Salah satu mukjimat Nabi Muhammad SAW ialah apabila bulan terbelah dua apabila disuruh oleh orang-orang kafir kuraish di Mekah bagi membuktikan kenabiannya. Ianya berlaku kira-kira 1400++ tahun dahulu. Kini di zaman sains dan teknologi kita berpeluang melihat kembali apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dalam surah Al Qamar. Ia dikenali sebagai 'Rocky Belt'.
Anda boleh melihat link yang berkaitan dengan isu ini di sini.. http://www.flickr.com/photos/72726964@N00/304727677/
Apa yang menariknya ialah pada zaman Nabi, kafir Kuraish menganggapnya ia adalah sihir. Sihir adalah ibarat 'silap mata'. Orang melihatnya seolah-olah terpukau dan mengiyakan apa yang dilihat walhal ianya tidak sedemikian. Namun apabila satu kumpulan kabilah yang berada jauh dari Mekah tiba ke tempat mereka berkumpul dan memberitahu bahawa mereka juga melihatnya jelas ia adalah satu kebenaran dan mukjizat Nabi Muhammad yang tidak dapat disangkal lagi.
Kini terbukti sudah kebenarannya.