Footer Right Content

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Friday, March 12, 2010

Iklaneka: Kem Anak Soleh Taman Kuala Menggatal.

Kem Anak Soleh Taman Kuala Menggatal akan diadakan pada 13 – 14 Mac 2010 di Surau Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal. Semua ahli KRU dan PSS dijemput memeriahkannya bersama remaja setempat. Tentatif program adalah seperti berikut;


13 Mac 2010 ( Sabtu )

6.30 petang :

Solat Maghrib

Pendaftaran

Kuliah Maghrib

Solat Isya’


8.00 malam :

Makan malam

Pembahagian Kumpulan

Sesi Suaikenal (Modul : Ku Mengenalimu Lebih Daripada Yang Kau Tahu)

Latihan Dai’e Kecil 1 – ‘Kami Terhebat!’


8.45 malam :

Perkongsian 1 – ‘5 Cinta’


9.30 malam :

Slot Muhasabah – ‘Mencari Jalan Pulang’


10.30 malam :

Taklimat Adab-Adab Tidur

Bahtera Mimpi



14 Mac 2010 ( Ahad )


3.30 pagi :

Qiamullail dan Zikir Munajat


5.00 pagi :

Solat Subuh

Kuliah Subuh


6.00 pagi :

Riadah (Modul : Ukhwah Islamiyyah)

Senaman / Jogging Zikir


7.15 pagi :

Sarapan Pagi dan Khidmat Diri


8.00 pagi :

Perkongsian 2 – ‘Remaja Hari Ini’

Latihan Dai’e Kecil 2 - ‘Graf Kehidupan’


10.00 pagi :

Minum Pagi


10.30 pagi :

Perkongsian 3 – ‘Cemerlang Dengan Islam’


12.00 tengahari :

Solat Zuhur

Makan Tengahari dan Bersurai


Untuk maklumat lanjut hubungi saudara Shahfieq - 0148750783

Sumber: Persatuan Siswazah Sabah

Program Cuti Sekolah PSS-KRU

Salam Ukhuwwah Fillah para pengunjung blog KRU.

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba, beberapa aktiviti PSS-KRU bakal dijalankan bagi mengisi masa lapang sahabat-sahabat sekalian. Bagi yang berminat, berikut adalah butirannya;
1. Program Kem Induksi Pelajar 2010 (KIP 2010)

Tarikh : 15-16 Mac 2010
Tempat : Kampung Kobuni, Inanam
Penyertaan : Terbuka
Pengisian : Ceramah Kecemerlangan, Explorace, Kembara Kionsom, Barbeku dll
Yuran : RM15 sahaja
Download borang online atau hubungi 0198110964

2. Bengkel Wakil Rakyat

Tarikh : 17-19 Mac 2010
Penyertaan : Tertutup
Pengisian : Kemahiran Berucap, Kemahiran Pengurusan Organisasi, Pengenalan Asas
Undang-Undang, Pengenalan Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri, Slot Bersama
Rakyat dll
PIC : Saudara Nadir Al-Nuri

3. Mesyuarat Agung PSS

Tarikh : 20 Mac 2010
Penyertaan : Terbuka
PIC : Saudara Renifezri Mohd

Sebarang maklumat / pendaftaran hubungi 0198110964 atau PIC program. Syukran.
Jom, memaksimakan cuti sekolah dengan aktiviti penjanaan minda!

KRIS Penampang Pembuka Tirai

Kem Remaja Islam Penampang (KRIS Penampang) pada tahun ini merupakan KRIS 'pembuka tirai' mendahului KRIS yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan lain oleh Persatuan Siswazah Sabah sepanjang tahun ini. Dengan penglibatan seramai hampir 80 orang pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, 12 orang fasilitator dari pihak persatuan dan komitmen penuh beberapa orang guru, khususnya Cikgu Safina Bulkin, ia dijalankan secara santai dan 'back to the basics'. Lebih menarik, program yang diadakan tanggal 5-7 Mac ini dikatakan sebagai program Islamik pertama yang dianjurkan secara full force di sekolah tersebut.

Sesi taklimat program dan penginapan peserta.

Mungkin ada sesuatu yang sangat lucu disampaikan oleh pengkhutbah ini - Saudara Herman -sehingga dia sendiri tergelak besar. Mujur bukan di atas mimbar.

Pengalaman berharga turut diperolehi oleh barisan fasilitator bilamana kem tersebut mencipta sejarah, dengan penglibatan kira-kira 10 orang pelajar pekak dan bisu. Dengan bantuan penterjemah, segala isi penting program dapat disampaikan dengan baik, selain usaha sungguh-sungguh fasilitator 'mencuba-cuba' bahasa isyarat buatan sendiri.

