
tetapi..
pernahkah beginda menyesal dengan apa yang baginda lakukan??
jauh sekali tidak..
tetapi aku??
fikrahku tidak bisa mentuntaskan jawabannya..

adakah telah sepenuhnya terlaksana tugasku sebagai seorang yang telah diamanhkan oleh-Nya untukku 
membawa sekalian umat-Nya kembali bertuhan??
sekali lagi fikrahku terhenti dari putaran fikirnya..
lalu..
jari-jemariku membawa kerajaan ainunku menerjah teratak maya sahabiah-sahabiahku..
tidak ku sangka ianya hanya akan menambahkan rasa bersalah yang kian meletus..
saat ini ainunku terus-menerus mengalirkan air mata..
tidak mampu ku menanggung rasa bersalah ini..
tidak mampu ku menanggung dosa ini..
kerna aku tidak memimpin sahabiah-sahabiahku ini dengan cara yang terbaik..
memang!!
memang!!
memang!!
ini silapku!!
kesilapanku kerna tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama-Nya..
namun..
aku tidak berdaya..
ah!!!!!!!!!!!!!!!!!
tidak berdaya????
layakkah aku mengungkapkannya??
perjuanganku kini hanyalah sekelumit dari apa yang telah diperjuangkan oleh baginda saw..
izan...??
apa jawabanku untuk soalan ini..??

kecil sungguh bakti dan jasaku dalam usaha menegakkan syiar agama suci ini..
kerdil sungguh diriku dihadapan-Nya..
lalu..
ku menadah tanganku yang dilumuri titisan-titisan najis dosa ini
memohon maghfirah serta kekuatan dari-Nya....
terpaksa ditempelak sebentar  rasa malu yang menyelubungi diri ini terhadap-Nya..
tetapi apakan daya..
aku hanya seorang hamba yang hina serta penuh dengan kelemahan..
tiada pilihan lain..
malu atau tidak..
Allah jua tempat ku meluahkan segala-gala yang membuatkan qalbiku menangis..
ku memohon pada-Nya agar ditiupkan semangat baru untukku bangkit semula dari lenaku..
agar aku tidak lagi leka terhadap matlamat sebenar sehingga membuatkan aku masih lagi bernyawa sehingga kini..
                                                                                   
Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
aku mengerti bahawasanya diriku telah dipilih oleh-Mu untuk meneruskan perjuangan kekasih-Mu
Muhammad saw..
tetapi kudratku terkdang jatuh merudum menghempap bumi
dek kedegilan diriku untuk mendengar bicara iman..
lebih memihak kepada nafsu tatkala iman memerlukanku..
aku juga tahu..
bukan sekadar perlu mengalirkan airmata..
tidaklah hanya dengan penyesalan yang cukup mendalam 
mampu merubah segala-galanya..
apa yang wajar aku lakukan kini ialah..
menamsilkan diriku seperti saifultillah  Khaulah Al-Azwar..
srikandi islam yang sanggup bermatian demi agama-Mu ini..
walau diri bertitle hawa..
ingatlah..
hawa itu tidak lemah!!
hawa itu tidak mudah diperdaya!!
hawa itu tidaklah selembik yang disangka!!
tanpa hawa tidak akan mampu seorang adam itu berdiri kukuh!!
walau diriku hawa..
tidak akan ku jdikannya sabab-musabab untukku lari dari medan pertempuran ini..
Ya Khalik..
ampunkan khilafku..
aku sedar akan kesilapanku..
aku memohon ke hadrat-Mu agar Kau berilah aku peluang
supaya bisa ku melakukan sesuatu demi agama-Mu ini..
biarlah ku tinggalkan langkah yang layu untuk mencipta satu langkah yang baru..
bantulah aku..
pimpinlah aku..
agar aku tidak keseorangan dalam menegakkan agama-Mu..
jadikanlah aku seorang srikandi islam yang sanggup berkorban segala-galanya demi menggapai mardhotillah wlau ranjau dan onak durinya sungguh menusuk kerajaan tubuhku,akan tetap ku harunginya berbekalkan semangat yang telah Kau pinjamkan ke atas diriku..
kerna impianku cuma satu..
menjadi bidadari firdausi-Mu abadan abadaa... 

by:Nur Tasnim Imtiaz                                       

Friday, December 17, 2010

Memori KemPin '02 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010 (KemPin '02)
15-17 Disember 2010 (Rabu - Jumaat)
Pondok Fi Dzilalil Qur'an Tamau KB

Alhamdulillah dengan izinNya program ini dapat dijalankan dengan baik walaupun ramai peserta dan AJK yang tidak dapat menghadiri program ini kerana peperiksaan SP
M dan STPM serta ada yang balik kampung sempena cuti sekolah ini. Namun, atas kesedaran tentang pentingnya berjuang demi Islam, terdapat juga AJK dan peserta yang datang selesai menghabiskan kertas terakhir peperiksaan mereka. Tahniah diucapkan! Semoga beroleh kejayaan dalam peperiksaan anda. Yakinlah bahawa janji Allah pasti benar!!

Ikutilah rakaman-rakaman sepanjang program KemPin '02 2010.
ketibaan peserta
pendaftaran
LDK1- jangan pandang belakang
LDK2- Kubur kita asing2
LDK3- Aiman tak kesah
LDK4- Produk Islam memang laris
bengkel penyelarasan KD
explorace- CP3
explorace- CP5
rehat2 sambil makan aiskrim
aiskrim lagi...
ahli PSSKB muslimat turut merakam kenangan makan aiskrim
AJK muslimat menaiki pick-up pulang dari tapak program
Dah sampai pun ke bilik gerakan utama...hehehe...

Terima kasih atas kerjasama dan usaha gigih para AJK dan fasilitator yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Buat adik-adik peserta, amalkan ilmu yang dikutip dari pengisian yang ada. Janganlah jemu mengikuti majlis-majlis ilmu. Kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dah para sahabat, bukan pemula dan bukan pengakhir. Oleh itu, jagalah ia agar tidak putus. Semoga kita tergolong dalam golongan yang menerima syafaat Rasulullah. Ameenn...

PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)