Footer Right Content

Wednesday, June 30, 2010

Qiam Jun KRU Tuaran : Akhlakmu Penyelamat Ummah

26-27 Jun 2010

Alhamdulillah, qiam Jun KRU Tuaran telah pun berlangsung dengan jayanya. Qiam kali ini bertemakan 'Akhlak'. 'Akhlakmu Penyelamat Ummah' demikianlah topik ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Muslim. Sementara kuliah Maghrib pula, diutarakan oleh Ustaz Zulhilmey Makmud yang balik bercuti dari UTM sekitar tajuk 'Akhlak Mahmudah vs Akhlak Mazmumah. Menyingkap kehebatan akhlak Rasulullah yang selayaknya menjadi suri teladan kita semua. Mampukah kita mencontohi akhlak Rasulullah? Kita mesti berusaha. Rahsia kejayaan dakwah Rasulullah terletak pada kehalusan budi pekerti baginda.

Kuliah Maghrib

Slot ceramah

Wajah-wajah istiqamah

Riadah 'modul cermin'

Ketika kami melaksanakan program qiam bulanan, sahabat-sahabat KRU Sipitang pula sedang melaksanakan KRIS Sipitang. Maaf buat julung kalinya kami tidak turun membantu. Dengar khabar juga ada sahabat-sahabt seangkatan berprogram di Keningau. Apa khabar orang Keningau?

.

Friday, June 25, 2010

Di Mana KRU Tuaran Sepanjang Cuti Jun 2010?

03 Jun:

Selang sehari selepas menyertai program UTM+UMS, ahli PSS dan KRU Tuaran berkumpul di rumah Kak Rohana menjalin ukhuwah terutama dengan ahli-ahli persatuan yang balik bercuti.

Ada bah pulak lagi yang saya belum kenal ni...


05 Jun:
Sebilangan ahli PSS dan KRU Tuaran turun KK bergabung tenaga dengan KRU Penampang dan KRU KK melaksanakan Program Dakwah di Lapangan. Program bermula di Masjid Bandaran dan berakhir di Centre Point.

Mesti kasih penuh tu tabung ar... Kalau ndak penuh ndak boleh balik....

06 Jun:
Amir dan Misran jadikah ikut pigi Kundasang?

11-13 Jun:
PSS dan KRU Tuaran ziarah ke Kota Belud, melihat-lihat apa bentuk bantuan yang boleh dihulur buat sahabat-sahabat di sana sepanjang program KRIS KB. Almaklumlah KRIS TRN dah lama berlalu.

Ada buah pear tumbuh di KB?????

Lain macam jak tangkai buah pear ni....

13-14 Jun:
Kami berkejar ke KK pula, menyempatkan diri membantu sahabat-sahabat KK. Juga Program KRIS. Maaf kami tidak dapat datang lebih awal, 12 Jun sepatutnya program bermula. Awalnya kami dah rancang 1 kumpulan ke KB, 1 lagi ke KK. Last minute, kumpulan ke KK tidak dapat pergi ke sana. Kami hanya merancang....

Sesi forum menyambut kedatangan kami...

15-17 Jun:
KRU Tuaran berkunjung semula ke Kota Belud. Kali ni bukan datang untuk buat program, sebaliknya diprogramkan oleh abang-abang dan kakak-kakak tersayang. Dapat jumpa sahabat-sahabat kru dari kawasan KK, KB, KM. Sedih jugak bila tiba-tiba Kak Saidah bagitau sahabat -sahabat dari Sipitang ndak dapat datang. Seronok juga sekali-sekala jadi peserta.

Seronok pulak tengok pemandangan dari atas ni....


Apalah kena buat lepas ni ar????

Mau buat apa dengan 'beruti' tu amir?

Berfikir bah kami ni kena suruh panjat pokok mangga orang....

18 Jun:
'Survey' tempat rehlah di Pantai Lok Nunuk dan Dantai. Bulan Julai KRU Tuaran cadang mahu buat rehlah. Sebelum komen, jom kita pigi tengok dulu.... Macam mana, sesuaikah tempat ni????

Subhanallah...

Jom kita tengok apa yang ada di sini....

Bukan begitu, dawai berduri bah ni....

Toloooooong!!!!!!!

1, 2, mula....siapa menang?

Nampak 2 tali tu? Siapa berani menyeberang guna tali tu????