Sebahagian pelajar pekak dan bisu yang menyertai program. Biar telinga tidak mendengar, tetapi hati sentiasa peka. Semangat mereka cekal, keazaman mereka kental.

Hanan a.k.a Genji - peserta nakal yang didenda menggayakan cara superman terbang.

Modul 'Makan Suap Kawan' memupuk kemesraan.

Yang paling penting, nyata sekali bahawa paradigma awal yang dilontarkan kepada kami bahawa para peserta ini sukar dibentuk sama sekali tidak benar. Malah, sepanjang pengalaman persatuan membangunkan remaja, kelompok pelajar inilah antara yang paling seronok dibentuk.

Modul 'Kapal Tenggelam'. All for One, One for All!

Selain pengisian biasa berhubung aqidah, ibadah dan akhlaq, KRIS pada kali ini buat julung-julung kalinya memasukkan slot comparative religion atau perbandingan agama dengan menggunakan modul yang telah dibentuk oleh Persatuan Ulama Malaysia Urusetia Sabah (PUM Urusetia Sabah). KRU Penampang turut dibentuk dengan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Percaya atau tidak, pasukan futsal lelaki terbaik SMK DPM - sekolah sukan negeri dan sekolah kluster kecemerlangan tewas dalam perlawanan persahabatan futsal menentang pasukan fasilitator lelaki! Kami tidak bisa kecundang! ('',)

KRIS Penampang ditutup dengan perarakan maulidurrasul dan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator, Saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Puan Pengetua merasmikan penutupan, dan memberi respon positif terhadap program, selain memberikan keyakinan bahawa program-program sepertinya akan dipertingkatkan dengan bantuan kerjasama PSS.

Tahniah guru-guru, pelaksana, para fasilitator dan adik-adik KRU Penampang! Kami menanti masa dipanggil untuk kembali! Up, Up DPM!!

Laporan KRIS Penampang juga boleh dilihat di [laman blog SMK DPM].

Sunday, March 7, 2010

Qiam Februari KRUKB

Tarikh: 26hb Feb 2010
Tempat: Masjid KB

Alhamdulillah program qiamullail bulanan diteruskan seperti biasa. Kehadiran Qiam kali ini amat memberangsangkan sekali sehingga mencecah 120 lebih peserta walaupun pelajar2 dari SMATS tidak dibenarkan keluar pada minggu itu. Namun, itu tidaklah menjadi satu masalah besar untuk tidak meneruskan program ini.
Qiam kali ini diserikan lagi dengan tayangan multimedia dan kuiz berkaitan sirah Rasulullah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H. Tahniah buat SMK Usukan yang menjuarai kuiz tersebut walaupun kebanyakan peserta dari sekolah ini baru pertama kali mengikuti program KRU dan merupakan adik bongsu KRUKB.

Tahniah juga buat SMK Taun Gusi yang mendapat naib johan dan SMK Pekan II yang mendapat tempat ketiga. Harap dengan aktiviti2 seperti ini dapat mempertingkatkan lagi kefahaman ilmu kita.Bertemu lagi kita pada qiamullail akan datang seperti biasa pada hari Jumaat (@ Sabtu) minggu ke4 setiap bulan.

Tuesday, March 2, 2010

Qiam KRUKK Kali Ke-2, 2010.

Salam Tautan Kasih Illahi Buat pengunjung blog KRU

Alhamdulillah, pada 27 dan 28 Februari 2010 sekali lagi Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu berjaya tampil dengan program Qiamullail bulanan yang bertemakan Ikhtilat. Program yang dirangka dengan bantuan Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya menarik minat seramai 119 peserta muslimat dan 62 peserta muslimin yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar Kota Kinabalu. Antaranya SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SM Shan Tao, SMK Inanam, SMK Kolombong, SMK Putatan, SMK Likas, SM Perempuan likas dan SMK Sanzac. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ahli-ahli KRU yang sudi melibatkan diri menjayakan program ini.
Pengisian mantap mengupas fiqh ikhtilat, pandangan ikhtilat menurut Islam, hukum dan adab-adab berikhtilat yang disampaikan melalui kuliah dasar menjadi tulang belakang kepada pengisian program kali ini. Tambahan lagi, kuliah "Fitrah yang menjadi Fitnah", malam penghayatan dan pengisian Maulidurrasul turut tidak terkecuali menjadi daya penarik sepanjang aktiviti berlangsung. Semoga ilmu baru yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Justeru, pihak KRUKK memohon maaf kepada seluruh pihak sekiranya ada yang terguris hati sepanjang mengikuti program KRUKK. Sebarang pandangan dan cadangan untuk penambahbaikkan dari semua pihak amat kami alu-alukan ;)

