Footer Right Content

Monday, March 5, 2012

Secebis Kenangan Program Jil Ul-Islam 2012

Lama sudah kami mahu berkunjung ke sana.

Sasaran tahun pertama, 2010.

Apa tidaknya, sangat dekat dengan pusat aktiviti kami, Masjid An-Nur, Tuaran.

Namun dek halangan tertentu, kami pendam seketika hasrat tersebut. 

Bertekad, suatu hari nanti, insya-Allah.

Setiap kali lalu di sana, ia terus mencuri pandang kami.

Bilalah agaknya?

Kali ini dah masuk tahun ketiga, kami dah ada sasaran.

Takdir, sasaran kali ini meleset sedikit.

Kami kena cari sasaran lain.

Keputusan musyawarah, majoriiti mahu mencuba semula sasaran awal tahun pertama.

Misi bermula.

Alhamdullilah, berjaya!

Justeru, 2 Mac 2012 kami berjaya menjejakkan kaki ke situ dengan kekuatan anggota 27 orang.

Meladeni peserta cilik seramai 132 orang.

Berpaksikan Program Jil Ul-Islam (Membina Generasi Islam) kali ketiga.

Kini, kami tidak lagi mencuri pandang  tapi pandang betul-betul sekali dengan senyuman yang mengumtum membalas senyuman mesra mereka, berserta dengan lambaian tangan.

Ya, merekalah generasi pewaris jika kena caranya.

Terima kasih warga Sekolah Agama Negeri, Tuaran atas kesudian meraih kedatangan kami. Orang berbudi, kita berbahasa.

Walau Cuma tiga jam. Sudah cukup bermakna sebagai detik mula ikatan ukhuwah yang akan terus terjalin melalui program-program selanjutnya seperti Qiamullail Bulanan.

Taklimat

      Pengenalan KRU

Kumpulan Abang Dzul. Disebelah kiri, kumpulan Abang Shahfuan & Abang Farizan.

Kumpulan Abang Shah & Abang Nazrul

 Kumpulan Abang Haziq. Di belakang, kumpulan Abang Ikhwan

 Kumpulan Abang Amar

Kumpulan Abang Arfandi & Abang Izzat

Kumpulan Abang Heiri
Kumpulan Abang Nashrul
Kumpulan Abang Hambali

Kumpulan Abang Sazali

Kumpulan Kak Izzaty

Kumpulan Kak Shaidah

Kumpulan Kak Sarah

Kumpulan Kak Amanisah

Kumpulan Kak Murdyana

Kumpulan Kak Nadia

 Kumpulan Kak Ijah

Kumpulan Kak Jurainah

Ahli Kumpulan Kak Shela (Timb. Pengarah).

Mana kumpulan Abang Azri (Pengarah Program), Kak Noor, Kak Noraini & Kak Suzitah?

Jom kita pergi Solat Asar dulu.....

Kongsi sikit perasaan adik tanpa ayah tercinta....

Slot Penghayatan

Terima kasih daun keladi :)

Orang-orang kuat KRUT

Sehingga ketemu lagi. Ukhuwah fillah

Tuesday, February 14, 2012

Suasana Program Menyeru Muslimin

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Alhamduliahi rabbil 'alamin
Allahumma Salli `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi ajma`in.

Selesai sudah Qiamullail Bulan Februari dan Program Menyeru Muslimin anjuran KRU Tuaran dengan jalinan kerjasama PSS Tuaran. Suasana amat meriah. Tambahan pula tarikh program bersamaan 12 Rabiul Awal, detik kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kami rindu padamu Ya Rasulullah.

Tahniah kepada para pemenang setiap acara. Terima kasih diatas penyertaan dan sokongan semua pihak yang terlibat. Terima kasih juga gimik menarik dan menyentuh jiwa khususnya peserta muslimin semasa ucapan perasmian program yang diutarakan oleh Pengerusi PSS Sipitang.

Persoalan yang masih berlegar diruang minda, tercapaikah matlamat program mahu melahirkan REMAJA CINTA MASJID, REMAJA CINTA RASULULLAH DAN REMAJA CINTA ALLAH? Jom rakan-rakan remaja bersama kita realisasikan hasrat murni ini.

Tiga orang juri profesional nasyid & laungan azan.


Bilalah giliran kami ni?

1 minit lagi!!!!!

Si baju biru: Saya mahu ikut futsal juga, tidak mahu ikut mewarna. Lawan kakak-kakak pun ndak apa.
Waduh, gawat ni....

"Pelan-pelan bah kakak-kakak, adik belum mula lagi ni...." pinta si comel berbaju merah.

Siapakah gerangan pemenangnya? Jeng...jeng...jeng...

Giant Chess: Ada cerita menarik disebaliknya....bila chess tidak kunjung tiba. Tanggungjawab & kesungguhan. Tahniah!

Mencari harta karun: Kaya harta, kaya hati :)

Bukan hadiah menjadi ukuran, tapi nilai persahabatan jadi sandaran. Nama pun perlawanan persahabatan.

Ucapan Pengerusi KRUT

Ucapan Pengarah Program Menyeru Muslimin: Jangan lupa datang qiamullail bulan hadapan pada 3-4 Mac 2012 di Masjid An-Nur, Tuaran.

