Tuesday, December 30, 2008
Tragedi Gaza-Bangkitlah Wahai Umat Islam!!!
Mutakhir ini, boleh dikatakan penutup tirai setiap tahun akan terjadi tragedi yang sentiasa menjadi igauan ngeri penduduk dunia. Biasanya ia terjadi bermula dari hari Natal sehinggalah ke penghujung tahun. Kejadian tanah runtuh, gempa bumi, banjir, taufan dan yang paling teruk adalah kejadian Tsunami pada akhir tahun 2004 sentiasa menjadi hiasan penutup tirai tahun-tahun masihi.
Tahun ini ia berlaku lagi. Serangan besar-besaran Yahudi di bumi barakah Semenanjung Gaza kali ini merupakan satu lagi episod ngeri penduduk dunia tahun ini terutamanya penduduk Palestin. Laporan terbaru serangan besar-besaran Yahudi ini mencatatkan bilangan angka korban mencecah 374 orang dan 1690 lagi cedera pastinya mengejutkan dunia yang sedang menyambut 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Ayuh! kita menadah tangan memanjatkan doa dan bermunajat ke hadrat Allah serta laksanakan solat hajat di setiap masjid2 dan surau2 kampung masing2. Tidak lupa juga untuk memboikot barang2 Israel!!! Mudah2han, usaha kita yang sedikit ini dapat membantu saudara2 kita di seluruh dunia khususnya di Palestin... Yakinlah kita! janji Allah pasti akan tiba sebagaimana tibanya tahun Hijrah 1430H. Palestin pasti akan menjadi nadi kebangkitan akhir zaman...
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 4:27 PM 0 comments
Labels: Renungan
Tahniah Qiam Bulan Disember 2008!!!
Salam Wasilah ukhuwah Fillah...
Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Pada 27 hb Disember yg lepas...KRU telah menganjurkan Program Qiam bulanan 2008 yang bertempat di Masjid Pekan Tuaran.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua adik2 ahli KRU yg hadir menyertai program Qiam kali ini...
Kita juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas perancangan dan kehendakNYA, Qiam kali ini kita telah dipertemukan dengan sahabat2 dari PERPPIS Tawau yang secara kebetulan transit seketika di masjid Tuaran dalam misi Ekspedisi Dakwah...
Meskipun masa pertemuan cuma seketika, namun kita doakan semoga jalinan ukhuwah yang telah terbina akan terus berkekalan dan berpanjangan....
Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PSS yang hadir bagi menjayakan program Qiam kali ini.
Insya Allah, Qiam seterusnya akan diadakan pada 31 hb Januari 2009....jumpa bulan depan ya...^_^
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:37 AM 0 comments
Labels: Program
Friday, December 26, 2008
Selamat BerPLKN
Kami daripada barisan kepimpinan Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhwah, mewakili semua sahabat-sahabat di kedua-dua persatuan, mengucapkan selamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara kepada semua adik-adik yang berpeluang mengikutinya. Peluang ini hendaklah digunakan oleh adik-adik dengan sebaik-baiknya. Bukan mudah untuk mendapat tarbiyyah 'askariyyah(ketenteraan), jasadiyyah(fizikal) dan insaniyyah(kemanusiaan) dalam satu-satu masa. Kami juga berbesar hati memberi beberapa peringatan kepada adik-adik sebagai persediaan dan bekalan menjalani latihan;
1. Jangan meremehkan solat
Meremehkan solat membawa maksud meninggalkan terus atau melewat-lewatkan solat. Dalam apa situasi sekalipun, solat perlu diutamakan. Jika terdapat program yang memakan masa solat, adik-adik sebagai orang yang mempunyai kesedaran harus menegur,
"Tuan penceramah / abang fasi, saya diajar oleh Kelab Remaja Ukhwah supaya menunaikan hak Allah pada waktunya. Saya tidak sanggup disoal oleh Allah di akhirat kelak. Izinkan saya keluar sebentar menuanikan kefardhuan.."
Selagi solat dijaga, insyaAllah diri dan hati adik-adik sedikit-sebanyak akan terpelihara juga daripada anasir-anasir yang tidak baik.
2. Pilih kawan yang betul
PLKN merupakan medan yang baik untuk mencari teman. Pastikan teman yang dipilih boleh digelar sahabat, mengingatkan ketika lupa dan menegur ketika alpa. JAUHKAN DARIPADA BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG JELAS MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR SYARIAT SEPERTI MEROKOK, BERSOSIAL SECARA BERLEBIHAN DAN SEBAGAINYA JIKA TIDAK YAKIN MAMPU MEMBAWA MESEJ DAKWAH. Jangan sekali-kali menggadai prinsip dan pegangan supaya dilihat mengikuti trend semasa dan fesyen terkini. Beranikan diri untuk menjadi golongan yang ganjil. Paling penting. PLKN bukan ruang mencari teman sehidup semati!
Syiar Islam didokong oleh orang Islam ke mana sahaja mereka pergi. Kemampuan untuk memberikan idea dan pandangan, kebolehan berpidato dengan baik, malah keinginan yang tinggi untuk bertanya dan berani untuk mencuba adalah sebahagian daripada syiar orang Islam. Libatkan diri secara efektif dalam setiap aktiviti yang dijalankan selagi tidak berlanggar dengan syariat. Adik-adik juga wajib menonjolkan akhlaq yang paling baik dan mulia sebagai contoh kepada yang lain.
4. Belajar untuk berkata tidak, ingatlah orang tersayang
Seandainya terdapat anasir yang tidak baik mula mendekati atau menghantui, cepat-cepat beristighfar dan menjauhkan diri. Belajar untuk berkata tidak, samada kepada gadis cantik yang menghulurkan kasih-sayang, kawan yang menghulurkan rokok atau penyelaras yang menyuruh terlibat di dalam program hiburan berlebihan dan majlis lagho (sia-sia) sekalipun.
"Kalau saudara-ri nak mencari murka Allah, carilah, saya belum berani berbuat demikian," adalah jawapan yang biasanya membuatkan kita tidak lagi diganggu. Apapun, kekalkan hubungan baik dengan semua pihak, dan dengan setiap langkah, ingatlah Allah, ingat kegigihan Nabi Muhamma s.a.w membawa Islam dan ingat ibubapa, adik-beradik dan kami yang inginkan adik-adik menjadi pejuang-pejuang agama, bangsa dan negara suatu hari nanti!
Selamat berPLKN!
Posted by nurilhakim at 10:28 PM 0 comments
Thursday, December 25, 2008
Haram Menyambut Krismas!
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya: Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?
Jawapannya:
Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).
Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.
Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut.
Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.
Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.
Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]
Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]
Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak. Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diridhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.
Ertinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]
Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.
Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,
Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”. [Hadits Riwayat Abu Daud]
Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:
Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.
Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]
Kami bersiap untuk menghantar Amir pulang. Masing-masing senyap memikirkan umat Islam hari ini yang samada dengan sebab tidak tahu atau suka-suka, menyambut perayaan keagamaan agama-agama lain yang mampu menggoncang aqidah.
Ya Allah, lindungi kami daripada apa yang tidak kami ketahui..
Posted by nurilhakim at 4:12 PM 0 comments
Monday, December 22, 2008
Qiamullail Bulan Disember 2008...
Salam Wasilah ukhuwah Fillah...
Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Untuk makluman semua, pada 27 hb ini akan diadakan Program Qiamullail Bulanan Kelab Remaja Ukhuwah seperti berikut :
Masa pendaftaran : 5pm (27 hb Disember)
Hari : 27-28 Disember (5pm Sabtu - 9am Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 12:22 PM 0 comments
Labels: Program
Friday, December 19, 2008
Tinta Dari Tuan Pengarah ISC 08'
Alhamdulillah..
Segala puja dan syukur kita titipkan buat Allah SWT.. Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad Pesuruh Allah.. Serta salam perjuangan buat para mujahid, mujtahid,mujaddid,mu'allim, mudarris, muraqqib, dan sesiapa sahaja yang bermujahadah pada jalan Nya ini..
Alhamdulillah.. Kalimah tahmid inilah yang selayaknya diucapkan di bibir setelah berakhirnya program ISlamic Summer Camp 2008 kali yang ke-2 ini.. Setelah proses tungkus-lumus dan penat lelah, Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan juga.. Bukan sedikit cabaran yang dihadapi, tetapi berkat bantuan dari Allah dan usaha dari rakan-rakan AJK maka benda yang berat akhirnya menjadi ringan.. Benda yang payah akhirnya menjadi mudah.. Alhmadulillah..
Adik-adik peserta ISC 08'..
Anda telah memperuntukkan masa anda selama 4 hari 3 malam dalam perkampungan kita di tapak program di Kampung Keboni.. Dan saya yakin, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna agar masa yang diperuntukkan untuk program tidak bertukar menjadi sia-sia. Ya, at least we learn something new!
Program ini sebenarnya secara dasar bertujuan dan bermatlamatkan untuk pembinaan seorang remaja yang berkapasiti seorang DA'IE dan mampu untuk mencari seorang MAD'U. Ini bermakna, program ISC menumpukan pembinaan karakter seorang remaja yang Mosleh iaitu remaja yang boleh memimpin orang lain selain daripada dirinya sendiri.. Ini adalah rentetan daripada kesinambungan proses penyemaian individu yang Soleh ketika program Kem Remaja Islam (KRIS), maka untuk ISC kita mahukan suatu peningkatan..
Kalau KRIS, ia lebih kepada pembentukan potensi internal iaitu berbeza dengan ISC yang lebih menjurus kepada pembinaan potensi external seseorang remaja ataupun peserta!
Jelajah Dakwah..
Melihat kepada pillar yang digunakan.. Atau tiang seri kepada program yang dianjurkan.. Maka satu LDK yang dinamakan sebagai Jelajah Dakwah telah diperkenalkan. LDK yang berbentuk praktikal ini, dilihat dapat merumuskan kepada adik-adik tentang apa yang terkandung dalam kuliah-kuliah dasar yang disampaikan pada hari yang kedua.