Jumpa lagi di program KRUKK pada masa akan datang ^_^

Saturday, February 20, 2010

BPO KRUKB 2010

14 Feb 2010 (Ahad)
Masjid Pekan KB

Alhamdulillah BPO kali ke2 KRUKB berjaya dilaksakan pada minggu lalu dengan kehadiran 40 orang peserta yang terdiri daripada AJK KRU KB, wakil KRU sekolah dan KRU KM. Tahniah buat adik2 yang berjaya mengikuti program ini. Semoga gerak kerja selepas ini dapat dilaksanakan dengan licin.Antara pengisian program ini adalah slot pengisian dan LDK bagaimana cara2 membuat kertas kerja program, membuat risalah, penerangan justifikasi tugas setiap ajk dan banyak lagi.
LDK
Tidak dilupakan juga, terima kasih buat semua fasilitator2 dari IPG Kent dan UiTM yang datang dari jauh kerana sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada adik2 peserta.
faci muslimin dari UiTMbarisan faci dar IPG Kent dan muslimat PSSKB

Sunday, February 7, 2010

Akan datang: BPO kali ke-2 KRU KB


Assalamu'alaikum... salam ukhwah fillah...

Insya' Allah...Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) kali ke-2 KRU KB akan di adakan pada:

TARIKH : 14 Feb 2010
MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang

YURAN : RM2.00


Tempat akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan adalah kepada semua ahli jawatankuasa KRU KB 2010 dan 4 orang wakil KRU setiap sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sempen, SMARD, SMATS, Semtasi dan Pekan II.

Harap maklum...

Saturday, January 30, 2010

Qiam Januari KRUKB 2010

29-30 Jan 2010
Masjid Pekan KB
Alhamdulillah...program bulanan ini dapat diteruskan untuk tahun ini. Walaupun kehadiran agak sedikit berbanding program2 sebelum ini disebabkab kesibukan persekolahan pada awal tahun ini namun program bulanan ini dapat dijalankan juga dengan baik. Tahniah dan terima kasih buat AJK pelaksana.Program qiamullail pada tahun ini agak berlainan dengan program qiamullail tahun lalu kerana terdapat beberapa pembaharuan seperti quiz akademik yang dimulakan dengan subjek SEJARAH pada Januari ini. Pertandingan quiz ini dimenangi oleh SMK Arshad, tempat kedua SMK Pekan II, tempat ketiga SMKA Tun Said dan saguhati SMK Taun Gusi dan SMK Pekan. Selain itu, aktiviti amal kebajikan juga dilaksanakan yakni membersihkan kawasan masjid termasuk bilik air.
mujahiden KB
Untuk acara kemuncak iaitu majlis penutupan diadakan penyampaian hadiah untuk pemenang quiz, pelancaran tabung KRUKB dengan penyerahan tabung kepada pengerusi KRUKB oleh pengerusi PSSKB. Akhir sekali ialah pelancaran kumpulan nasyid KRUKB yang sempat memperdengarkan beberapa buah lagu nasyid sebelum lambaian ukhwah.
pelancaran tabung KRUKB
Semoga bertemu lagi untuk program qiamullail akan datang. Siap sedia untuk menjawab soalan quiz. Ajak rakan2, kawan2 dan sahabat2 yang lain!

Monday, January 25, 2010

Qiamullail KRUKK pertama 1431H/2010M



Assalamua'laikum Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian.

Alhamdulillah, pada 23-24 Januari 2010 Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program bulanan KRU iaitu qiamullail pertama tahun 1431H/2010M bertempat di Masjid Universiti Malaysia Sabah. Tema Hijrah&Akademik untuk julung kalinya telah berjaya menarik ramai ahli KRU khususnya dari Kota Kinabalu dan Tuaran untuk turun padang bersama meraihkan aktiviti.


Sekalung penghargaan khas buat para peserta merangkap ahli KRU yang sanggup berkorban masa meluangkan cuti hujung minggu untuk mengikuti program KRU. Dengan izinNya, penyertaan Qiam promosi bulan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai sekolah seluruh Kota Kinabalu. Antaranya peserta dari SMK Inanam, SMK Tobobon, SM Shan Tao, SMK Putatan, Maktab Sabah, SMP Likas, Stella Maris, St. Conve
nt Francis, All Saint dan SM Sains Sabah.



