Abdullah bin Mas'ud;
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu akan beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal."
Katanya lagi;
"Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama daripada lidah."
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(al-Hujurat: 10)
Para ulama telah menegaskan, "Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan."
Perkataan 'maaf' itu sendiri mempunyai makna yang amat mendalam dimana daripadanya akan munculnya kedamaian dan tersambungnya kembali silaturrahim yang terputus akibat perbuatan yang disengajakan mahupun sebaliknya. Ambillah pengajaran dari kisah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad saw, penaklukan kembali Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib dan penaklukan Konstantinopel(Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Semua penduduk yang tidak berdosa tidak ditawani malah dilepaskan dengan bayaran pembebasan diri sahaja. Padahal sekian lama mereka menindas orang Islam. Islam itu kan indah.
Allah berfirman;
...“Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”...(ash-Syura: 13)
Sehubungan dengan itu, kemaafan itu amat besar nilainya disisi Allah dan Islam. Bayangkan jika Allah itu tidak Maha Pemaaf, adakah terdapat belas kasihanNya terhadap hambanya yang yang melakukan dosa? Setiap manusia itu umumnya melakukan kesalahan dalam sedar mahupun tidak sedar. Tidakkah semua hambaNya itu akan dicampak ke neraka? Ingatlah Allah itu Maha Pemaaf dan mempunyai nama-nama yang baik dan kita seharusnya mengamalkan nilai 'memaafkan' dan 'meminta maaf' agar kita tidak berpecah belah.
"Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan diantara manusia sehingga ia harus mengatakan kebaikan."(Sahih al-Bukhari, 2692. Sahih Muslim, 2605)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ada tambahannya;
...Ummu Kaltsum berkata,"saya tidak pernah mendengar beliau membolehkan orang berkata dusta kecuali dalam 3 hal, yaitu dalam peperangan, mendamaikan orang yang bersengketa dan menceritakan keadaan isteri atau suaminya."
Bahasa: Usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada.
Istilah: Usaha yang dilakukan oleh orang Islam dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan agama Allah swt.
Nabi Muhammad saw bersabda;
"Darjat manusia yang terdekat dengan nubuwwah ialah orang yang ahli ilmu dan jihad. Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para rasul dengan pedangnya."(al-Zahabi Syiar A'alam al-Nubalar, jil. 18 hlm. 524)
Jihad terbahagi kepada 4 menurut sukatan buku teks Pendidikan Islam SPM antaranya berjihad membaiki diri dengan cara;
- menuntut ilmu pengetahuan
- patuh pada ajaran Allah swt
- menyebarkan ilmu
- sabar dan ikhlas dalam melakukan kebaikan
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah at-Taubah: 20)
Sesungguhnya aku berjihad di dalam SPMku bermula 23 November 2010 - 20 Disember 2010 keranaMu ya Allah. Engkau berikanlah kekuatan ingatan kepadaku, ketenangan yang berisi ilmu yang tinggi, kemudahan menjawab soalan dengan lengkap dan betul dan berilah petunjukMu kepadaku agar aku berjaya di dalam medan pertempuranku ini. Jihad Fisabilillah! Sungguh, rahmatMu Maha Luas, maka berikanlah juga kelebihan-kelebihan itu kepada sahabat-sahabatku. Sesungguhnya Engkaulah penolong bagi orang Islam dan Engkaulah sebaik-baik penolong.
"Aku meluru kepadanya dan mendapati beliau ialah Hisyam bin al'As. Aku bertanya kepadanya, 'adakah kamu mahu air ini?' Dia juga mengisyaratkan mahu. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang lain mengerang kesakitan. Hisyam pula memberi isyarat agar aku pergi kepada lelaki itu. Apabila aku datang kepadanya(lelaki ke-3) aku dapati dia telah meninggal dunia. Lalu aku kembali kepada Hisyam dan mendapati dia telah meninggal dunia. Kemudian aku kembali kepada sepupuku, dan mendapati dia juga telah meninggal dunia."Masya Allah!
Hebatnya ukhuwah bila berlandaskan iman yang merupakan asas kepada teras aqidah dan martabat tertinggi dalam Islam. Sahabat, maafkan aku di dalam berjihad! Taqaballahu minna wa minkum soleh al-a'mal.
Post by http://amalnyaimar.blogspot.com/
From: Muhammad Aiman