Footer Right Content

Saturday, February 14, 2009

Refleksi kasih buat insan bernama IBU...



Sahabat-sahabat.. Berikut 20 item refleksi yang wajar kita renungi bersama.. Moga ada secubit keinsafan terbit dalam jiwa kita semua insya Allah!


1. Semasa kita berumur setahun, ibu menyuapkan kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam, berak dan kencing merata tempat.

2. Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai.

3. Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

4. Semasa kita berumur 5 tahun, ibu ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak.

5. Apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita memblas budinya dengan menjerit, “Saya tak mahu pergi sekolah”.

6. Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang mengucapkan terima kasih membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi ibu dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran.

8. Semasa berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

9. Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang agak kurang sopan. Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak ada TASTE.

10. Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri di dalam bilik dan bersendirian.

11. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budi ibu dengan tidak balik hingga lewat malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

12. Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan penuh kasih-sayang hingga ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan tidak bersalaman dengannya di luar kerana takut malu dilihat oleh kawan-kawan.

13. Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya dengan penuh rasa prihatin, kita ada girlfriend? Kita membalas budi ibu dengan berkata “Ibu ni kepohlah”.

14. Apabila kita berumur 21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalasnya dengan berkata “Saya tidak mahu menjadi seperti ibu”.

15. Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri-ibu membelikan kita baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu rakan-rakan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.

16. Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga-ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang kepada kita. Kita membalas jasa ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu.

17. Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menalifon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata “Zaman sekarang lainlah ibu..!!!”

18. Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menalifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata saya sibuklaa..”

19. Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita memblas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali sahaja dan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan perlu balik dengan segera.

20. Dan kemudian, pada suatu hari ibu meninggal dunia. Kita tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa ibu… Ingatlah, selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu. Dan jika ada antara kita yang ibu telah meninggal dunia,. Ingatlah jasa ibu. Akhir sekali kita tewas dengan ibu.


Biro TARBIYYAH dan KEPIMPINAN

KRU 2009


0 comments: