Footer Right Content

Friday, June 22, 2012

Kem Putera Islam


"Kalau nak lihat masa depan negara, lihatlah pemuda hari ini” -Saidina Ali
Merenung bicara Saidina Ali di atas tidak memungkinkan kita untuk berpangku tangan atau berpeluk tubuh tanpa bertindak tatkala melihat pelbagai masalah yang sedang melanda remaja masa kini. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja di depan mata kita, di sekeliling kita. Sedangkan kita mengimpikan “baldatun toiyibah warabbun Ghafur” (Negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah Yang Maha Pengampun".
Melihat kesediaan para peserta Kem Putera Islam yang berlangsung pada 15-17 Jun 2012 di SMKT untuk berubah menjadi lebih baik, terbit dalam sanubari bahawa mereka ini mahukan kebaikan cuma terkadang mereka tidak nampak jalannya.Mereka perlukan suntikan agar tidak leka dibuai mimpi-mimpi indah tanpa berpaksikan keimanan. Sepanjang berprogram tampak bintang-bintang yang menyerlah berkelipan dikalangan jiwa-jiwa muda ini. Pasti mereka dahagakan bimbingan berterusan. Bagaimana?
Sungguh,tiada kata yang layak dilafazkan melainkan puji-pujian kehadrat Allah SWT, Alhamdulillah. Melihat kelompok sahabat-sahabat AJK yang komited menjalankan tugas masing-masing. Kehadiran ‘pemain-pemain import’ @ para fasi yang kreatif dan dedikasi. “Grrrrrr….sambil mengeleng-gelengkan tangan”  dek ada yang tampak pelik pada sudut pandang mereka. Kupasan ceramah, kuliah dan pengisian keseluruhan yang mantap dan menepati objektif program jelas berjaya membuahkan Kem Putera Islam  yang hebat. Berjaya memecah tembok kealpaan.
Tertarik dengan Kuliah Maghrib hari kedua yang menyatakan ada tiga perkara menarik yang ada di Tamparuli. Pertama, Jambatan Tamparuli. Kedua, Rumah Terbalik. Ketiga, cuba teka? Membuka mata, minda dan hati. Jom kita cari, baca dan garab nilai ilmu novel IMAM. Sesiapa yang dah jumpa jangan lupa kongsi-kongsikan.
Hari terakhir, 15 orang peserta putera mendaftar diri untuk menyertai Program Titian Kasih di Kampung Sungai Damit pada 23-24 Jun ini. Jatuh cinta pandang pertama dengan kerja DAKWAH. Syukur pada-Mu Ya Allah. Sirami dan bajai cinta itu agar tumbuh subur, mekar, mewangi memenuhi bumi Tamparuli khususnya dan Sabah amnya. Dakwah Itu Cinta.
Sekalung tahniah buat sahabat-sahabat dari politeknik, KRUKK, PRA-U SMKT dan tidak dilupakan sahabat-sahabat KRUT serta abang-abang dan kakak-kakak PSS. Jazakallah khairan kathiran.
Ole-ole istimewa untuk adik-adik peserta kem:
Nabi SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)
*************
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, MUDA SEBELUM TUA dan hidup sebelum mati.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
**************
Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana UMUR MUDA kamu habiskan?
***************
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok (Masa Depan)”

AYUH REMAJA ISLAM, BANGKITLAH DARI LENA MU!!!!!
 Fokus
 
 Peri pentingnya niat

 Mantapkan aqidah

 Langkah masih sumbang....:(

 Remaja & Perjuangan
 Pertandingan memasak tanpa api

 Para juri sedang menilai hasil masakan peserta muslimin dan gubahan peserta muslimat
 

 Sedarlah
 Latihan Malam Gala

 Riadah


 Slot penghayatan
 Larian berhalangan



Hehe....
 Ucapan Penutup Penghulu Kem
Kem Putera Islam turut dihadiri oleh peserta jemputan, puteri. Manfaatkan peluang yang ada.

 Pertandingan Gubahan

 Lain juga kapal Kak Nor tu.....

Jambatan ukhuwwah:-)
Sejenak bersama Kak Husna


0 comments: