Ahli PSS-KRU diminta mengadakan Kem Remaja Islam di Pitas sekitar bulan Februari yang lepas oleh Ustaz Wan, guru di SMK Pinggan-Pinggan pada satu pertemuan tidak rasmi di Likas. Alhamdulillah, cabaran disahut, dan biarpun KRIS Pitas dijadualkan untuk dilaksanakan hanya seminggu selepas selesai KRIS Tuaran, team profesional yang dikerah tidak menghadapi banyak masalah melaksanakannya. Semua ahli yang terlibat menjayakan KRIS Pitas punya kelebihan untuk bekerja di segenap ruang secara adhoc, samada menjadi pengacara majlis secara tiba-tiba, mengurus majlis penutup hanya dengan persediaan dua, tiga jam dan menyampaikan penerangan tayangan dokumentari dunia Islam, sekaligus melancarkan kempen boikot, sekaligus mengisi slot penerangan berhubung Kelab Remaja Ukhuwwah. Beginilah bentuk ahli yang cuba dilahirkan, dengan harapan dakwah dapat terisi di lebih banyak tempat, tanpa memerlukan tenaga kerja yang terlalu ramai dan membebankan.
KRIS pada kali ini bertempat di Sekolah SMK Pinggan-Pinggan, dengan peserta seramai 103 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada pelajar menengah atas, dan mempunyai kesedaran agama yang agak baik. Pengiktirafan harus diberikan bahawa kelompok ini adalah kelompok yang mudah diurus dan kem berjalan dengan lancar dan teratur. Tahniah kepada pendidik-pendidik sekolah yang bertungkus-lumus membangunkan mereka dengan budaya Islam. Komitmen yang juga tampak melalui usaha gigih barisan pendidik menyediakan makanan dan mengurus persiapan program untuk para peserta.
Lebih menarik lagi apabila misi PSS-KRU ke Pitas tidak sekadar mengadakan Kem Remaja Islam. Desakan masa dan tenaga yang terhad memaksa ahli mengisi segenap ruang dan peluang yang ada. Justeru, sebelum ke tapak program KRIS, PSS-KRU dengan Cikgu Jamil, penggerak kumpulan Sahabat Bible sempat menziarahi Puan Zaleha, bekas mubaligh yang telah memeluk agama Islam. Uniknya, beliau juga merupakan Pengerusi Surau di tempatnya, pengiktirafan yang jarang diperolehi oleh seorang wanita! Beliau sempat menceritakan pengalaman memeluk Islam, sehingga ke tahap ditembak oleh bapa sendiri.
Pada hari akhir program pula, sebelum bertolak pulang ke Kota Kinabalu, PSS-KRU bergerak ke Kampung Saab, bertemu dengan penduduk kampung yang telah 20 tahun memeluk Islam tanpa mendapat perhatian dan bimbingan. Kes mereka telah diperhalusi oleh PSS sebelum ini, dan alhamdulillah, hasrat mereka supaya diadakan kelas fardhu ain mingguan dapat diatur dengan kerjasama daripada pihak JHEAINS Pitas. Laporan program tersebut boleh diteliti di laman PSS.
Sesungguhnya jauh perjalanan ke Pitas membawa seribu erti kepada PSS dan KRU, samada dalam bentuk mengeratkan perhubungan silaturrahim, menyelesaikan masalah umat, membangunkan generasi muda selain mendedahkan muslimat PSS kepada gerakerja di lapangan. PSS-KRU mendapat tiupan semangat baru menjayakan jemputan KRIS di Papar dan Tambunan. Ada lagi yang berminat KRIS diadakan sebagai langkah mula di tempat anda? :)

3 comments:
Salam buat para PENCINTA KEBENARAN;
-Tahniah sy ucpkn dari kejauhan.. Moga semuanya mawangi sbg amal di sisi Tuhan yg maha Kasih..
-Harapnya KRIS tahun ini bukan hnya efisyen tapi efektif jua utk program pmbgnn JIWA adek2 borneo.. I'Allah..
Tahniah semua..
P/s-Abg Pai, sy rasa sdr NAdir ini MESTI dikekalkan di bumi SAbah.. hehe.. Ada cdgn macam mane nak buat??
Salam all,
InsyaAllah bila peranan PSS-KRU makin disedari dalam membentuk jiwa anak muda, tenaga kita akan makin kuat digembleng dan dikerah. Tatkla itu mudah2an akan ada ramai yg menginfaqkn hidupnya utk perjuangn PSS, dan rmi juga teknokrat dan korporat sudi menghulurkan sumbngn bg memastikan nafas kehidupan sang murabbitun dpt berterusan.
Dalam kekecewaan sikitnya penggerak yang lahir dari ekolah agama di Sabah, ana cukup berbesar hati mengenali generasi demi generasi murabbi kelahiran SEMAI, bermula generasi Abg Pai-Azizul, yg setiap satunya memainkan peranan menghembus semangat perjuangan ke dlm diri ana. Sayang kalau generasi pembangun dari sekolah ini terputus lantaran tiada penerusan perkaderan di sana.
Apapun, ya syaikh kabir, tidak perlu dirisaukan agenda mengekalkan ana. Kerana satu lagi kelebihan lepasan SEMAI ialah liciknya mereka mengatur perancangan. Sabah ini bumi ana juga. Doakan saja percaturan ana cukup baik sehingga ana dapat sekurangnya membina pelapis sebelum pulang berjuang di tempat asal. Dan pastinya masa itu akan lebih cepat sampai kalau syaikh pulng ke sini lebih cpat lg. Skrg kita punya sekitar 20 pemikir dan penggerak yang sudah mampu bergerak sendiri secara individu, kepulangan syaikh, akan menjadikannya 30 ;)
Post a Comment