Bukan itu sahaja, saya turut melihat bahawa LDK Jelajah Dakwah ini terkandung bermacam modul yang disediakan secara Rabbani dari Allah SWT. Maknanya disini, apa-apa cabaran mahupun rintanagn yang adik-adik hadapi sepanjang Jelajah Dakwah tersebut, itu semuanya datang dari Allah SWT. Rintangan itu tidak dibuat oleh para AJK, bahkan dugaan itu adalah didikan secara langsung dari Allah SWT.. Bagaiamana adik-adik menghadapainya, itulah sebenarnya karenah para Mad'u yang sebenar!! Ianya bukan lakonan, tapi ia suatu benda yang realiti!!
Sunnahnya.. Dakwah adalah proses GIVE and TAKE..
Adik-adik sendiri merasakannya bukan..?
Giving a Smile (",).. Sekurang-kurangnya itulah benda paling minima yang kita boleh tawarkan kepada Mad'u sebelum kita mendapat/take sesuatu yang diinginkan iaitu RESPON P+ daripada Mad'u..
Ya.. Semacam proses jual-beli.. Penjual/Da'ie perlu bijak memberikan tawarannya agar si Pembeli/Mad'u cenderung lalu membeli barangan yang ditawarkan.. Jikalau ada yang tidak mahu membelinya, maka itu adalah lumrah! Dan jika ada yang menghina barangan kita.. Maka dua perkara perlu dibuat.. Anda selaku penjual/Da'ie, anda perlu pertahankan barangan milik anda.. Tindakan yang kedua pula, anda perlulah bermuhasabah kerana kemungkinan karakter ataupun pendekatan kita sebagai jurujual tidak dapat diterima oleh Mad'u sehingga mereka menolak barang yang kita tawarkan!
Bahkan, kalau kita melihat sirah Nabi sekalipun.. Nabi mendahulukan usaha dakwah itu dengan proses memberi iaitu mempesonakan umat dengan budi pekerti serta keindahan akhlak baginda.. Maka, disinilah sebenarnya kejayaan agenda dakwah nabi.. Bila orang sudah yakin dengan anda, jadi tiadalah masalah untuk proses seterusnya..
Kekadang para da'ie asyik mengeluh kerana hasil TAKE yang kurang.. Tapi, berapa ramai Dai'e yang berfikir sejauh mana usahanya untuk GIVE !..??
Akhir Kalam..
Sebenarnya banyak benda lagi yang nak dikongsikan bersama adik-adik pada laman sesawang ini.. Tapi, keadaan agak tidak mengizinkan. Oleh itu, saya selaku pengarah ISC kali ke-2 memohon maaf buat para peserta andaikata ada kelemahan mahupun kekurangan dalam program yang dianjurkan.
Tidak dilupakan juga baut para AJK dan Fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan program ISC kali ini.. Memang lumrah setiap pertemuan itu adanya perpisahan.. Dan saya tambah sikit lagi, memang lumrah setiap persahabatan itu akan adanya pergeseran.. Tapi semuanya itu datang dek kerana kita mahukan amal yang terbaik buat Allah SWT..
Cuma tips yang boleh saya berikan ialah.. Jadilah PEMUDA yang BERJIWA BESAR..
Secawan air apabila engkau bancuh dengan sesudu garam maka pasti ianya berasa MASIN.. Tapi, sekolah air jika engkau bancuh ia dengan sesudu garam maka pasti air itu kekal dengan rasanya iaitu TAWAR!!Siiru 'ala barokatillah..
Maka ketahuilah sahabat, sekolah air dengan secawan air itu adalah perbandingan antara dua jiwa iaitu seorang pejuang yang berjiwa besar dengan seorang pejuang yang berjiwa kecil..
Oleh itu, apa sahaja sindiran,bangkangan, ataupun komen yang diberikan pasti tidak akan menggugat si PEMUDA berjiwa besar laksana umpama sesudu garam tidak akan menggugat rasa TAWAR akan sekolah air!!
Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud,
Pengarah ISC 2008,
Merangkap Exco Pendidikan dan Kepimpinan,
PSS Cawangan Kota Belud.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 11:41 PM 0 comments
Labels: Komentar
Tahniah ISC '08 !!!
Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung yang dikasihi Allah sekalian....
Khususnya, adik-adik ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) yang terus tekun dan tidak jemu2 mengikuti perkembangan Kelab ini dari masa ke semasa...
Alhamdulillah, pada 12-15 Disember 2008 baru-baru ni Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah berjaya menganjurkan Islamic Summer Camp 2008 (ISC'08) seperti yang telah dirancang.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya adik-adik yang menjadi peserta kem ini. Diharapkan agar adik-adik semua dapat perpanjangkan segala ilmu yang adik-adik dapat semasa kem ini kepada sahabat-sahabat adik2 di kampung dan sekolah masing2 nanti.
Tidak dilupakan juga kepada semua Ajk dan individu2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas jasa kalian.
Akhir kata, mudah-mudahan program ini mampu melahirkan kader-kader dakwah yang akan terus istiqamah dan tidak berputus asa menyumbang tenaga, harta, buah fikiran dan sebagainya bagi memastikan Islam terus bersinar di bumi Sabah ini...
Wallahu a'lam.....
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 6:47 PM 0 comments
Labels: Program
Wednesday, December 3, 2008
PERHATIAN UNTUK SEMUA AJK ISC!!!
Pada hari Sabtu (29/12/08) yang lepas, telah diadakan Mesyuarat AJK ISC Kali ke-II. Antara agenda utama mesyuarat kali ke-II ini ialah pembentangan gerak kerja setiap bahagian. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian selepas mesyuarat AJK ISC kali ke-II :
Tarikh : 06/ 12/ 08 (Sabtu) -> Diubah ke 05/12/08 (Jumaat)
Masa : Jam 8.30 Pagi
Tempat : Masjid Tuaran
Induksi Ajk
Tarikh : 10/ 12/ 08 (Rabu) - 11/ 12/ 08 (Khamis)
Masa : Jam 10 Pagi
Tempat : Kg Kobuni (Tapak Program)
Seorang Ajk mencari dana = RM 40 (minimum)
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 1:38 PM 0 comments
Thursday, November 27, 2008
Panduan Ringkas Untuk Perjalanan Program ISC '08
- Penyerahan Tugas
29.11.2008*
- Pembentangan gerak kerja yang telah di buat dan permasalahan yang di hadapi
5.12.2008
- Penyelesaian gerak kerja dan penilaian kekurangan untuk program
12.12.2008
- RUNNING PROGRAM
Makluman :
1) Yuran peserta RM10 dan yuran AJK RM15.
2) Pungutan sumbangan minimum RM40 oleh setiap AJK
3) Yuran dan pungutan sumbangan hendaklah di serahkan pada bendahari selewat-lewatnya 29.11.2008
4) Surat serta Borang permohonan untuk sumbangan boleh di dapatkan dari meja bendahari
5) Surat kebenaran serta sumbangan daripada ibu bapa boleh di dapatkan di meja setiausaha
6) Surat pemimjaman peralatan seperti khemah,peralatan masak dll boleh rujuk di meja setiausaha
7) Sebarang penambahan atau pengurangan AJK dan peserta hendaklah di maklumkan terlebih dahulu ke meja pengarah
Sebarang permasalahan lain bolehlah di rujuk daripada :
1) Pengarah : Zulhilmey Makmud (0137143840)2) Timb. Pengarah 1 : Mohd Al-Amin (0148696624)
3) Timb. Pengarah 2 : Siti Azinni (0138752474)
* Sudah dijalankan
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 8:06 AM 0 comments
Spesifikasi Tugas AJK ISC '08
· Menyediakan pengangkutan untuk program
· Mengangkut barang-barang untuk program
· Menyediakan jadual perjalanan untuk peserta dan AJK ke tapak program
· Menyediakan jadual dan memastikan sentry bertugas semasa program
· Menyediakan ‘First Aid’.
· Memastikan keselamatan muslimin dan muslimat ter jamin
PENYERTAAN & TEMPAT
· Mendapatkan senarai peserta yang lengkap selewat-lewatnya pada 29.11.2008 di setiap kawasan
· Mengutip yuran penyertaan RM10 dari setiap peserta
·Menyediakan senarai nama peserta dan butiran lengkap seperti kawasan,sekolah,no.hp peserta dll sebagai rujukan pihak berkenaan untuk penilaian
·Menentukankan tempat untuk aktiviti2 di jalankan semasa program seperti tapak perhimpunan,memasak,makan,solat,tandas,tempat tidur muslimin dan muslimat dll
· Memastikan perjalanan proses pendaftaran dan tempat yang di gunakan selesa dan nyaman
PENGISIAN & MODUL
· Menyediakan modul2 pengisian KKD dan LDK semasa program
· Menyediakan handout untuk setiap pengisian dengan kerjasama lajnah penerbitan
· Membuat jadual dan melantik PIC untuk setiap aktiviti
· Menjemput penceramah2 untuk pengisian KD dan kuliah
· Melantik fasilitator2 untuk LDK.
· Menyediakan borang muhasabah untuk peserta di akhir program
· Pastikan pengisian yang baik dan bermanfaat untuk muslimin dan muslimat
MAKANAN & LOGISTIK
· Menyediakan makanan halalan thoyyibah untuk ajk dan peserta
· Memastikan air mineral sentiasa ada sepanjang aktiviti berlangsung untuk peserta.
· Mengenal pasti peserta2 yang ada allergic pada makanan tertentu.
· Menyediakan peralatan untuk memasak dan untuk makan spt kuali,dapur gas,talam dll.
· Pastikan makanan yang di masak sedap di mulut dan selesa di perut untuk kegunaan fizikal
PENERBITAN & DOKUMENTASI
· Menyediakan fail2 dan bahan2 pengisian di dalamnya spt buku tulis,buku program dll.
· Mendokumentasikan aktiviti2 program dan data2 peserta ISC untuk kegunaan semasa program dan program akan datang.
· Menyediakan handout untuk pengisian dengan kerjasama lajnah pengisian
· Mengambil gambar setiap aktiviti dan menyediakan montaj di akhir program
TEKNIKAL & TUGAS-TUGAS KHAS
· Menyediakan peralatan2 yang digunakan untuk program
· Mengawal dan mengawasi system teknikal seperti mike,PA system,speakers and others semasa program.
