Footer Right Content

Friday, April 27, 2012

Memori Qiamullail April PSS & KRU Tuaran

21-22 April '12

Menyelusuri perjalanan menggapai mardhatillah, misi dakwah di bumi Tuaran tidak terhenti begitu sahaja. Persatuan Siswazah Sabah (PSS) & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Tuaran cuba mendekati para remaja terutamanya pelajar sekolah dengan pelbagai program dan aktiviti yang menarik. Termasuklah program Qiamullail Bulanan yang sentiasa menampilkan kelainan setiap bulan.
Tidak seperti biasa, qiamullail kali ini bukan di Masjid An-Nur, Tuaran, meski pun perancangan awal di situ. Jumaat, sehari sebelum qiamullail berlangsung pihak jawatankuasa qiamullail mendapat panggilan telefon daripada pihak Masjid An-Nur, Tuaran mohon tangguhkan sebarang program di Masjid An-Nur atas sebab-sebab tertentu. Tangguhkan program qiamullail? Tidak mungkin. Tangguhkan pengunaan masjid? Boleh diatur. Musyawarah.
Lewat tengah hari, membiarkan diri hanyut seketika menikmati santapan minda dan rohani hidangan istimewa khutbah jumaat, 'UJIAN'. Alhamdulillah, damai dan menenangkan. Luntur segala kekusutan.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)
Usai solat jumaat, halaqah usrah berlangsung seperti biasa. Biasa yang luar biasa. Bukan senang mahu istiqamah. Di penghujung usrah menanti panggilan mesyuarat ad-hoc. Hasil musyawarah semua persoalan dapat diselesaikan dengan baik. Empat pilihan tempat qiamullail. Setelah ditimbangtara, SRI Al-Hafidz Tuaran jadi pilihan.

Tinggal lagi susun atur strategi pemberitahuan perpindahan tempat qiamullail dan strategi pelaksanaan aktiviti dalam keadaan ruang yang agak terbatas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih di atas kerjasama para peserta qiam dan ibu bapa yang menghantar anak masing-masing. Mohon maaf atas segala kesulitan. Syukran jazilan semua petugas.

Pengisian maghrib : Tadarus.
Menunggu azan Isyak dengan alunan zikir...

Menyediakan hidangan makan malam. Salad istimewa.

Menyedari bahawa masalah ikhtilat yang sering berlaku dalam kalangan remaja mahupun para aktivis dakwah sendiri semakin menjadi-jadi, kami cuba menyelami jiwa-jiwa remaja dengan menyajikan kuliah Pengurusan Cinta yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Mustari. Dengan harapan timbulnya kesedaran untuk berubah dan tahu bagaimana mengurus cinta masing-masing mengikut landasan syariah.

Menariknya Qiamullail kali ini, KRU mengadakan pertandingan Pidato Kanak-kanak (Pildacil) bagi peserta yang berumur 12 tahun ke bawah. Teks diberi kepada setiap peserta untuk dihafal. KRU cuba mengasah bakat adik-adik KRU tunas yang nampaknya semakin hari semakin bertambah bilangannya.

taklimat pertandingan Pildacil
Kuliah Pengurusan Cinta
Usrah sambil menikmati udara pagi dari atas bangunan SRI Al-Hafidz
Selain itu, KRU Tuaran turut mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah. Bengkel yang cukup bermanfaat buat para remaja. Terima kasih kepada Ustazah Siti Armah kerana sudi mengupas secara panjang lebar berkaitan pengurusan jenazah dan bersedia menjawab semua kemusykilan para peserta, disamping latihan praktikal. Tiba-tiba mayat hidup, menyergah peserta. Kecoh.
Sebelum meninggalkan tapak program, satu majlis ringkas meraihkan Kak Siti Nadiah yang akan bertugas di Johor berlangsung santai. Kenapa semua pandang dinding?

Sebak terasa...

Ndak apa kak...walau jauh di mata, namun dekat di hati.

Dedikasi buat Kak Siti Nadiah:
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah daripada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

"Bulan depan adik-adik mahu qiam di mana?"

"Di masjid!!!!!!!!"

Apa lagi, jumpa bulan depan di Masjid An-Nur, Tuaran pada 19-20 Mei 2012. Insya-Allah.

Tuesday, April 17, 2012

PERHATIAN: Kami Srikandi Islam!

Pada 13-15 April 2012, Ahli PSS dan KRUT telah membantu menjayakan Kem Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), SMK Tamparuli. Seramai 42 orang peserta puteri  telah mengikuti program 3 hari 2 malam ini yang terdiri daripada ahli PPIM dan bukan ahli PPIM. Program telah berlangsung di sekitar sekolah.

Pelbagai modul dan aktiviti diadakan bagi meningkatkan ilmu, motivasi, kemahiran peserta dan daya berfikir secara kritis demi melahirkan generasi hawa yang sentiasa membudayakan ilmu dalam kehidupan sesuai dengan syariat Islam. Aktiviti merangkumi kuliah dasar, latihan dalam kumpulan, soalat berjemaah, qiamullail, pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, malam gala, malam pemghayatan dan explorace. Pengisian rohani penerang  hati-hati generasi ini.

Pesanan buat adik-adik puteri srikandi, hayati setiap bait lagu tema kem sebagai pemangkin kecemerlangan. Pelajari dan dalami lirik cinta Ilahi. Ingat cara pemakaian tudung yang paling tepat seperti dalam surah An-Nur ayat 31 dan amalkanlah. Helaian kisah 10 orang tokoh srikandi Islam itu, tekuni dan terapkan dalam diri. Belajar mencintai Allah melebihi segala-galanya. Jadilah aset berharga buat ayah bonda.

Kem ini diharap dapat mendidik jiwa-jiwa muda srikandi Tamparuli untuk kembali teguh mengamalkan cara hidup berpandukan al-quran dan as-sunnah. 

Merindui srikandi-srikandi ini ( Kak Azidah, Kak Sarinah, Kak Fauziah, Kak Zubaidah, Kak Nurence, Kak Shella, Kak Sofia, Kak Ain, Kak Nurmina). Jengok-jengoklah kami di SMKT. Jangan lupakan bekas tapak kaki di SMKT.

Kak Sarah, Kak Julaiqah dan Kak Norhayati kami relakan kalian pergi bermusafir ke bumi Kundasang meskipun kalian diperlukan di SMKT tika itu. Biarkan kami menangis tak berair mata. Pergilah, pergilah, pergilah. Tapi ingat, mesti ada oleh-oleh untuk kami. Bukan kubis, bukan brokoli, bukan daun bawang. Jadi apa? Kongsikan pengalaman berharga itu dengan kami.

Bermulanya detik itu.

Taklimat seketika. Dengar baik-baik wahai puteri srikandi.

'Ngamkah' ni?

Alhamdulillah, berjaya.

Cantik dah ni.... Ada harapan kumpulan kita menang.

Innamal a'malu binniyat

Kak Nurulnadiah: Wanita sayap kiri perjuangan Islam. Terima kasih kak.

Kak Sarah sempat menitipkan mutiara berharga sebelum berangkat ke Kundasang.

Kuliah Subuh 1

Pagi itu nampak gunung ja, terus menggamit ingatan dengan Kak Sarah, Kak Julaiqah dan Kak Norhayati.

Jelesnya kami. Mesti Kak Sarah, Kak Julaiqah dan Kak Norhayati pun jeles dengan kami kan?

Di mana ada KRUT, di sana ada jualan!!!!! Kem Sinar di Bawah Bayu.

Bersedia wahai puteri, sebentar lagi pertandingan kawad kaki akan bermula.

Tabik hormat kepada Pengarah Program, Kak Jurainah Bantasan. Apasal Kak Yani duduk?

KD 2: Wanita Solehah. Turut dihadiri oleh peserta jemputan.


Akhirnya, Hafizuddin muncul di sini. Yeah!!!!! Terima kasih Shahrizal.

Acar kumpulan siapa paling kreatif dan sedap? Cuba teka.

Video Ummah: Lihatlah adik-adik apa yang terjadi dengan saudara-saudara kita.

Sedihnya melihat saudara seagama ditindas. Apa yang perlu kita lakukan?

Kuliah Maghrib 2

 Pesembahan istimewa AJK dan fasi buat adik-adik peserta yang disayangi sempena Malam Gala:
Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai yang menyertainya,
Andai perjuangan ini singkat,pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai yang tertarik padanya,
Tapi hakikat perjuangan tidak begitu..
Banyak perlu dikorbankan...harta,masa, sekalipun jiwa raga
Turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah bangkitlah semula,
Andai tersungkur kembalilah jalanNya,
Andai terluka ingatlah janjiNya,
Syurga itu mahal harganya,
Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada.

Team Malam Penghayatan dari UNITAR, kecuali yang paling depan.

Tangisan penuh makna para AJK dan fasi selepas sesi penghayatan. Ya Allah kurniakan hidayah kepada kami dan adik-adik peserta. Amin.

Ikut kakak, ikut kakak, teruskan mara ke hadapan adik-adik puteri.

Kak!!!!!!! Apa ni kak?

Arg????? Mana yang boleh dimakan ni?

Antara AJK dan fasilitator yang setia menyantuni adik-adik peserta.

Sayangilah ayah adik-adik puteri hingga ke akhirat sana......

P/s : Teruskan berjuang dan  berjuanglah kerana Allah :). Berjuanglah menegakkan Islam dalam diri adik-adik puteri srikandi sekalian. Mujahadah. Mujahidah.

