31hb Jan 2009 (Sabtu)Masjid Pekan KB
Sahabat-sahabat dan adik-adik yang berada di KB atau sekitar KB dijemput dan dialu-alukan untuk mengimarahkan masjid tercinta kita.
~PemimpiN ItU DiciptA BukannyA TerciptA~
Sahabat-sahabat dan adik-adik yang berada di KB atau sekitar KB dijemput dan dialu-alukan untuk mengimarahkan masjid tercinta kita.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 12:39 AM 0 comments
Labels: Program
Salam Wasilah ukhuwah Fillah...
Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Untuk makluman semua, pada 31 hb ini akan diadakan Program Qiamullail Bulanan Kelab Remaja Ukhuwah seperti berikut :
Masa pendaftaran : 5pm (31 hb Januari)
Hari : 31/01-01/02 (5pm Sabtu - 9am Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Justeru dijemput kepada semua ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) untuk datang beramai2....(^_^)
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 2:59 PM 0 comments
Labels: Program
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 1:50 PM 0 comments
Labels: Program
Posted by nurilhakim at 4:11 AM 0 comments
Labels: Program
Kota Kinabalu, 11 Januari - Salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah terlibat dalam satu kemalangan. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zulhusmie yang berasal dari Kota Belud dan masih menuntut dalam tahun 3 Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa program Islamic Summer Camp (ISC) bulan Disember yang lepas, Saudara Zulhusmie merupakan salah seorang daripada Ajk Makanan yang bertungkus lumus berusaha bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan baik dan lancar. Sekarang ini beliau di tempatkan di Sabah Medical Centre (SMC) tingkat 6 bilik 627. Justeru, marilah kita semua menadah tangan memohon doa kepada Allah semoga beliau cepat sembuh dan cekal serta tabah menghadapi ujian ini.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 10:31 PM 0 comments
Pada zaman dahulu ada seorang raja. Di negara jajahan takluk raja tersebut terdapat sebatang sungai yang dipenuhi buaya. Suatu hari, raja mengadakan pertandingan. Siapa yang dapat berenang merentas sungai tersebut akan mendapat salah satu daripada hadiah berikut – Pertama, mendapat wang sebanyak 1 juta ringgit. Yang kedua, dapat berkahwin dengan puteri bongsu baginda, atau yang ketiga, dapat memerintah keseluruhan negara tersebut.
Seluruh rakyat pun berkumpul, tetapi tidak ada seorang pun yang berani berenang di dalam sungai tersebut, lebih-lebih lagi setelah raja tersebut melakukan ‘demo’ dengan meletakkan seekor ayam ke dalam sungai tersebut, dan tidak sampai beberapa saat, hanya bulu-bulu yang berterbangan, sedangkan ayam habis dibaham buaya-buaya yang ganas. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba dengan tidak semena-mena air berkocak kuat dan seorang lelaki dilihat berenang dengan laju ke seberang sana sungai sambil buaya-buaya mengejar beliau tanpa berhasil. Sampai ke tebing, raja menemui lelaki tersebut yang sedang tercungap-cungap. “Tahniah, tahniah,” kata raja. “Beta kagum dengan keberanian kamu. Apa hadiah yang kau mahukan dari beta? Hadiah wang 1 juta?” “Ti..ti..tidak”, lelaki tersebut menjawab dalam keadaan masih tercungap-cungap. “ Jadi kau mahu puteri beta?” “Tidak..Ti..Tidak,” jawab lelaki itu lagi. Raja mula kehairanan. “Jadi kau mahu memerintah Negara beta la ni?” “Tidak!” Lelaki tersebut menjawab dengan lebih tegas. Beta dan menteri-menteri berpandangan sesama sendiri sambil menggelengkan kepala. “Jadi apa yang kau mahukan?” raja bertanya sedikit marah. “Aku cuma mahu tahu, siapa yang menolak aku ke dalam sungai!” lelaki tersebut menjawab!
Begitulah hakikatnya, kita selalu perlu ditolak untuk berdepan dengan cabaran, dan memburu kejayaan. Agak-agaknya, apakah yang menolak adik-adik untuk bersungguh-sungguh belajar dan memburu kecemerlangan di sekolah?Posted by nurilhakim at 3:08 PM 2 comments
Ya..kerasnya hati mereka. Pejalnya hati mereka. Hitamnya hati mereka.
Tidak terdetik langsung dalam hati rasa kasihan belas?
Tidak terasa langsung dalam hati mereka kesengsaraan saudara seIslam mereka?
Tidak mengalir langsung airmata mereka melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan?
Jari ini hanyalah mampu menekan keyboard. Atau hanya mampu menadah tangan ke hadrat Ilahi Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar kenapa ia berlaku.
‘Ya Allah! Engkau bantulah umat Islam Palestin itu!
Ya Allah! Engkau tolonglah Hamas memerangi tentera Yahudi yang jahat itu!
Ya Allah! Engkau menangkanlah mereka mengatasi musuh mereka dan musuh kami!’"
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:02 PM 0 comments
Labels: Renungan
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 10:42 AM 0 comments