Alhamdulillah,Qiamullail bulan Oktober Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Cawangan Tuaran telah berjaya dilaksanakan pada 29 hingga 30 Oktober lalu. Masjid An-Nur menjadi saksi terlaksananya Qiamullail KRU Tuaran selama 4 tahun berturut-turut sehingga kini. Dengan bertemakan "Remaja & Pengorbanan" yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Mohsin, seorang pendidik dari SK Mengkabong, Tuaran. Berkongsi kisah pengorbanan Nabi terdahulu dan para sahabat dalam menyebarkan syariat Islam dengan penyampaian yang santai dan mudah difahami membuatkan peserta-peserta yang hadir (KRU Cilik terutamanya) bersemangat mendengar sehingga selesai.
Seusai agenda terakhir (bacaan Al-Mulk) malam itu, Usrah Muslimin dilaksanakan. Hanya sempat memenuhi rukun Usrah pertama iaitu Taaruf,s edikit sebanyak dapat mengenali dan melihat kesungguhan mereka yang selama ini terlepas pandang. Benarlah kata pepatah "Tak kenal,maka tak cinta". Syukur di atas pertemuan malam itu. Tidak habis setakat di situ, Usrah disambung keesokkan harinya. Cuba memperkenalkan Usrah kepada mereka dengan modul yang dicopy paste dari program yang disertai sebelum ini. Cukup santai dan menyeronokkan. Membina ukhuwwah dengan air Teh yang sedap:) pahit dan manis harus dikongsi bersama! Itu yang penting dalam berjamaah.
Riadahnya turut diisi dengan mananam bibit-bibit ukhuwwah. Dari mana pun asal keturunan, sekolah, bangsa, dan status keluarga, semuanya dinilai berdasarkan TAKWA kepada Allah semata-mata. Hanya ISLAM yang mampu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga bibit ukhuwwah yang ditaman pada kali ini mampu dibajai dan disiram pada Qiamullail dan program-program akan datang. Apa yang penting, istiqamah datang Qiam. Kita berjumpa pada Qiamullail PSS & KRU Tuaran yang akan datang pada 12-13 November, InsyaAllah...(^_^)
0 comments:
Post a Comment