Syabas dan tahniah buat para AJK pelaksana yang rela hati bertungkus-lumus dalam memastikan program berjalan dengan baik. Alhamdulillah, bilangan ahli KRU yang berminat untuk turun padang bergerak keras bersama semakin meningkat bilangannya. Diharap para AJK menjadikan segala perkara yang berlaku sepanjang program kali ini sebagai jaminan untuk lebih cemerlang pada setiap aktiviti akan datang.

Semoga ada manfaat yang kita perolehi bersama daripada program pada kali ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan dari pihak pelaksana. Jom, hijrah bersama! Jumpa lagi pada program qiam bulanan akan datang..insya-Allah ;)




"Trasformasi Menuju Misi"

Wednesday, January 20, 2010

Grab the opportunities!!


It’s come back!! Once in a month, please join us…

Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan diadakan untuk julung kalinya pada tahun 2010 ini. Butirannya adalah seperti berikut :

Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Tarikh : 30hb dan 31hb Januari 2010
Masa : 5.00pm (30hb) hingga 10am (31hb)

Marilah bersama-sama mengimarahkan rumah Allah iaitu masjid dengan mengikuti program ini. Jika anda berminat untuk mengikutinya, mohon kerjasama anda untuk memaklumkan kepada wakil pihak kami agar memudahkan kami melihat jumlah peserta yang hadir. Anda bolehlah memaklumkan kepada saudari Nurizzatie (0148751198) selewat-lewatnya pada 27hb Januari 2010. Rebutlah peluang ini…!!!


Daripada Abi Hurairah, dia berkata Nabi Muhammad bersabda : Pada SETIAP MALAM, Allah turun sampai ke langit dunia yakni perkara itu berlaku ketika 1/3 atau sepertiga (jam 4@5 pagi) daripada malam…

Allah berfirman : Pada waktu itu, Sesiapa yang ada nak doa apa-apa padaKU, AKU jamin AKU akan perkenankan doanya. Sesiapa yang nak minta apa-apa dengan AKU, AKU akan beri apa yang dia minta. Sesiapa yang nak minta ampun dengan AKU, AKU akan ampunkan dirinya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Thursday, January 14, 2010

Hijrah Bersama KRUKK.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua'laikum W.B.T

Perhatian kepada semua sahabat-sahabat pengunjung, khusus kepada sahabat-sahabat KRU.. Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Qiamullail bulanan pada Januari ini seperti butiran yang berikut;

Tarikh: 23-24 Januari 2010
Tempat: Masjid UMS, Kota Kinabalu
Masa pendaftaran: 5 pm(23 Jan 10)
Sasaran peserta: Pelajar tingkatan 3-6
Tarikh tutup penyertaan: 20 Januari 2010.

Qiam kali ini bertemakan Hijrah&Akademik. Penyertaan adalah percuma sempena promosi qiam KRUKK untuk kali pertama pada 1431H/2010M

Individu yang berminat bolehlah menghubungi saudara Hannafi, 013-8987395 ataupun saudari Insyirah, 013-5509496 agar pihak kami dapat memastikan jumlah penyertaan sebenar. Ini bagi menjamin kelancaran dan keselesaan peserta sepanjang program.

Jom sahabat-sahabat, kita berhijrah ke arah yang lebih baik dari segala aspek untuk mencapai redha Allah. Akademik Nombor 1! Tapi dakwah bukan yang ke-2 :)

Saturday, December 26, 2009

KRUKM; Islam di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitator

Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!

Murabbi dua zaman - Ustaz Abdul Mutalib dan Saudara Zulhilmey Makmud

Ziarah ukhwah oleh peserta muslimat


Ziarah ke rumah muallaf yang cacat penglihatan

Friday, December 25, 2009

KRU Kundasang - Alasu Mengganti Lesu

Semangat tanganak Kg. Himbaan

15-16 Disember lepas mengukir kenangan terindah sepanjang berdakwah mendekati masyarakat Dusun, apabila lemah-lembut dan baik budi mereka diadun dengan semangat pahlawan yang sedia menyusur urat nadi untuk menggantikan sogit dakwah di bumi Kundasang dengan kealasuan cahaya Islam. Program bertumpu 'Islam Id Ginawo 09' yang dilaksanakan di Masjid Kundasang seusai menziarahi adik-adik yang bersunat di Rumah Putera Harapan, Ranau dan mengajar penduduk Kg. Himbaan di Bundu Tuhan membelek Bible berjaya melahirkan sekumpulan tanganak wagu sebagai penggerak saf hadapan memulakan aksi di bumi Kundasang.
Dalam masa sehari semalam, dibekali dengan keperluan dakwah dan dihalakan ke arah matlamat yang betul, serta diterjunkan ke lapangan sebenar dakwah, anak-anak muda ini menanamkan tekad menghapuskan logop (kaki botol) sedaya mungkin, menyantuni golongan fakir dan yatim, selain mengatasi masalah generasi muda yang kada ma'an (tiada kerja/menganggur) dan direncam oleh 1001 budaya kuning lain.

