Footer Right Content

Sunday, May 2, 2010

Qiam ke-4 2010 KRU KB

1-2 Mei, Sabtu hingga Ahad; telah berlangsungnya program qiamullail bulanan kali ke-4 KRU KB. Kehadiran qiam bulan ini sekali berjaya memecah rekod kehadiran bulan2 sebelumnya dengan jumlah peserta 190 orang dengan 122 peserta muslimat dan 68 peserta muslimin tidak termasuk AJK Pelaksana. Tahniah kepada adik2 peserta yang terpilih mengikuti program ini. Syabas juga kepada ibubapa yang prihatin dengan anak2 dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha yang sedikit ini memberi impak yang baik kepada anak2 dan diri kita sendiri.

ibubapa yang turut prihatin menghantar anak2 ke programsuasana hari pendaftaran
Pengisian kali ini yang bertemakan 'aqidah' dimeriahkan lagi dengan forum yang disampaikan oleh penasihat PSS KB sendiri En. Jumat Bin Sakmat dan seorang lagi penceramah yang tidak asing di KB iaitu Kak Seri Wahyuni.
suasana forum di dataran Masjid KB
Program berjalan dengan lancar walaupun beberapa orang peserta telah dikejarkan ke hospital kerana sakit tulang dan seumpamanya dengannya. Minum susu banyak2 ye dik!Semasa program ini, satu kejutan turut diberikan kepada Timbalan Pengerusi KRU KB; Sariah Manung yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 1 Mei. Selamat hari lahir, semoga istiqamah dalam perjuangan! Jangan nangis2 erk :)
Milad sa'id ya ukhti. La tahzan...Innallaha ma'ana
Seperti biasa, program diakhiri dengan lambaian ukhwah. Mohon kemaafan dari kami warga PSS dan KRU KB atas segala kelemahan sepanjang berlangsungnya program. Diharapkan adik2 tidak serik untuk menghadiri lagi majlis2 dan program2 ilmu seperti ini. Apa yang telah berlaku jadikan sebagai pengajaran...pengalaman mengajar erti kehidupan serta meningkatkan kematangan. Salam ukhwah fiLlah...bertemu lagi pada qiam akan datang! Insya' Allah...
lambaian ukhwah...

1 comments:

fatihahsaidin said...

kru kb! rindu! Ya Allah, kau kembangkanlah lembayung rahmatMu ke atas sahabat-sahabat seperjuangan! Takbir!