Footer Right Content

Saturday, December 26, 2009

KRUKM; Islam di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitator

Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!

Murabbi dua zaman - Ustaz Abdul Mutalib dan Saudara Zulhilmey Makmud

Ziarah ukhwah oleh peserta muslimat


Ziarah ke rumah muallaf yang cacat penglihatan

2 comments:

cintakanmati said...

salam...sy wakil dr KRUKM mgucapkan gumu2 trima ksh krn kesanggupan PSS besama kmi dlm kem ISLAM ID GINAWO...smoga islam trus gemilang..

cintakanmati said...

salam...alhamdulillah trima ksh kpd PSS krn sggup mgorbankan sgala kepunyaan smata2 bersama kami untuk menegakkan risalah islam d kota marudu...sy wakil ahli KRUKM berharap agar pejuangan kita terus istiqomah...........