Tuesday, March 31, 2009
Tahniah Qiam KRU Tuaran Bulan Mac!!!
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:16 AM 0 comments
Labels: Program
Friday, March 27, 2009
Qiamullail Bulan Mac datang lagi!!!
Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
- Masa pendaftaran : 5.30 pm (28 hb Mac)
- Hari : 28/03-29/03(5.30 ptg Sabtu - 9.00 pg Ahad)
- Tempat : Masjid Tuaran, Sabah
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:04 AM 0 comments
Labels: Program
Wednesday, March 25, 2009
Membangunkan Anak Muda Dengan Qiyamullail
Sejak lebih-kurang 5 minggu Suaru Al-Mustaqim Kampung Kindu dihidupkan dengan kuliah ilmu, kehadiran generasi muda dari umur 6 tahun sehingga umur 20an begitu memberansangkan. Lantaran itu Persatuan Siswazah Sabah memberanikan diri mengambil satu langkah kehadapan; mengadakan program qiyamullail remaja. Kemungkinan besar ini adalah kali pertama generasi muda kampung tersebut mendengar istilah qiyamullail dan terlibat dengannya, malah, mungkin ini adalah kali pertama keheningan malam di Kampung Kindu dipecahkan oleh alunan ikir dan munajat penduudknya. Apapun, yang pasti, yang pertama ini bukan yang terakhir, dan ia akan merintis gerakerja pembangunan modal insan bertaqwa yang lebih mesra rakyat dan kemas oleh PSS sendiri.
Qiyamullail bermula dengan penyampaian ceramah bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' oleh 'tokoh veteran' PSS, Saudara Salman Mohd Amin, disusuli oleh slot ta'aruf dan slot muhasabah 'Pengorbananmu Ibu Ayah' oleh Saudara Roslan. Malam itu menyaksikan pelbagai janji dilafazkan oleh adik-adik Kg Kindu. Moga-moga janji tidak hanya tinggal janji.
Untuk permulaa, adik-adik muslimat telah diamanahkan untuk tidur di rumah masing-masing, dan datang semula pada keesokan harinya. Seperti dijangka, kehadiran peserta muslimat sekitar jam 4.10 pagi mengejutkan peserta muslimin, yang bergegas bersiap untuk mencipta rekod peribadi dalam catatan diari kehidupan masing-masing - bersolat sunat jam 4.30 pagi.
Program kali ini ditutup dengan Slot Pecah Kepala, yang menghendaki para peserta memikirkan jawapan kepada beberapa soalan yang dilontarkan, sebelum peserta membuat resolusi program. PSS yakin usaha seperti ini akan mendapat sambutan lagi di masa hadapan, samada di Kampung Kindu atau lain-lain tempat. Yang diperlukan oleh generasi muda Sabah ini hanyalah seseorang untuk datang memetik suis 'celik Islam' di hati dan fikiran mereka, lantas kemahuan mereka sendiri akan merangsang merekuntuk terus mencari dan memperbaiki diri.
Masalahnya, berapa ramai sangat orang yang mempunyai kemahuan memainkan peranan sebagai 'sang pemetik suis'?
Posted by nurilhakim at 6:16 AM 0 comments
Thursday, March 12, 2009
Tahniah Adik-Adik KRU!
Adik-adik diminta memaklumkan keputusan peperiksaan kepada penyelaras kawasan masing-masing untuk rekod, dan setiap kawasan digalakkan untuk mengadakan perbincangan peribadi atau umum bersama lepasan SPM untuk memberikan cadangan halatuju menyambung pendidikan. Segala maklumat hendaklah disalurkan kepada Kak Rohana (KRU Tuaran-0132042543) untuk penyelarasan. Pastikan adik-adik berkongsi maklumat ini, untuk memastikan kesinambungan tarbiyyah di mana sahaja bumi yang adik-adik jejaki selepas ini.
Tahniah sekali lagi!
Posted by nurilhakim at 3:19 PM 1 comments
..tetapi memilih untuk pulang menukar seluar dan masuk mengikuti tayangan..
Remaja muslimat - daripada 4 menjadi 15 orang..
Posted by nurilhakim at 7:55 AM 0 comments
Tuesday, March 10, 2009
KRIS datang lagi!!!
Perhatian kepada semua pengunjung khususnya adik-adik yang dikasihi sekalian, seperti yang kita semua sedia maklum, pada bulan April hingga Jun ini akan diadakan program Kem Ramaja Islam (KRIS) di 5 kawasan iaitu :
Tuaran (3-5/4), Pitas (10-12/4), Sipitang (29-31/5), Kota Kinabalu (1-3/6) dan Kota Belud (13-15/6).
Justeru, pihak penyelaras program telah mewujudkan sebuah blog khas untuk mengetahui perkembangan terkini KRIS setiap kawasan. Jom ramai-ramai kita bertandang ke blog KRIS!!!
Terkini!!!Baru!!!Benar!!! (^_^)
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 12:00 AM 0 comments
Labels: Program
Friday, March 6, 2009
Kempen Set Selamatkan Aqidah
Minggu ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini. Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975 untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak ada susulan pendidikan Islam kepada suadara baru menyebabkan banyak paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.
Isu murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal. Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!
Paling menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri! Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad! Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai, isteri murtad bersama anak-anak. Begitu juga dengan beberapa keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni. Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..
Sudahlah asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!
(PSS akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana, menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau bahan makanan.)
Maklumat lanjut di : nurilhakim.blogspot.com
Posted by nurilhakim at 5:53 PM 1 comments
Wednesday, March 4, 2009
Tahniah Qiam Februari KRU Tuaran!!!
Program yang qiam kali ini diisi dengan kuliah dasar, LDK, riadah dan sebagainya. Tidak dilupakan juga diucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat adik-adik dari KRU KK yang turut hadir dan membantu bagi memastikan perjalanan qiam kali ini berjalan dengan lancar... Qiam seterusnya akan diadakan pada 28 hb Mac...Jumpa lagi bulan depan...(^_^)
Sumber ~ http://psstuaran.blogspot.com
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 11:44 AM 0 comments
Tahniah Qiam dan Bengkel KRU KB!!!
Alhamdulillah... Qiamullail kali ke-2 pada 28hb yang lalu berjalan dengan baik walaupun ramai tidak dapat hadir terutamanya muslimat disebabkan perubahan tarikh yang sepatutnya pada 27hb.. Namun, qiam bulanan ini dapat juga dijalankan dengan izinNya dan program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran SCPPSS untuk slot Celik Palestin.Semoga adik2 dan sahabat2 sekalian diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan membawa Islam ini... Penghargaan dan terima kasih buat pihak yang banyak membantu... khususnya SCPPSS, muslimat UiTM, ahli PSSKB dan khasnya KRUKB...
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 12:40 AM 0 comments
Monday, March 2, 2009
Sekitar Qiamullail KRU KK!!!
Kota Kinabalu - Alhamdulillah, perjalanan Program Qiamullail kali ke-1 KRU Kota Kinabalu yang telah diadakan pada 21hb yang lalu berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada ahli KRU KK yang bertungkus-lumus merancang dan membuat persiapan bagi memastikan program qiam ini berjalan dengan lancar. Lebih 150 orang peserta dari sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu telah menghantar wakil peserta. Program yang bertemakan aqidah ini diisi dengan kuliah dasar, slot Celik Palestin dan penghayatan, LDK, dan pembentangan.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 3:39 PM 0 comments