Berdoa sebelum turun ke lapangan

Menyampaikan sumbangan dan tazkirah kepada yang memerlukan

Mempromosi Istak sebagai alternatif muntokou di pekan Kundasang. Hasilnya 4 kedai bersetuju menjual Istak sebagai alternatif arak.

Hasil perbincangan - masalah dan cara penyelesaian

Dengan semangat Maal Hijrah lahirnya KRU Kundasang, yang diberi julukan Kesatria Dakwah 01 (KD 01), untuk bersama-sama dengan ketumbukan remaja yang sedar di tempat-tempat lain, menjunjung Islam dan memimpin hari esok.Selamat maju jaya, wahai kesatria!

Thursday, December 24, 2009

Qiam Bulanan KRU Tuaran Datang Lagi!!

Salam Ukhuwah fillah buat para pengunjung yang disayangi kerana Allah.

Sukacita dimaklumkan, KRU kawasan Tuaran bakal mengadakan program bulanan seperti butiran yang berikut;

Masa: 26-27 Disember 2009 (5pm Sabtu-pagi Ahad)

Tempat: Masjid An-Nur,Tuaran

Antara aktiviti: Qiam, Jelajah Dakwah, Usrah dan Kuliah Dasar

Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh merujuk di nombor 0148751198

Justeru, semua sahabat KRU dekat dan jauh dialu-alukan untuk turun padang bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah dirancang. Jom pertingkatkan ilmu, iman dan amal bersama! ^_^

Aktiviti Bulanan KRU Kota Belud

Assalamua'laikum WBT
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah Buat Para Pengunjung

Untuk makluman, Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) kawasan Kota Belud akan mengadakan aktiviti bulanan bertemakan ukhuwah Disember ini yang dinamakan Program Perkampungan KRU. Butirannya seperti yang berikut;

Tarikh: 25-26 Disember 2009
Masa: 2 petang(Jumaat)-12 tengahari(Sabtu)
Tempat: Kampung Pantai Emas, Kota Belud

Pelbagai bentuk pengisian berbentuk jelajah dakwah, forum bersama orang kampung, Qiam dan rehlah di tepi pantai menanti anda!

Sebarang pertanyaan dan penyertaan bolehlah menghubungi 0145719658

Sahabat-sahabat yang dekat dan jauh dialu-alukan untuk hadir bersama :)

Wednesday, December 23, 2009

Islamic Summer Camp Kali Ke-3

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Kerna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

Alhamdulillah~ Pada 18-20 Disember 2009, sebuah lagi program tahunan penerapan dakwah kepada golongan remaja yang dianjurkan Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program Islamic Summer Camp 2009 (ISC'09) berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Sejadi, Hutan Lipur Kawang, Papar. Program dihidupkan oleh bakal kader-kader dakwah yang terdiri daripada 70 orang pelajar sekolah menengah dari beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Sipitang, Papar, Pitas dan Ranau.

Menyoroti hari-hari program, pelbagai aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan. Antaranya;

Slot Muhasabah

Kuliah Dasar

Latihan Dakwah

Perkongsian Hati Ke Hati Bersama Fasi

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang berjaya menghadirkan diri dan hati sehingga ke akhir program. Semoga Allah memberkati ilmu dan segala bentuk pelajaran yang diperolehi sepanjang program yang direncanakan. Ambillah seberapa banyak perkara yang elok itu untuk meningkatkan kualiti diri di hadapan Allah. Sebarang kekurangan dan kesilapan yang berlaku amat dikesali dan mohon dimaafi.

Buat para pelaksana secara langsung mahupun tidak langsung, syabas dan tahniah diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Hanya Allah yang selayaknya membalas jasa dan usaha kalian menjayakan ISC untuk kali ke-3 ini.


Semoga hati-hati yang dipilih terus istiqomah dalam melakukan segala amal kebaikan kerana Allah SWT. Teruskan perjuangan wahai mujahid setia sehingga khilafah Islam tertegak kembali ;)