Wednesday, April 11, 2012

KRIS TUARAN KALI KE-6: ADA APA DENGAN KRIS?



Ya KRIS Tuaran ke-6, 2012 telah berlalu pergi menjadi sejarah seperti juga KRIS pertama. Sejarah kita bersama. Kisah kita bersama. Satu arah tujuan. Kerana tujuan itu kita sanggup bersengkang mata, sanggup mengerah tenaga dan fikir, sanggup berkeringat, sanggup menyumbang wang ringgit dan harta yang ada, sanggup datang menghulur bantu, sanggup mengirim doa dari kejauhan, sanggup menjenguk walau cuma seketika dek komitmen dengan program lain. Mengapakah begini kesanggupan kita? Kerana tujuan itu sungguh murni. Ibarat usaha Sang Burung menyiram api yang sedang marak menjulang memamah jasad Nabi Ibrahim. Walau tampak kecil, namun butir bicara Sang Burung menembusi hati nurani. Membangkit sedar penciptaan kita jauh lebih hebat daripada Sang Burung.

Di Tuaran kita bermula atau lebih spesifik lagi di SMK Badin, Tuaran. Kini, KRIS semakin mekar melakar sejarah masing-masing. Bercambah mencipta keunikan pembentukan komuniti KRU dan PSS di tempat masing-masing. KRU dan PSS Tuaran punya keunikan tersendiri. Jika ditinjau, warga PSS Tuaran majoriti terdiri daripada individu-individu yang berasal dari pelbagai latar tempat. Meskipun begitu, keinginan mereka untuk berbakti di Bumi Tuaran tidak pernah mengenal perih. Bumi Tuaran bertuah didatangkan insan seperti mereka. KRU Tuaran pula, menjadi insan-insan yang lebih menghargai, cuba berdikari, kental semangat juangnya dan sentiasa menyemai prinsip ‘what you give you get back’, ‘what you get you give back’. Itulah tarbiyyah yang diterima lewat pengalaman. Gabungan mantap PSS dan KRU Tuaran terus mengukir lanskap dakwah di Bumi Tuaran dengan kerjasama sabahat sahabiah sekalian. Jangan jemu.

KRIS berlalu, tugasan masih belum berhenti setakat itu, terutama fasilitator dikalangan KRUT. Ukhuwwah yang telah terjalin dengan adik-adik peserta jangan dibiarkan layu kemudian mati begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat? Bagaimana? Fikir dan bertindak. Adik-adik peserta sayangilah abang-abang dan kakak-kakak fasi kalian. Kasih yang sudah bersemi sirami dan bajai dengan ikatan ukhuwwah islamiyyah. Sehingga ketemui lagi di lain program. Program terdekat Qiamullail Bulanan pada 21-22 April 2012. Jom datang ramai-ramai mengimarahkan rumah Allah, Masjid An-Nur, Tuaran.

Sekalung terima kasih buat semua sahabat sahabiah yang membantu menjayakan KRIS Tuaran ’12. Baik dari dekat mahupun jauh. Warga Politeknik Kota Kinabalu, IPG Keningau, IPG Kent merangkap ahli PSS Tuaran, KRUKK, PSS Sipitang, UNITAR, tidak ketinggalan pembantu AJK Makanan Adik Hasrul yang sangat rajin dan cergas sekali dan semestinya krew-krew KRUT. Tahniah kepada adik-adik peserta seramai 141 orang dari SMK Badin, SMK Telipok, SMK Tamparuli , SM ST John, SM ST James, SMK Tenghilan, SMK Sri Nangka dan dari jauh SMA Mohamad Ali Ranau (Tahniah Ain & Mina).

Tugas tidak pernah berakhir. Hujung minggu ni berkampung di SMKT pula. KRU Muslimat terutama lepasan SMKT sila turun padang. Sambil lalu boleh lihat rumah terbalik.




Kuliah Aqidah

Kuliah Akhlak

Kuliah Subuh: Contohi Sultan Muhd. Al-Fateh

 Pengendali Malam Kesenian Islam

Siapa yang berminat ambil pelakon watak 'pembuli'?

Keliru??????

Intro Malam Penghayatan

Penghayatan bermula

Nilah Adik Hasrul, KRU Tunas

Tu dia, masak nasi......Boleh jadi calon ni....Calon MasterChef

Masak sedap-sedap. Halalan toiyibah

Aik? Macam bersumazau ja

Tengok apa tu?

Ada harapan ni

Balingan Shah?

Atau Dzul?

Bagus-bagus

 
1, 2, 3.....









Peserta terbaik muslimin

Peserta terbaik muslimat

Perubahan positif. Teruskan ^_^

Sentiasa ceria walau keletihan

Ingat tugasan menanti