Footer Right Content

Tuesday, February 15, 2011

PROGRAM REHLAH "SEMANIS UKHUWWAH, REMAJA SERUMPUN" (03 Februari 2011)




Bersykur kita kehaderat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya blog ini terisi lagi dengan laporan program "Rehlah" anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Sipitang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami aplikasikan buat AJK Tertinggi Kelab Remaja Amal (KRA)(dahulu dekenali sebagai KASIH) dari Lawas, Sarawak yang turut serta bertungkus lumus menjayakan program ini. Untuk pengetahuan anda program ini adalah program usahasama ketiga-tiga kelab NGO ini yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah & silaturahim antara ahli-ahlinya (Sipitang-Lawas).

Tema yang di bawa dalam program Rehlah kali ini ialah "Semanis Ukhuwwah, Remaja Serumpun". Tema ini ialah hasil gabungan antara tema yang dibawa oleh PSS & KRU Sipitang iaitu "Semanis Ukhuwwah" dan tema yang dibawa oleh KRA iaitu "Remaja Serumpun". Hasil gabungan kedua-dua idea ini maka tercetuslah tema "Semanis Ukhuwwah, Remaja Serumpun".

Program Rehlah ini berlangsung selama sehari bermula pada pukul 8.00am dan berakhir pada pukul 4.30pm. Apa istimewanya Rehlah pada kali ini ialah PSS & KRU cawangan Sipitang beserta KRA cawangan Lawas bersama-sama berganding bahu untuk memastikan program ini berjalan lancar samada dari segi pengisian, kebajikan mahupun keselamatan. Apabila dibahaskan soal pengisian pihak PSS, KRU, & KRA bersetuju agar pengisian pada waktu pagi disusun sepenuhnya oleh PSS & KRU cawangan Sipitang manakala pengisian pada waktu petang pula disusun sepenuhnya oleh KRA. Banyak aktiviti menarik yang di adakan samada aktiviti berunsur kerohanian mahupun riadah. Antaranya bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi & petang, sukanneka, Kuliah dasar dan bermacam-macam lagi. Rugilah bagi yang tidak turut serta masa tu... ^_^

Dikesempatan ini pihak PSS & KRU cawangan Sipitang serta KRA cawangan Lawas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadaUstaz Karim yang sudi memberikan kuliah dasar yang bertajuk"Ukhuwwah & persahabatan. Tidak lupa juga ucapan terimakasih yang tidak terhingga kami aplikasikan buat adik-adik peserta serta fasilitator-fasilitator yang sudi datang ke program kami yang serba kekurangan ini. Pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua pada program yang akan datang. ^_^


Ni masa naik bot... on the way mau pegi Seri Tanjung Resort, Lawas, Sarawak


Ni time "survey" tempat untuk Rehlah di Seri Tanjung Resort, Lawas, Sarawak

Hemmmm.... Apa agaknya yang tengah di bincangkan oleh abang-abang ni ye???

Akhirnya buat Rehlah di Pantai Merintaman, Sipitang juga... hehehe

Ustaz Karim dengan cool'nya menyampaikan kuliah yang bertajuk "Ukhuwwah & Persahabatan"

Adedeh... serius jua... senyumlah sikit... hehehe... ^_^

Pengisian yang telah di 'incharge' oleh KRA

Aken... Ahli KRA... ^_^


Peace!!! Mau tau apa specialnya Program PSS, KRU & KRA??? Kalau mau tau... kena la datang next program... ^_^

0 comments: