Footer Right Content

Wednesday, October 22, 2008

IBADAH TIDAK SEPATUTNYA BERMUSIM..


Bulan Ramadhan, satu bulan yang penuh keberkatan. Banyak pahala ibadat digandakan pada waktu tersebut. Surau dan masjid sentiasa dipenuhi makmum tanpa mengira waktu bermula dari subuh hinggalah kepada isyak. Tidak kira kecil atau muda, kanak-kanak atau dewasa..tanpa disuruh bagaikan sepakat sehati sejiwa mengunjunginya.

Kepada yang tidak membaca Al-Quran waktu itulah mereka rancak membaca. Alhamdulillah.. syukur kerana begitu makmur sekali dan bagaikan ada penyatuan dalam kalangan umat Islam di waktu itu. Yang merokok boleh menahan nafsu dari menghisap rokok. Tidak ada pun sungutan atau pun sampai terketar-ketar menggigil kerana tidak dapat merokok pada siang hari.

Kini syawal pula menjelma.... Keadaan sudah pulih seperti biasa. Masjid surau mulai sepi. Hanya ada beberapa saf sahaja bila waktu sembahyang. Yang merokok mula mengkada' rokok. Yang mengaji Al-Quran telah berhenti mengaji. Kenapa?

Kalau kita perhatikan secara mendalam, bulan Ramadhan adalah satu bulan di mana Allah mendidik umatnya secara langsung. Bila pagi.. 'Bangun awal', 'jangan tidur.' Baca Al-Quran dahulu, kemudian bertebaranlah mencari rezeki di awal pagi. Bila masuk waktu sembahyang.. berjamaahlah di masjid atau surau. Makan jangan banyak. Berjimat cermat. Banyakkan bersedekah.. jaga tingkah laku.. Tapi berapa ramai yang buat... kenapa terhenti setakat bulan Ramadhan sahaja dan tidak diteruskan di bulan-bulan yang lain?Alangkah ruginya kita semua... seolah-olah Allah hanya wujud pada bulan ramadhan sahaja...

Friday, September 5, 2008

.:: Khas Sempena Ramadhan!!!! ::.


Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung yang dirahmati dan dikasihi Allah....

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, blog KRU akan mewujudkan link 'tazkirah ramadhan' (di ruang sebelah kanan blog ini) yang sentiasa di'update' setiap hari...

Mudah-mudahan, usaha yang sedikit ini mampu menyemarakkan taqwa di dalam diri kita semua...

Wassalam...

Monday, September 1, 2008

.:: QIAM KRU TUARAN-KK KALI KE-7 ::.

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah,pada 30 hb Ogos baru2 ni Qiam bulanan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Tuaran-KK telah diadakan sempena Sambutan Hari Merdeka dan Menyambut kedatangan bulan Ramadhan...
Untuk melihat lebih lanjut,shbt shbiah bolehlah melihat link (gambar2 program -> Program Qiyamullail Bulanan) di bawah...
Semoga kemerdekaan dan ramadhan kita pada tahun ini akan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Allah SWT dan meningkatkan taqwa kita...
Ilalliqo' Wa Ma'assalamah....

Friday, August 29, 2008

.:: AHLAN YA RAMADHAN ::.



Memperbanyak zikir, Doa dan Istighfar

Siang dan malam pada bulan Ramadhan adalah hari-hari yang penuh keutamaan, raihlah keutamaan itu dengan memperbanyak zikir dan doa, terutama pada waktu-waktu mustajab, di antaranya:
• Saat berbuka. Ada sebuah doa yang tidak tertolak bagi orang yang berpuasa saat berbuka.
• Sepertiga malam terakhir. Yaitu ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala ke langit dunia seraya berkata: “Siapa saja yang meminta kepada-Ku niscaya Aku kabulkan. Siapa saja yang memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku ampuni.”
• Memperbanyak istighfar pada waktu sahur. Allah Ta’ala berfirman: “Dan pada waktu sahur mereka memohon ampunan.”
• Mencari waktu mustajab pada hari Jumaat.

Ikhlas

Berapa banyak orang yang berpuasa namun tidak mendapatkan apa pun dari puasanya kecuali lapar dan dahaga!?
Berapa banyak orang yang mengerjakan solat tarawih, namun tidak mendapatkan apa pun selain mengantuk dan penat!? Semoga Allah menghindarkan kita dari hal itu!

Oleh sebab itu, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam menegaskan masalah ikhlas ini, melalui sabda beliau: “....karana keimanan dan keikhlasan.. .”

Tidak Berbuat Hal Yang Sia-Sia Pada Bulan Ramadhan

Meluangkan waktu untuk hal-hal yang tidak berguna dan menghabiskannya di luar ibadah adalah sesuatu hal yang sangat rugi bila dilakukan di bulan Ramadhan. Sesungguhnya hal itu suatu kelalaian dan sikap berpaling dari rahmat dan keluasan ilahi.

Allah Ta’ala berfirman: “Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta". Berkatalah ia:"Ya Rabbku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat" Allah berfirman: "Demikian-lah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu(pula) pada hari ini pun kamu dilupakan". Dan demikanlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya terhadap ayat-ayat Rabbnya. Dan sesung-guhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal”. (Thaha: 124-127)

Hari ini, betapa banyak larangan-larangan Allah dan perbuatan durhaka lainnya yang dilakukan terang-terangan pada malam hari bulan Ramadhan yang pernuh berkah. Sesungguhnya seorang muslim akan merasa pilu melihat masa muda pemuda Islam terbuang percuma untuk perkara-perkara di luar ketaatan.

Namun, kita janganlah terlalu bersedih! Sesungguhnya jalan menuju kebahagian bagi kita dan bagi saudara2 kita adalah dakwah dan doa!
Marilah kita ajak pemuda-pemudi Islam yang terlena serta membimbing mereka kepada jalan yang lurus. Dan mendoakan mereka dalam kesendirian, mudah-mudahan Allah mengabulkan doa kita hingga kita termasuk orang yang beruntung dan tidak merugi selamanya.

Sunday, August 17, 2008

.:: Tahniah KRC !!! ::.


Assalamu'alaikum, kepada semua.

Alhamdulillah, pada 15-16 Ogos ini Persatuan Siswazah Sabah (PSS) melalui Kelab remajanya Kelab Remaja Ukhuwah (KRC) telah menganjurkan Kem Remaja Cemerlang (KRC). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kem ini, sahabat2 bolehlah melawat link gambar2 program bagi KRC di bawah....

Wednesday, July 30, 2008

.:: KISAH SEMUT & ISRA' MIKRAJ? ::.




Ada seekor semut yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Kuala Berang, Terengganu. Pada suatu hari semut ini sedang merayap-rayap seekor diri di atas baju kot tuan rumah tersebut. Tiba-tiba datang tuan rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa serta menyambar baju kot tersebut dan memakainya sambil berjalan. Ia tidak perasan yang ada seekor semut sedang bersembunyi di belakang kolar baju berkenaan.

Kemudian ahli perniagaan tersebut terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya. Kereta tersebut berhenti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Rupanya beliau ingin ke Kuala Lumpur, ada mesyuarat tergembar pada pukul 11.30 pagi katanya. Dari KLIA, ahli perniagaan tersebut terus menaiki ERL ekspress ke KL Sentral. Dia kemudiannya dijemput oleh seseorang yang sedia menunggunya dan terus dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Ahli perniagaan itu akhirnya sempat menghadiri mesyuarat yang sangat penting di situ tepat pada masanya. Daripada perbualan mereka, tahulah semut tersebut bahawa dia berada ditingkat 80 ketika itu.

Sebaik sahaja habis mesyuarat, ahli perniagaan tersebut tergesa-gesa keluar dan terus ke KLIA. Dari situ dia mengambil penerbangan malam ke Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita akhirnya mereka tiba semula di rumah pada pukul 10.30 malam di Kuala Berang.

Berbalik kepada cerita semut tadi... setibanya di rumah, dia dapati ramai ahli keluarganya berkumpul. Rupanya mereka menyangka semut tersebut telah hilang atau dicolek oleh kerengga di belakang rumah tersebut. Selepas mereka berjumpa dengan semut tersebut, maka bertanyalah mereka ke mana dia pergi sehari suntuk. Semut tersebut pun menjawablah dengan sejujur-jujurnya.... Kuala Lumpur!

"Haahahahaahaha... kau jangan nak kelentong kamilah. KL tu berjuta-juta km (ikut ukuran semut) dari Kuala Berang. Kau jangan cuba nak tipu kami. Macamana kau boleh pergi dan balik pada hari yang sama? Tak logik, tak logik!" Begitulah hal keadaannya pada hari itu. Jadi terpaksalah semut tadi menerangkan satu persatu cerita dari awal hingga akhir pengembaraan beliau. Alhamdullillah.. sebahagiannya mempercayai cerita tersebut tetapi ada juga di kalangan mereka yang berkeras tak mahu mempercayainya.

Begitulah halnya cerita bagaimana kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isya' dan Mi'raj. Kalau Allah mengizinkan ianya berlaku, tak ada apa yang mustahil di alam ini.


Friday, July 18, 2008

.:: Bagaimana kita mau mati? ::.



Salam Wasilah Ukhuwwah Fillah...

Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian. Mutakhir ini, semua rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia sibuk memikirkan nasib hidup yang bakal mereka hadapi dengan dua krisis yang cukup menjerut kehidupan iaitu kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang semakin meruncing. Justeru, persoalan yang sering bermain difikiran mereka ialah "bagaimana kita mau meneruskan kehidupan ini?".

Tetapi, tidak ramai dalam kalangan kita hari ini yang berfikir tentang "bagaimana kita mau menghadapi mati?". Kalau cinta itu buta, mati juga kembar kepada cinta kerana mati itu tidak mengenal usia dan tidak bersyarat... tua? muda? sihat? sakit? ianya datang bila sudah tiba masanya kita bertemu Tuhan yang Maha Mencipta.. Justeru, kitalah yang bertanggungjawab mencorak cara kematian kita sama ada HASANAH ataupun SAIYYI'AH.. Adakah kita sudah bersedia????

Renung2kanlah bersama..