Footer Right Content

Tuesday, May 20, 2008

Titian Sirat ??????




Melihat gambar di atas,ana teringat tentang Titian siratalmustaqim yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Lintasan tersebut pula memakan masa ribuan tahun. Di bawahnya pula adalah api neraka yang mempunyai penyangkut...Sekadar renungan bersama..

Monday, May 5, 2008

Kaedah Fiqh Mengenai Pergaulan Bebas Antara Lelaki Perempuan Bukan Mahram


Sedutan dari Buku Masalah Agama (Jilid 3) oleh Kiahi Hj. Sirajuddin ‘Abbas (1983) diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd (Kota Bharu), Bab IV, Masalah Kebudayaan dan Kesenian, muka surat 195:

“Apabila sesuatu sudah dilarang dan sudah diharamkan oleh agama maka sekelian jalan yang menuju kepada yang haram itu, haram pula hukumnya.

Terdapat sebuah Kaedah Usul Fiqh (Rumusan Kaedah Penetapan Hukum oleh Pakar Perundangan Islam), iaitu ‘Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid’, yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end).

Contoh: Zina, hukumnya haram. Segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, berkhalwat berdua-duaan sahaja dengan wanita, berpantun dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget.
Semua itu menjadi haram hukumnya sekalipun yang mengerjakan itu tidak berzina.”


Sedutan dari Buku Hadith 40 oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman (1986) diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar (Shah Alam), muka surat 153:

"Terdapat Kaedah Usul Fiqh yang masyhur iaitu "sadduz-zara-'ik"
yang bermaksud "Menolak segala jalan yang membawa kepada kerosakan".
Oleh itu kalau sesuatu perkara itu dilarang (iaitu haram) kerana menimbulkan kerosakan dalam pandangan agama maka jalan atau sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang haram itu dihukumkan haram juga. Oleh itu diharam(kan) segala suatu yang membuka jalan kepada yang haram. Misalnya, apabila diharamkan zina, diharamkan juga segala sebab-sebab pendahuluannya atau puncanya, diantaranya perhiasan badan yang tidak sopan diluar batasan agama, percampuran atau pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuka aurat yang dilarang dan berkhalwat (bersepi/bersunyian) antara lelaki dan perempuan dan sebagainya."


JOM KITA TAAT


Hentikanlah kegemaran bersunyian (walaupun ditengah ramai) dan bercumbuan mesra dengan lelaki atau perempuan yang bukan suami atau isteri yang sah bagi kita, kerana perkara itu adalah dosa, menjatuhkan maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan negara dan merupakan kezaliman kepada zuriat kita akan datang zaman berzaman.

Kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini tidak didapati dengan melakukan dosa sebagaimana air laut tidak menghilangkan kehausan Kalau serius mahu menjauhi zina, hindarkan memulakan perjalanan kearah itu. Kebiasaannya, lambat laun pengembara akan sampai juga ke destinasi, kalau langkah sudah bermula.

Bergaul mesra diantara lelaki perempuan yang tidak halal memang dipenuhi keseronokan, nikmat dan keghairahan nafsu. Sejarah manusia menunjukkan ramai yang telah ternoda dan tertipu oleh godaan nafsu dan syaitan.

Jangan merelakan diri kita menjadi pelacur berbayar atau pelacur percuma (unpaid prostitute). Jadilah orang yang ada maruah dan harga diri.

Jangan dekati zina dengan berbagai cara dan jangan berzina, kerana hukumnya sama saja : HARAM dan berdosa. Harga diri pertahankanlah, sayang.

Jangan merosakkan orang yang kita sayang. Pimpinlah dan pujuklah diri dan orang yang kita sayang ke arah kebaikan dan syurga diakhirat Mahukah kita melihat dimasa depan anak-anak kita mewarisi dan mengamalkan sifat buruk kita hari ini?


Pilihan untuk berubah - ditangan kita! Mahu seribu jalan ......
Kita BOLEH kalau kita MAHU. Sebar2kanlah......