25 Mac 2011 - Program Jil Ul-Islam
"Assalamu'alaikum abang-abang dan kakak-kakak." Huluran salam mesra pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat Kampung Serusup, Tuaran. Ceria menyambut kedatangan kami yang disangka pelajar-pelajar UMS. Pada mereka sebut sahaja Persatuan Siswazah Sabah (PSS) tergambarlah UMS. Menurut ustazah, sehari sebelum kedatangan kami para pelajar SAR bersemangat mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Gotong-royang siap lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Menakjubkan. Sikap luar biasa. Ganjarannya, hari itu mereka dibenarkan balik awal setengah jam daripada biasa.
"Wa'alaikumussalam." Terbaliklah pulak. Apa pun hati masih berdebar, mampukah kami mengawal meraka?
"Bagaimana menjadi ahli KRU?"
"Macam mana kami boleh membeli baju KRU?"
"Ada surat untuk mak dan abah supaya kami boleh pergi qiamkah?"
"Minta nombor telefon..."
Sentuhan terakhir daripada Abang Amin yang ditemani oleh Abang Fezri tetap berbekas dihati mereka.
"Nanti sebelum peperiksaan bulan Ogos jemputlah datang lagi." Pesan ustazah sebelum kami melangkahkan kaki meninggalkan SAR Serusup lewat petang itu.
1 comments:
mabruk2..teruskan langkah..pandang hadapan...ohoho,rupanya hari tu terserempak dgn akh amn n akh fezri destinasi mereka menuju ke sini ..=)
Post a Comment