20 Februari, Tuaran - Berikut adalah gambar sekitar Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Badin, Tuaran...
16 Februari, Menggatal - Berikut adalah gambar sekitar Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Bandaraya, Menggatal
22 Januari, Tamparuli - Berikut adalah gambar sekitar Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Tamparuli.
Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Untuk makluman semua, pada 21 hb Februari ini (Sabtu) akan diadakan Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) kawasan Kota Kinabalu seperti berikut :
Masa pendaftaran : 5pm (21 hb Februari)
Hari : 21/02-22/02 (5 ptg Sabtu - 9 pg Ahad)
Tempat : Masjid UMS
Jadi, apa tunggu lagi??? Ayuh, datang beramai2!!! Datang jangan tak datang!!!....(^_^)
Labuan – Tahniah diucapkan kepada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Labuan kerana telah berjaya menganjurkan ‘Kem Intelek Madani 09’ iaitu sebuah program yang dirangka khusus untuk pelajar sekolah menengah sekitar Labuan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan pada 13 hingga 15 Febuari bertempat di SMK Lajau. Seramai 45 orang pelajar tingkatan 4 dari 9 buah sekolah sekitar Labuan telah hadir dalam kem ini.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran Islam kepada adik-adik peserta dalam menghadapi serangan akidah dan pemikiran yang semakin parah dalam kalangan muda-mudi hari ini. Selain itu, turut hadir dalam program ini juga ialah Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan program ini mencapai objektifnya dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT...
Sahabat-sahabat.. Berikut 20 item refleksi yang wajar kita renungi bersama.. Moga ada secubit keinsafan terbit dalam jiwa kita semua insya Allah!
1. Semasa kita berumur setahun, ibu menyuapkan kita makan danmemandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangissepanjang malam, berak dan kencing merata tempat.
2. Semasa kita berumur 3 tahun,ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai.
3. Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.
4. Semasa kita berumur 5 tahun, ibu ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak.
5. Apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita memblas budinya dengan menjerit, “Saya tak mahu pergi sekolah”.
6. Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang mengucapkan terima kasih membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi ibu dengan menendang bola danmemecahkan cermin tingkap rumah jiran.
8. Semasa berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.
9. Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang agak kurang sopan. Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak ada TASTE.
10. Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri di dalam bilik dan bersendirian.
11. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budi ibu dengan tidak balik hingga lewat malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
12. Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan penuh kasih-sayang hingga ke hostel. Kita membalas budi ibu dengantidak bersalaman dengannya di luar kerana takut malu dilihat oleh kawan-kawan.
13. Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya dengan penuh rasa prihatin, kita ada girlfriend? Kita membalas budi ibu dengan berkata “Ibu ni kepohlah”.
14. Apabila kita berumur 21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalasnya dengan berkata “Saya tidak mahu menjadi seperti ibu”.
15. Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri-ibu membelikan kita baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu rakan-rakan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.
16. Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga-ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang kepada kita. Kita membalas jasa ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu.
17. Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menalifon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata “Zaman sekarang lainlah ibu..!!!”
18. Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menalifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata saya sibuklaa..”
19. Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita memblas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali sahaja dan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan perlu balik dengan segera.
20. Dan kemudian, pada suatu hari ibu meninggal dunia. Kita tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa ibu… Ingatlah, selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu. Dan jika ada antara kita yang ibu telah meninggal dunia,. Ingatlah jasa ibu. Akhir sekali kita tewas dengan ibu.
Nama risalah Tinta Remaja sinonim dengan ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah di Kota Belud. Hasil cadangan dan inisiatif yang dimulakan oleh ahli-ahli KRUKB, kini Tinta Remaja muncul semula untuk tatapan seluruh ahli KRU! Tinta Remaja tampil dengan 4 bahagian utama,
Fokus - Perbincangan atau artikel utama bertujuan membentuk fikrah perjuangan ahli-ahli KRU, dicadangkan supaya dikupas di dalam majlis usrah atau perjumpaan berkala di kawasan-kawasan.
Isu Semasa - Perbincangan isu semasa yang berlaku samada di dalam negeri, negara atau di peringkat antarabangsa. Isu adalah yang relevan dengan pembaca.
Artikel Pembaca - Satu artikel tulisan ahli KRU dari mana-mana kawasan akan dipilih untuk dimuatkan ke dalam Tinta Remaja. Penyelaras kawasan digalakkan meminta ahli kawasan masing-masing menghasilkan karya dan menghantarkannya kepada pihak editorial untuk diteliti sebelum 8hb setiap bulan. SEMUA karya yang dihantar akan dimasukkan ke blog KRU, dan kawasan yang menghantar jumlah artikel paling banyak akan menerima Anugerah Karyawan di penghujung sesi.
Pengumuman - Memuatkan aktiviti terdekat ahli-ahli KRU untuk hebahan. Mereka yang ingin menyalurkan maklumat berhubung apa-apa aktiviti bolehlah menghubungi editorial untuk dimuatkan ke dalam Tinta Remaja.
Tinta Remaja akan dimasukkan ke kotak Ilmuwan dalam bentuk Publisher dan PDF di blog KRU dan boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, penyelaras kawasan digalakkan mengambil inisiatif membanyakkan risalah untuk edaran kepada ahli kawasan. Sebarang cadangan penambahbaikan atau komen, sila hantarkan emel ke siswazabah@yahoo.com atau komen di sini. Terima kasih atas sokongan dan pandangan bernas semua ahli!
Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian..
Sesebuah Gerakan Islam perlu didukungi oleh para da’ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha dakwah, tarbiyah, pelaksanaan tugas dan pengukuhan.
Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’ie hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini. Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah:
PERSIAPAN ILMU
Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu. Secara keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses pembentukan organisasi, pelaksanaan dakwah, sosialisasi masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan konsep hubungan antarabangsa Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan sejarah Islam. Sekurang-kurangnya setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan sistem hidup Islam secara umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat, perkembangan semasa.
Demi kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah. Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh, ilmu Maqasid al-Syariah, Fiqh al-Awlawiyat, al-Siyasah al-Syar’iyyah serta sejarah pemerintahan dan pembinaan hukum Islam. Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti tahaluf siyasi, hubungan antarabangsa Islam dan lain-lain.
PERSIAPAN MENTALITI
Di antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana (fatanah) iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah, mengenalpasti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya.
Seseorang da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah ke arah mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.
PERSIAPAN JASMANI
Setiap da’ie berkewajipan menjagai kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. Lantaran itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti serap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok. Setiap da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.
PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN
Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’ dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah. Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.
Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain. Seseorang da’ie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah dan sahsiah.