Alhamdulillah segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat dan pendukung perjuangan baginda.
KRU Tuaran masih lagi diberi kekuatan untuk melaksanakan qiam bulanan kali ini. Sesuai dengan pertambahan kehadiran ahli KRU cilik, saudara Kholis tampil membicarakan ciri-ciri anak yang soleh semasa kuliah Maghrib. Ceramah Ustaz Sattar pula berkisar sekitar peranan individu muslim. Lewat catatan salah seorang ahli KRU cilik tertulis 'Allah adalah bos orang Islam'. Intipati daripada mukaddimah ceramah,
(Az-Zariyat: ayat 56)
Pejam celik, pejam celik kita sudah berada pada penghujung bulan Oktober atau pertengahan zulkaedah. Ini bermakna untuk tahun 2010 ini tinggal dua kali sahaja lagi qiam bulanan yang akan dianjurkan oleh KRU Tuaran. Terkadang terfikir, buat apalah susah-susah kita mahu laksanakan program-program sebegini atau seumpamanya? Sudah jelas lagi bersuluh ada 'perindu' @ 'pencinta' program-program ini iaitu mereka yang menjadi pemburu cinta Ilahi. Nantikan qiam November KRU Tuaran pada 13-14 November 2010 di Masjid An-Nur, Tuaran. Semua 'pemburu cinta Ilahi' dijemput hadir.
1 comments:
mantapla kru tuaran..trus bergerak :)
Post a Comment