Footer Right Content

Wednesday, February 4, 2009

Rehlah KRU KK!!!



Kota Kinabalu, 25 Januari - Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Kinabalu telah mengadakan aktiviti rehlah bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan dan tautan ukhuwwah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kota Kinabalu. Program ini telah bermula sejak awal pagi lagi dan berakhir setelah selesai Solat Asar. Program yang bertemakan santai bersama alam semula jadi ini juga telah memilih Pantai Tanjung Lipat sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti sambil melihat keindahan laut yang luas terbentang dan bunyi desiran ombak yang menghempas pantai (sentimental plak)...(^_^)

Tahniah diucapkan kepada ahli KRU Kota Kinabalu kerana telah berjaya menjalankan aktiviti rehlah ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Mudah-mudah program ini berjaya mencapai objektifnya dan mendapat keredhaan Allah.

1 comments:

ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...

eh..eh..macam knl je kakak muslimat yg tudung oren tu..pe kba kak ratna..harap2 memperoleh kejayaan di USIM tu dan teruskan perjuangan dlm menegakkn islam..TAKBIR..!ALLAHUAKBAR..!