Footer Right Content

Thursday, June 14, 2012

Cuti Mei Jun 2012 PSS & KRU Tuaran

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Berulang-ulang dalam surah Ar-Rahman.

Alhamdulillah, banyaknya nikmat kurniaan Allah. Percutian kali ini sangat bermakna. Sukar digambar. Hari-hari yang berlalu sepanjang cuti terisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Ada yang telah dirancang lebih awal, ada yang ad-hoc, malah ada yang ditangguh dan diganti dengan program lain. Ahli PSS dan KRU Tuaran bertebaran di sana-sini menabur bakti, mengutip mutiara-mutiara ilmu dan menimba pelbagai pengalaman. Kisah bermula.......

25-27 Mei beberapa orang ahli PSS dan KRUT berkesempatan membantu pelaksanaan Kem Remaja Islam Kota Belud (KRIS KB) di SMK Tambulion.

 Tahniah PSS & KRUKB

26 Mei. Lama sudah teringin main bowling. Akhirnya hasrat yang terpendam ini tercapai jua. Ad-hoc. Mohon maaf kepada yang tidak diajak bersama. Setibanya di kaunter pendaftaran pusat bowling 1B sesudah solat asar kami dimaklumkan ‘penuh’.  Pasrah. Sementara menunggu orang yang mengajak kami pergi ke 1B melangsaikan urusannya, kami duduk di situ memerhati orang yang sedang bermain bowling. Tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang wanita memaklumkan kami ada orang mahu ‘sponsor’ kami main bowling. Rezeki. Alhamdulillah. Siapakah insan yang bermurah hati itu? Timbalan Pengarah YAPEIM Sabah. Hari Keluarga warga YAPEIM Sabah rupanya.

Sempatlah juga bertukar-tukar info program masing-masing. Selepas main bowling kami teringin juga menjengok seketika ke tapak KRIS KK. Namun, dek memikirkan keesokan hari kami akan menghadiri walimah di Kampung Saradan sekaligus memenuhi temujanji dengan Pengerusi Surau Kampung Saradan untuk membincangkan PTK Kg Saradan, maka kami simpan sahaja hasrat tersebut. Tahniah kepada AJK dan peserta KRIS KK.

 Santai menjadi pemerhati seketika sambil sembang program mendatang.

 Bertukar-tukar info program dengan staf YAPEIM

 Itu dia.....
 Siapa pemenang?????

Tahniah!!!!! Sentiasa dekat dihati.

26-28 Mei. Sementara Shah Rizal, Umar, Izwan dan Kak Husna setia menjadi fasilitator Kem Smart Tahfiz di SRI Bandar Sierra. Teruja dengan adik peserta yang masih kecil sudah hafal surah Yassin. Mohon maaf kepada pihak penganjur kerana salah seorang fasilitator gagal menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Abang Shah Rizal bersama ahli kumpulannya

29-30 Mei. Kontinjen PSS dan KRUT berada di Kampung Kiwoi dalam misi ziarah kampung angkat. PSS dan KRUT kini memiliki tiga kampung angkat. Setiap kampung mempunyai keunikkan yang tersendiri. Penempatan di Kampung Kiwoi kami sinonimkan dengan ‘dekat tapi jauh’. Penempatan di lereng bukit. Bagi yang rumah keluarga angkat mereka berada di atas bukit dekat jalan raya dan masjid hanya mampu menadah telinga mendengar sahabat-sahabat bercerita menuruni sehingga empat bukit untuk sampai ke rumah keluarga angkat masing-masing. Terbit rasa kasihan melihat mereka mengah ketika sampai ke masjid selepas mendaki bukit.

Yang pasti, banyak kami pelajari dari kampung kami ini. Kami terpikat dengan usaha-usaha menghidupkan syiar Islam di kampung ini terutama sokongan terhadap golongan muda. Bersepadu.



Penyerahan anak angkat.

Dari bukit ke bukit.


Surau lama > masjid baru > padang






Menanti jamuan makan malam.

Halaqah taaruf & tazkirah si subuh hari.

Majlis penutupan

31 Mei ada dikalangan ahli KRUT telah melaksanakan Dakwah di Lapangan di Centre Point dan 3 Jun di tamu Tuaran. Misi mencari dana untuk program yang bakal menyusul. Terima kasih kepada semua yang sudi ‘memberi’.

 Terima kasih:-)

 Xie xie :-)

 Terima kasih:-)

 Ponsikou:-)
 Syukran:-)

2-3 Jun sebilangan ahli KRUT memenuhi undangan walimah di rumah keluarga angkat di Kampung Sambah. Membantu semampunya dengan kudrat anggota empat kerat.


 Barzanji: Kena praktis lagi nampaknya.....

4-5 Jun. Qiamullail Bulanan yang meriah. Mengapa? Pertama, pengisian Kuliah Maghrib ‘Israk dan Mikraj’ yang disampaikan oleh penceramah yang didatangkan jauh dari Semenanjung, Ustaz Husni. Kedua, majlis meraihkan lepasan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011 dengan sajian tazkirah khas ‘Erti Kejayaan dan Kegagalan’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fairuz Bend yang balik bercuti dari Beluran, Sandakan. Ketiga, majlis kesyukuran sempena Hari Lahir adik Mohd Daniel Hakimi Norzain, genap berusia tujuh tahun 5 Jun.

Terima kasih kepada ahli KRUT yang telah memasak menu istimewa untuk kedua-dua majlis. Warna-warni. Mohon maaf atas perubahan tempat qiamullail ‘last minute’ ke SRI Tuaran. Hari Ahad, 3 Jun baru dapat makluman bahawa Masjid An-Nur, Tuaran tidak dapat digunakan untuk aktiviti qiamullail beberapa bulan terdekat ini kerana masjid dalam fasa pembaikkan untuk persediaan Ramadhan. Apakah persediaan kita?






Menu makan malam. Mana sayur?

Senyum:)

Terima kasih adik Daniel.

Terimalah dari kami seadanya....

Hidangan sarapan pagi istimewa sempena Hari Lahir Adik Daniel.

4-7 Jun Timbalan Pengerusi PSS Tuaran dan rombongan berada di KRIS Sipitang.


 Tahniah!!!!!
5-6 Jun tiga orang wakil PSS dan KRUT menyertai kembara ke bumi Tawau. Belajar menyelami perasaan insan-insan yang dalam kesusahan. Ketabahan mereka menjadi ikhtibar.


6 Jun beberapa orang ahli PSS dan KRUT mengendalikan Program Anak Soleh di Kampung Tinuhan. Program yang pernah dirintis pada tahun pada tahun 2010 tersebut dapat dihidupkan semula tahun ini. Alhamdulillah.

 Mari menonton video ummah


 Saya rasa.....

 Hasil tangan adik-adik peserta :)

 Jet pejuang siapa yang layak ke Palestin?

 Tekun mencatat pesanan Lukman Al-Hakim.

 Sajian istimewa buat adik-adik peserta yang dikasihi :)

 Latihan azan :)

  Praktikal solat:)

 Mula dah......

 Akhirnya......Penangan Kak Nor :)

Hati-hati :)

 Pengerusi surau: "Tahun depan jemput juga peserta dari kampung yang berdekatan."

8-9 Jun PTK Kampung saradan. Berbeza dengan Kampung Kiwoi, pola penempatan di Kampung Saradan adalah berselerak dan agak berjauhan. Ada yang perlu melalui batas sawah padi untuk sampai ke rumah keluarga angkat mereka. Terkadang terjatuh dari batas sawah terutama semasa berjalan dikala malam. Tahun 2010 dulu sewaktu pertama kali mengadakan program anak angkat di kampung ini,ada majlis perkahwinan. Tahun ini pun sama juga. Sebelah malam selepas majlis di surau selesai kami beramai-ramai menghadiri majlis bertitik di rumah pengantin. Ada yang menarik. Apa dia? Projek dakwah menuntut strategi. Sedang mencari idea bernas. Siapa boleh bagi idea?

Pagi itu rasa terharu tika melihat pengerusi surau menitiskan air mata ketika sesi hati ke hati. Beberapa cadangan pengisian PTK dari beliau wajar dipertimbangkan. Tuntutan dakwah melambai-lambai.

 

 
Ahlan wa sahlan (^_^)

Penyerahan anak angkat.

Sumbangan untuk warga emas.





Lokan




Terpilih kerana warna baju sama dengan labuh (^-^)

Riadah & Sukaneka

Mangan songom.

Menghadiri majlis betitik.

Tahniah dik!

Majlis Penutupan

10 Jun sempat menghadiri walimah abang salah seorang ahli KRUT sebelum kembali ke sekolah dan asrama masing-masing, Azri di Kampung Dungun. Bagaimana fenomena karaoke yang melanda majlis-majlis perkahminan menjadi islamik? Semasa berada di sana sempat menyaksikan Azri mendendangkan dua buah nasyid.

Seperti tidak percaya. Program  tindan-menindan. Alhamdulillah, secara keselurahan semuanya berjalan lancar. Apakah rahsianya? Kerjasama, saling membantu, ringan tulang, tidak mementingkan diri, bertolak-ansur, tidak mengenal erti putus asa, cekal, tabah, berani. Dan yang pasti jangan kita lupa, pertolongan daripada Allah SWT. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Semakin tinggi gunung didaki semakin terasa lelah, namun tika berada di puncak subhanallah cantiknya pemandangan. Semakin dalam lautan diselam semakin sukar, namun tika sampai di dasar lautan subhanallah indahnya suasana. Berusaha memahami erti kemanisan iman. Segala kesukaran berakhir dengan senyuman.
Terima kasih yang tidak terhngga kepada semua yang telah turut menjayakan program sepanjamg cuti Mei Jun PSS dan KRUT 2012 sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Disebalik kejayaaan seorang lelaki, ada wanita yang hebat. Disebalik kejayaan anak-anak muda ini, pasti ada ibu bapa yang cemerlang.... Kredit buat ibu bapa semua ahli PSS & KRUT yang sentiasa memberikan sokongan padu!!! “Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah….” (kumpulan AIMAN)

Teruskan membuat kebaikan.........Jangan jemu..... (^_^)

0 comments: