8 April 2011
Taklimat AJK@Fasilitator
Post mortem pertama
Sukarnya melakar sebuah pertemuan. Hari berganti hari, berganti minggu, malah berganti bulan pertemuan masih tergantung. Masing-masing punya kekangan, silih berganti. Tidak boleh dibiarkan erterusan begini. Kena atur strategi bagi mengelakkan kerja last minute. Balik dari Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan, kami ahli KRU Tuaran menyinggah seketika di satu rumah yang sudah tidak asing lagi bagi kami. Maka berlangsunglah mesyuarat KRIS Tuaran pertama walau tanpa pengarah. Agenda utama lantikan dan pembahagian tugas-tugas penting (AJK Pengisian dan Penerbitan, AJK Persiapan Tempat, AJK Sumbangan & Tajaan dan AJK Penyertaan).
Masa terus berlalu, namun usaha mengatur pertemuan masih tipis. Mujur, malam qiam Mac KRU Tuaran pengarah dan AJK Pengisian dari pihak sana dapat meluangkan sedikit masa mendengar perkembangan gerak kerja KRIS setakat itu. Inilah mesyarat KRIS Tuaran Kedua.
Terus menunggu. Akhirnya, hari sabtu seminggu sebelum tarikh KRIS Tuaran barulah mesyuarat gabungan semua AJK dapat dilaksanakan, mesyuarat ketiga. Melihat bilangan sumber tenaga yang ramai memberi kekuatan gerak kerja AJK-AJK lain akan mudah dilaksanakan berbekalkan usaha,doa dan tawakal.
Tanggal 8 April 2011 bermulalah detik itu, KRIS ’11 Tuaran.
0 comments:
Post a Comment