"Jauh berjalan, luas pandangan"

Sunday, June 20, 2010

KRIS KK'10 @ Masjid UMS

Alhamdulillah, tiada kata atau ungkapan yang layak untuk dilafaz melainkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana diatas keizinan, limpahan rahmat dan kasih saying-NYA, KRIS KK kali yang ke dua pada tahun 2010 yang merupakan aktiviti PSSKK dengan kerjasama KRU KK telah dengan jayanya terlaksana. Ini semua pasti tidak akan dicapai jika tidak dengan keizinan Allah S.W.T. dan juga usaha gigih dan komitmen penuh yang diberikan oleh ajk-ajk pelaksana dan semua yang terlibat dalam menjayakannya. Syukran jazilan diucapkan. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian.

Seramai 133 orang peserta muslimin dan muslimat berkumpul di Masjid Universiti Malaysia Sabah yang mana program KRIS dijalankan untuk tahun ini. Peserta yang hadir adalah dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun dan daripada 13 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu dan beberapa sekolah dari daerah berhampiran telah mengikuti KRIS KK kali ini, Alhamdulillah. Antara sekolah yang menghantar pelajarnya menjadi peserta ialah SM Sains Sabah, SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SM Shan Tao, SM Agama KK, SMK (P) Likas dan SMK St. Peter Telipok. Tahniah dan syabas diucapkan diatas penyertaan kalian.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pengisian rohani dan jasmani dari pelbagai bentuk dan pendekatan yang dirancang baik oleh pihak ajk pelaksana walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat beberapa masalah dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, diharap para peserta mendapat seberapa banyak input-input berguna dan penting untuk menjadikan kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Kami hanya mampu melakukan sedaya yang kami termampu namun semuanya terletak kepada diri peserta dan atas ketentuan ALLAH SWT jua.



Ditulis oleh : Darnah Mau (Exco Penerbitan, PSSKK).

Thursday, June 10, 2010

KRU - 'Hidup Tanpa Cahaya'


Persatuan Siswazah Sabah merasa terkilan apabila mendapat maklumat bahawa sesetengah ahli Kelab Remaja Ukhuwwah masih hidup 'di dalam kegelapan dan kesempitan'. Dalam kesibukan persatuan memulih kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di serata pelosok negeri, tidak disangka-sangka bahawa kemahuan ahli keluarga persatuan sendiri menuju hidup baru yang diterangi oleh cahaya ilmu dan iman terhalang dek tidak mampu mengulangkaji pelajaran dan menelaah ilmu pada waktu malam. Malah, sebahagian ahli KRU terpaksa menghabiskan waktu cuti sekolah dengan menoreh getah dan bekerja demi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Menemui salah seorang ahli KRU yang hidup dalam serba kedhaifan, beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa turun ke ladang getah sejak dihalau keluar oleh keluarga setelah memeluk agama Islam. Walaupun hubungan dengan keluarganya yang masih beragama Islam beransur pulih, beliau mengakui bahawa bapanya masih enggan menampung kos persekolahannya. Ditanya bagaimana beliau membiayai kos pembayaran yuran sekolah dan membeli buku, beliau tanpa segan menjawab, 'buku tulis tahun lepas masih banyak kosong di bahagian belakang'. Beliau juga membeli peralatan sekolah di awal tahun dengan menggunakan gaji sebanyak RM200 hasil bekerja di sebuah kedai makan selama sebulan pada penghujung tahun lepas.

Persatuan Siswazah Sabah menggesa ahli-ahli persatuan, khususnya ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah melancarkan kutipan sumbangan secara individu dan berkumpulan bagi membantu sahabat-sahabat ini atas dasar ukhuwwah, kebersamaan dan kasih-sayang yang selalu dilaung-laungkan. Persatuan Siswazah Sabah turut melancarkan Kempen 'Sinar 4 Sahabat' dengan sasaran menyelesaikan 2 kes di Tuaran dan 1 di Penampang yang dikesan setakat ini menjelang hujung cuti sekolah. Senarai PIC untuk kempen akan dipaparkan tidak lama lagi.

Hubungi saudara Nadir - 0198110964 untuk maklumat lanjut atau salurkan sumbangan terus ke :

Bank Islam : 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah)

CIMB : 12180099132527
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)

Maybank : 162263156276
(Muhammad Ruslan Bin Azahari)