·Mendapatkan senarai2 peralatan daripada setiap bahagian selewat2nya 29.11.2008 dan memastikan semua barangan ada pada 6.12.2008 dan selamat untuk dipakai dan dikembalikan semula
· Berperanan sebagai pengawas semasa program agar perjalanan program berjalan dengan lancar
“ Setiap umat Islam itu adalah khalifah yang MAHA ESA,tidak kira di mana ia di tempatkan dan apa yang di pertanggungjawabkan, mereka tetap akan bersinar dan menyinari persekitarannya dengan tanggungjawab yang telah di amanahkan padanya hanya kerana yang MAHA MENGETAHUI ”
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 7:58 AM 0 comments
AHLI JAWATANKUASA (ISC ’08) KALI KE-2
PENAUNG : En. Bunyamin Bin Bakri—Presiden PSS
PENASIHAT I : Mohd. Fairuz Bin Bend—Setiausaha Agung PSS
PENASIHAT II : Cik Siti Faridah Binti Saidin—Exco PSS
PENGARAH : Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud—UTM
TIMB. PENGARAH 1 : Mohd Al-Amin Bin Hj Utoh Said—UMS
TIMB. PENGARAH 2 : Siti Azinni Binti Salimin—UMS
SETIAUSAHA : Azie Nor Mazwani Binti Shahari—UMS
BENDAHARI : Mohd Dehyah Al-Qalbi Bin Dzulkarnain—UMS
AHLI JAWATANKUASA :
1.0 PENGANGKUTAN & KESELAMATAN
1. Mohd Yusuf Bin Abdullah (K)—UTM
2. Nasir Bin King—PSS
3. Norhanisah Binti Butai—UMS
4. Nurul Insyirah-SMK Tobobon
5. Noraziah-SMK Tobobon
2.0 PENYERTAAN & TEMPAT
1. Renifezri Bin Mohamad (K)—UMS
2. Fauziah Binti Saidin—UMS
3. Nadzurah Binti Che Hamzah—UPSI
4. Norzila Binti Jailani—UM
5. Hasnidar Binti Iskandar-SMK Tobobon
6. Aidah Binti Amin-Politeknik
3.0 PENGISIAN & MODUL
1. Ahmad Fauzi Bin Saiffuddin (K)—UITM
2. Azizul Bin Julirin—UMS
3. Norasidah Binti Jamian—UMS
4. Rosmawati Binti Jamdan—UMS
5. Nazifatunnisa Binti Salim—UM
6. Nurul Izza Binti Yatau—UM
7. Siti Ayu Solehan-UMS
4.0 MAKANAN & LOGISTIK
1. Sezan Bin Safsin(K)—PSS
2. Mohd Zul Husmie Bin Salikin—UMS
3. Nasimah Bin Liaman—POLITEKNIK
4. Nurul Faizah Nadwa Binti Saudey—PSS
5. Haslinah Binti Mohd Ali-SMK Tobobon
6. Norlailah Mazirah Binti Salleh-Politeknik
5.0 PENERBITAN & DOKUMENTASI
1. Azhari Bin Senan (K)—UTM
2. Hanafiah Bin Raflis—MAKTAB KENT
3. Faeqah Basyirah Binti Che Hamzah—UMP
4. Siti Rafidah Binti Bilin—UM
5. Masnah Binti Massuana—UMS
6.0 TEKNIKAL & TUGAS-TUGAS KHAS
1. Aminuddin Bin Junit (K)—UUM
2. Muhammad Fanshuri Bin Badaruddin-UMS
3. Rita Binti Radin—UMS
4. Nazidah Binti Junit—UTHM
5. Rusneyni Binti Rumzi-SMK Tobobon
*Akan di'update' dari masa ke semasa....^_^
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 7:48 AM 0 comments
Monday, November 24, 2008
Islamic Summer Camp (ISC)!!!
Islamic Summer Camp (ISC) datang lagi!!!
Perhatian kepada semua Ajk Program ISC. Menerusi blog ini, akan dimaklumkan perkembangan terkini persiapan dan sebarang makluman untuk perhatian semua Ajk program ISC. Justeru, diharap agar semua Ajk dapat mengambil bahagian mengikuti perkembangan terkini persiapan prorgram dalam laman ini dari masa ke semasa...
Berikut adalah sedikit makluman dan perlu diambil perhatian oleh semua Ajk :
- 1) Mesyuarat Kali ke-I (Sudah Dijalankan)
Tarikh : 22/ 11/ 08 (Sabtu)
Masa : Jam 9 Pagi
Tempat : Masjid UMS
2)Mesyuarat Kali ke-II (sudah dijalankan)
Tarikh : 29/ 11/ 08 (Sabtu) - Masa : Jam 9 Pagi
- Tempat : Masjid Tuaran
3)Qiam Ajk bersama KRU (Sudah Dijalankan)
Tarikh : 29/ 11/ 08 (Sabtu) - 30/11/08 (Ahad)
Masa : Jam 5 Ptg - 9 Pagi
Tempat : Masjid Tuaran
4) Mesyuarat Kali ke-III
Tarikh : 06/ 12/ 08 (Sabtu) -> Diubah ke 05/12/08 (Jumaat)
Masa : Jam 9.30 Pagi
Tempat : Masjid Tuaran
5) Induksi Ajk
Tarikh : 10/ 12/ 08 (Rabu) - 11/ 12/ 08 (Khamis)
Masa : Jam 10 Pagi - Tempat : Kg Kobuni (Tapak Program)
Setiap Ajk juga diminta mencari dana mengikut kawasan :
- Kawasan 1 = Kota Kinabalu
- Kawasan 2 = Tuaran
- Kawasan 3 = Kota Belud
*Seorang Ajk minimum dana = RM 40
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 7:44 AM 1 comments
Saturday, November 22, 2008
Jangan Jadi Seperti Ini..
