Footer Right Content

Friday, March 19, 2010

Syabas..!!!


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana di atas keizinanNya Kelab Remaja Ukhuwwah telah berjaya menganjurkan Program Menyeru Muslimin yang selesai dijalankan pada jam 6 petang tadi. Walaupun pada jam 3 petang tadi dimaklumkan kehadiran peserta agak kurang memberangsangkan, namun, bilangan peserta bukanlah persoalannya. Program terus dilaksanakan seperti yang telah direncanakan.


Syabas diucapkan kepada semua pihak muslimin yang terlibat. Moga program ini menjadi batu loncatan menyeru lebih ramai lagi muslimin untuk bersama-sama membantu gerak kerja Islam,insyAllah. Persoalan tentang sambutan tidak memberangsangkan usahlah menjadi batu penghalang kerana pihak penganjur telah pun berusaha untuk memaklumkan pelaksanaan program ini. Ingatlah, kita tidak ditanya apa hasilnya tetapi apa usaha kita. Yang penting, kita telah berusaha gigih dalam melakukan apa jua kerja yang diberikan. Sesudah itu, kita tawakal pada Allah.


Renungkanlah kata-kata Imam Hassan Al-Banna ni :
“Andai Islam seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa MUDA. Aku tidak ingin mengutip dengan RAMAI BILANGAN mereka. Tapi aku ingin HATI-HATI YANG IKHLAS untuk membantuku dan bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah”.


Mudah-mudahan hati-hati yang hadir ke program tadi merupakan hati-hati yang ikhlas, insyAllah. Tahniah diucapkan sekali lagi kerana berjaya menjalankan program dan kepada para peserta yang telah menghadirkan diri ke program tadi.

1 comments:

Najihah said...

Salam..

ana nk tanya..camna nk daftar sbgai ahli KRU..