Thursday, February 2, 2012

Tawaran Hebat Menenti Anda! Qiamullail & Program Menyeru Muslimin

Assalamualaikum W.B.T
InsyaAllah KRU Cawangan Tuaran akan mengadakan Qiamullail Bulan Februari
  dan Program Menyeru Muslimin pada ketetapan berikut :


Qiamullail
Tarikh : 4-5 Februari 2012
Tempat : Masjid An-Nur Tuaran
Masa pendaftaran : 5.00 petang
Yuran Qiam : RM1
Ceramah : Kekasih yang Dirindu

Program Menyeru Muslimin
Tempat : Masjid An-Nur Tuaran
Tarikh : 5 Februari 2012
Masa pendaftaran : 7.00 pagi
Yuran : RM1/individu/1 permainan
Acara-acara yang dipertandingkan Perlawanan Pesahabatan :
1. Futsal
     Syarat : 1. 7 orang satu kumpulan (5 orang pemain, 2 orang pemain simpanan)
2. Nasyid
    a. kategori Solo
        Syarat :  Tidak melebihi 15 minit
    b. kategori Berkumpulan
        Syarat : 1.Tidak melebihi 15 minit
                     2.Jumlah ahli 2 hingga 9 orang
         (Penggunaan alat muzik yang bersesuaian dibenarkan)


3. Treasure Hunt 
     Syarat : 1. 5 orang 1 kumpulan 


4. Chess
    Syarat : Individu

5. Mewarna
    Syarat : 1. Berumur 5 hingga 12 tahun
                 2. Bawa warna sendiri


Futsal, Nasyid, Treasure Hunt & Chess terbuka kepada remaja muslimin.

Mewarna terbuka kepada adik-adik muslimin & muslimat.

 Hubungi : 0198950456 sarah               

Wednesday, January 25, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran


Boring! Bosan!
Ada yang mengungkapkan  : “Boring la hidup ni” Kalimah “bosan” dilotarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata. Nauzubillah minzalik,moga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian.


Alhamdulillah. Dengan  izin dari Allah dan  kesempatan cuti  bersempena Tahun Baru Cina memberi peluang untuk Bengel Pengurusan Organisasi KRU Tuaran dilaksanakan. Hari Isnin menjadi pilihan,23 Januari 2012. Bengkel yang julung kalinya diadakan ini menerima 18 orang ahli yang  juga pimpinan KRU Tuaran sebagai peserta . Antara objektifnya ialah untuk  meningkatkan kemahiran memimpin,kesetiausahaan dan pengurusan kewangan,menerapkan kecekapan pengurusan masa dan memupuk semangat kerja berpasukan. Pelbagai modul disediakan bagi memastikan objektif tercapai. Rasa tidak mencukupi untuk belajar semua dalam sehari yang praktikalnya dilaksanakan sepanjang tahun. Namun tetap yakin  dan percaya“Practise make perfect” insya-Allah.


Bengkel bermula dengan  ceramah “Pengurusan Kepimpinan Dalam Islam” yang disampaikan oleh Cikgu Fairuz Bend. Mengingatkan kita bahawa Nabi Muhammad adalah  contoh terbaik dalam memimpin tidak hanya diakui oleh kawan tetapi juga lawan.Nabi mengingatkan kita dalam Hadisnya :

        “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu

Dalam solat juga telah ada panduan kepimpinan yang jika dilaksanakan dengan sempurna akan mendidik kita menjadi manusia yang berdisiplin dan berkepimpinan. Dalam ceramahnya,beliau turut berkongi pengalaman  sepanjang bergelar pemimpin sewaktu berada di alam persekolahan sehinggalah sekarang.  Pesannya “Jangan takut buat  silap sebab kita belajar dari kesilapan”. Renung-renung  dan fikir-fikirkanlah..


Seterusnya diikuti dengan LDK 1 iaitu Ta’aruf,LDK 2 pengurusan MT dan Lajnah (penerangan fungsi MT & Lajnah,penerangan isi kandungan fail setiap MT & Lajnah,penerangan fungsi MT & Lajnah semasa Qiam,brainstorming pemantapan Lajnah dan pembentangan). Manakala LDK 3 pula merungkai salah satu faktor kekuatan sesebuah organisasi iaitu Ukhwwah/persaudaraan. Selemah-lemah ukuwwah ialah bersangka baik!..LDK 4 bermodulkan SRTAW DALAM CAWAN yang menginginkan peseta bijak dalam merancang strategi dan melatih pemikiran yang kreatif. LDK 5 pula lebih kepada praktikal iaitu peserta dikehendaki membuat kertas kerja dan laporan program. LDK terakhir menekankan tentang pentingnya untuk Tsiqah kepada pemimpin/taat. Kena mempercayai ketua walaupun berada dalam bahaya...kerana DIALAH KETUA!!


Bengkel berakhir petang itu dengan perasmian penutupan oleh Presiden PSS sendiri,Cikgu Fairuz Bend. Setiap MT dan Lajnah dibekalkan dengan fail masing-masing sebagai amanah. Ibaratnya “Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air" segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi,maka diri sendirilah penentu sama ada perahu akan bergerak atau terus karam. Tidak dinafikan,PEMIMPIN itu satu AMANAH dan AMANAH itu merupakan perkara paling berat di dunia. Mampu atau tidak kita menggalasnya,itu soal kedua. Apa yang penting adalah laksanakan amanah itu dengan sebaiknya!

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba,mereka jugalah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.” (Surah al-Dhariyat 51:5). Allah juga berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah 2:30) .Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat..mudah-mudahan.








 Penyerahan Fail kepada setiap MT & Lajnah



Bulatan Percaya




 Dialah Ketua


Syukran jazilan kepada PSS Tuaran,IPG Kent,guru PASTI dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kesungguhan dan penat lelah kalian amat kami hargai dan moga Allah menerimanya sebagai amalan soleh disisiNya. Abang-abang dan kakak-kakak...Mohon tunjuk ajar berterusan!