Hari ini abang nak berkongsi keadaan remaja pada hari ini. Cuba adik-adik tengok keadaan kawan adik-adik seperti dalam video di atas. Kasihan, kan? Siapakah yang harus dipersalahkan? kalau abang, abang katakan, yang harus dipersalahkan ialah keadaan dan suasana! Samada keadaan tersebut terbentuk oleh ibubapa yang tidak mengambil tahu, rakan-rakan sebaya yang kurang baik dan sebagainya, semuanya mempengaruhi akhlaq dan peribadi kita.
Setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah oleh Mustafa Kamal Attartuk, Yahudi laknatullah melancarkan serangan pemikiran ke atas umat Islam, bagi menggantikan peperangan fizikal atau peperangan dengan senjata yang dilihat tidak mampu menjatuhkan umat Islam yang sememangnya ingin mati di jalan Allah. Perang pemikiran, atau dipanggil 'ghuzwatul fikr' itu, yang bertujuan menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran dan agamanya, mudahnya dikenalpasti melalui 5S;
Sex - Seks, Bahan-bahan lucah, Pornografi
Smoke - Rokok
Screen - Televisyen dan Komputer
Songs - Lagu-lagu dan Artis
Sports - Sukan
Posted by nurilhakim at 6:03 PM 0 comments
Labels: Renungan
Wednesday, November 19, 2008
Cutiku Untuk Islam!
Apa boleh Adik lakukan semasa cuti?
1. Hadir ke program ceramah Syeikh Yusuf Estes [link]
Posted by nurilhakim at 1:02 AM 0 comments
Sunday, November 16, 2008
KARNIVAL DAKWAH ONE BORNEO
Suka cita dimaklumkan kepada semua bahawa Persatuan Siswazah Sabah akan menyertai pameran sempena karnival dakwah seperti maklumat berikut :
Anjuran : JAKIM Cawangan Sabah
Tarikh : 14-17 November 2008
Masa : 10 am hingga 10 pm
Dijemput kepada semua pengunjung untuk menghadiri karnival tersebut. PSS juga membuka kaunter pendaftaran keahlian kepada Kelab Remaja Ukhuwah bagi sesiapa yang beminat...
Datang ya....Jumpa di sana....
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 6:26 AM 1 comments
Labels: Program
Thursday, October 30, 2008
.: QIAM KALI KE-9 :.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 11:27 AM 0 comments
Labels: Program
Friday, October 24, 2008
PENGUMUMAN QIAMULLAIL..
Perhatian kepada semua ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran, program Qiamullail untuk bulan Oktober ini akan diadakan dan butirannya adalah seperti berikut :
Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Masa : 5 pm (Sabtu) - 9 am (ahad)
Tarikh : 25 (Petang) - 26 (pagi) Oktober 2008
Marilah kita bersama-sama hadir untuk mengukuhkan lagi iman kita semua.
Sekian,
Syukran Jazilan.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:20 AM 0 comments
Labels: Program
Wednesday, October 22, 2008
IBADAH TIDAK SEPATUTNYA BERMUSIM..
Kepada yang tidak membaca Al-Quran waktu itulah mereka rancak membaca. Alhamdulillah.. syukur kerana begitu makmur sekali dan bagaikan ada penyatuan dalam kalangan umat Islam di waktu itu. Yang merokok boleh menahan nafsu dari menghisap rokok. Tidak ada pun sungutan atau pun sampai terketar-ketar menggigil kerana tidak dapat merokok pada siang hari.
Kini syawal pula menjelma.... Keadaan sudah pulih seperti biasa. Masjid surau mulai sepi. Hanya ada beberapa saf sahaja bila waktu sembahyang. Yang merokok mula mengkada' rokok. Yang mengaji Al-Quran telah berhenti mengaji. Kenapa?
Kalau kita perhatikan secara mendalam, bulan Ramadhan adalah satu bulan di mana Allah mendidik umatnya secara langsung. Bila pagi.. 'Bangun awal', 'jangan tidur.' Baca Al-Quran dahulu, kemudian bertebaranlah mencari rezeki di awal pagi. Bila masuk waktu sembahyang.. berjamaahlah di masjid atau surau. Makan jangan banyak. Berjimat cermat. Banyakkan bersedekah.. jaga tingkah laku.. Tapi berapa ramai yang buat... kenapa terhenti setakat bulan Ramadhan sahaja dan tidak diteruskan di bulan-bulan yang lain?Alangkah ruginya kita semua... seolah-olah Allah hanya wujud pada bulan ramadhan sahaja...
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:02 AM 0 comments
Labels: Renungan
Friday, September 5, 2008
.:: Khas Sempena Ramadhan!!!! ::.
Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung yang dirahmati dan dikasihi Allah....
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, blog KRU akan mewujudkan link 'tazkirah ramadhan' (di ruang sebelah kanan blog ini) yang sentiasa di'update' setiap hari...
Mudah-mudahan, usaha yang sedikit ini mampu menyemarakkan taqwa di dalam diri kita semua...
Wassalam...
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 3:39 PM 0 comments
Monday, September 1, 2008
.:: QIAM KRU TUARAN-KK KALI KE-7 ::.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 11:55 PM 0 comments
Labels: Program
Friday, August 29, 2008
.:: AHLAN YA RAMADHAN ::.
Siang dan malam pada bulan Ramadhan adalah hari-hari yang penuh keutamaan, raihlah keutamaan itu dengan memperbanyak zikir dan doa, terutama pada waktu-waktu mustajab, di antaranya:
• Saat berbuka. Ada sebuah doa yang tidak tertolak bagi orang yang berpuasa saat berbuka.
• Sepertiga malam terakhir. Yaitu ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala ke langit dunia seraya berkata: “Siapa saja yang meminta kepada-Ku niscaya Aku kabulkan. Siapa saja yang memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku ampuni.”
• Memperbanyak istighfar pada waktu sahur. Allah Ta’ala berfirman: “Dan pada waktu sahur mereka memohon ampunan.”
• Mencari waktu mustajab pada hari Jumaat.
Ikhlas
Berapa banyak orang yang berpuasa namun tidak mendapatkan apa pun dari puasanya kecuali lapar dan dahaga!?
Berapa banyak orang yang mengerjakan solat tarawih, namun tidak mendapatkan apa pun selain mengantuk dan penat!? Semoga Allah menghindarkan kita dari hal itu!
Oleh sebab itu, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam menegaskan masalah ikhlas ini, melalui sabda beliau: “....karana keimanan dan keikhlasan.. .”
Tidak Berbuat Hal Yang Sia-Sia Pada Bulan Ramadhan
Meluangkan waktu untuk hal-hal yang tidak berguna dan menghabiskannya di luar ibadah adalah sesuatu hal yang sangat rugi bila dilakukan di bulan Ramadhan. Sesungguhnya hal itu suatu kelalaian dan sikap berpaling dari rahmat dan keluasan ilahi.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta". Berkatalah ia:"Ya Rabbku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat" Allah berfirman: "Demikian-lah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu(pula) pada hari ini pun kamu dilupakan". Dan demikanlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya terhadap ayat-ayat Rabbnya. Dan sesung-guhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal”. (Thaha: 124-127)
Hari ini, betapa banyak larangan-larangan Allah dan perbuatan durhaka lainnya yang dilakukan terang-terangan pada malam hari bulan Ramadhan yang pernuh berkah. Sesungguhnya seorang muslim akan merasa pilu melihat masa muda pemuda Islam terbuang percuma untuk perkara-perkara di luar ketaatan.
Namun, kita janganlah terlalu bersedih! Sesungguhnya jalan menuju kebahagian bagi kita dan bagi saudara2 kita adalah dakwah dan doa!
Marilah kita ajak pemuda-pemudi Islam yang terlena serta membimbing mereka kepada jalan yang lurus. Dan mendoakan mereka dalam kesendirian, mudah-mudahan Allah mengabulkan doa kita hingga kita termasuk orang yang beruntung dan tidak merugi selamanya.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 7:46 AM 0 comments
Sunday, August 17, 2008
.:: Tahniah KRC !!! ::.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 10:48 AM 1 comments
Labels: Program
Wednesday, July 30, 2008
.:: KISAH SEMUT & ISRA' MIKRAJ? ::.
Kemudian ahli perniagaan tersebut terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya. Kereta tersebut berhenti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Rupanya beliau ingin ke Kuala Lumpur, ada mesyuarat tergembar pada pukul 11.30 pagi katanya. Dari KLIA, ahli perniagaan tersebut terus menaiki ERL ekspress ke KL Sentral. Dia kemudiannya dijemput oleh seseorang yang sedia menunggunya dan terus dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Ahli perniagaan itu akhirnya sempat menghadiri mesyuarat yang sangat penting di situ tepat pada masanya. Daripada perbualan mereka, tahulah semut tersebut bahawa dia berada ditingkat 80 ketika itu.
Sebaik sahaja habis mesyuarat, ahli perniagaan tersebut tergesa-gesa keluar dan terus ke KLIA. Dari situ dia mengambil penerbangan malam ke Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita akhirnya mereka tiba semula di rumah pada pukul 10.30 malam di Kuala Berang.
Berbalik kepada cerita semut tadi... setibanya di rumah, dia dapati ramai ahli keluarganya berkumpul. Rupanya mereka menyangka semut tersebut telah hilang atau dicolek oleh kerengga di belakang rumah tersebut. Selepas mereka berjumpa dengan semut tersebut, maka bertanyalah mereka ke mana dia pergi sehari suntuk. Semut tersebut pun menjawablah dengan sejujur-jujurnya.... Kuala Lumpur!
"Haahahahaahaha... kau jangan nak kelentong kamilah. KL tu berjuta-juta km (ikut ukuran semut) dari Kuala Berang. Kau jangan cuba nak tipu kami. Macamana kau boleh pergi dan balik pada hari yang sama? Tak logik, tak logik!" Begitulah hal keadaannya pada hari itu. Jadi terpaksalah semut tadi menerangkan satu persatu cerita dari awal hingga akhir pengembaraan beliau. Alhamdullillah.. sebahagiannya mempercayai cerita tersebut tetapi ada juga di kalangan mereka yang berkeras tak mahu mempercayainya.
Begitulah halnya cerita bagaimana kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isya' dan Mi'raj. Kalau Allah mengizinkan ianya berlaku, tak ada apa yang mustahil di alam ini.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 10:29 AM 0 comments
Labels: Renungan
Friday, July 18, 2008
.:: Bagaimana kita mau mati? ::.
Salam Wasilah Ukhuwwah Fillah...
Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian. Mutakhir ini, semua rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia sibuk memikirkan nasib hidup yang bakal mereka hadapi dengan dua krisis yang cukup menjerut kehidupan iaitu kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang semakin meruncing. Justeru, persoalan yang sering bermain difikiran mereka ialah "bagaimana kita mau meneruskan kehidupan ini?".
Tetapi, tidak ramai dalam kalangan kita hari ini yang berfikir tentang "bagaimana kita mau menghadapi mati?". Kalau cinta itu buta, mati juga kembar kepada cinta kerana mati itu tidak mengenal usia dan tidak bersyarat... tua? muda? sihat? sakit? ianya datang bila sudah tiba masanya kita bertemu Tuhan yang Maha Mencipta.. Justeru, kitalah yang bertanggungjawab mencorak cara kematian kita sama ada HASANAH ataupun SAIYYI'AH.. Adakah kita sudah bersedia????
Renung2kanlah bersama..
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 7:30 AM 0 comments
Labels: Renungan
Monday, June 16, 2008
.: TIADA ALASAN TIGGAL SOLAT :.
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 8:58 PM 0 comments
Labels: Renungan
Thursday, June 12, 2008
.:: KE MANA KITA SELEPAS INI? ::.
Kata orang kalau nak tahu nasib seseorang itu kadang-kadang sudah boleh diteka sewaktu hidupnya di dunia lagi. Sungguhpun begitu kuasa mutlak ialah Allah swt jua. Tetapi berdasarkan Al-Quran, Hadis serta perbahasan ulama' sekurang-kurangnya sudah mampu memberi pertunjuk kepada seluruh umat manusia.
Umpamanya, seseorang yang sembahyang tetapi kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia lain akhirnya akan dihumban ke neraka. Itu bagi yang bersembahyang, apa pula halnya yang meninggalkan sembahyang?
Bagaimana pula cara hidup kita seharian? Berapa banyak maksiat yang kita lakukan?Bagaiman adab pergaulan kita dengan yang bukan muhrim? Tanggungjawab kita sebagai pelajar pula macam mana? Didikan kepada keluarga bagaimana? Semuanya itu akan dikira akhirnya dan membawa kita kepada dua tempat sahaja iaitu syurga atau neraka.
Jadi marilah kita sama-sama merenung kehidupan kita selama ini... kemanakah agaknya halatuju kita..
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:40 AM 1 comments
Labels: Renungan
Thursday, June 5, 2008
.: TIPS MENYINTAI ALLAH :.
Sebenarnya dalam hidup saya, saya rasa kosong saya ingin mencari satu kepastian....
Soalan saya bagaimanakah kita nak bercinta dengan Allah, iaitu cinta yang betul -betul kepadanya, sebab saya lihat kalau bercinta dengan makhluk sesama makhluk lama kelamaan kita akan alpa. Jadi, saya ingin tahu apakah tips untuk kita bercinta dengan Yang Maha Kuasa?
Jawapan:
Bercinta dengan Allah bukanlah sepayah bercinta dengan makhluk. Malah Allah SWT memerintahkan semua makhluk manusia mencintaiNya dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Orang yang tidak berbuat demikian dikira tidak beriman. Al-Quran dengan jelas menerangkan sesiapa yang cintakan Allah hendaklah mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi menjelaskan apabila Allah SWT itu cinta kepada hamba-hambaNYA, Ia akan menguji hamba-hambaNya itu. Ini bermakna seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang diturunkan kepada rasulNya. Ia juga harus tabah menghadapi ujian Allah samada berbentuk ujian nikmat mahupun ujian berbentuk kesusahan dan pemderitaan.
Ia juga mesti tidak takut kepada seseorang dalam memperkatakan kebenaran kecuali kepada Allah semata-mata. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah. Ia akan semakin hampir dan dekat dengan Allah apabila ia melaksanakan segala ibadat sunat.
Di kala itu Allah SWT akan mengawasi pendengarannya dari mendengar sesuatu yang haram, memelihara penglihatannya dari melihat sesuatu yang haram dan tangannya dari memegang sesuatu yang bukan miliknya dan haram pula. Allah SWT akan memperkenankan segala permintaannya dan akan memberi pertolongan kepadanya.
Kesimpulannya bercinta dengan Allah ialah kewajipan semua makhluk dan ia dilakukan dengan cara melakukan segala perkara yang diredai oleh Allah baik yang fardu mahupun yang sunat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW di samping meredai qadak dan qadarNya.
(Syaza)
KRU,KK
Posted by Persatuan Siswazah Sabah at 9:02 PM 0 comments
Labels: Renungan