Footer Right Content

Friday, January 20, 2012

MULAKAN HIDUP BARU, 2012

Ibnu Mas,ud: “…Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tapi amalanku tidak bertambah…”.
Justeru, mari bersama kita tingkatkan amalan kita. Tidak kira hitungan setahun menggunakan kalendar hijrah atau pun kalendar masihi yang nyata usia kita pasti meningkat. Biarlah peningkatan usia kita seiring dengan pertambahan amalan kita.
Usia kita meningkat, usia KRU yang menjadi gelanggang dakwah dan tarbiyyah kita juga  turut meningkat. Kita yang menjadi ahlinya,maka kitalah yang memacu arah tujunya dengan bimbingan dan tunjuk ajar abang-abang dan kakak-kakak PSS.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KRU Tuaran 2012/2013  yang berlangsung pada 15 Januari 2012 sempena Qiamullail Bulanan Pertama tahun ini pada 14-15 Januari 2012 menampikanl banyak wajah-wajah baru pimpinan KRUT. Wajah-wajah inilah yang bakal mewarnai persana kecemerlangan KRUT. Jatuh bangunnya KRUT bergantung kepada komitmen mereka yang memimpin dan kita yang dipimpin. Setiap daripada  kita mesti sanggup menjadi pemimpin yang adil dan pengikut yang baik. Buatmu para pimpinan pengayuh dah ada ditangan, sampan dah di laut, maka mulakanlah kayuhanmu. Berhati-hatilah semasa mengayuh kerana setiap kayuhanmu itu akan dipersoalkan. Jadikan TAQWA dan IKHLAS asas kayuhanmu.
Mari kita renung bersama ucapan mantan Pengerusi KRU Tuaran 2008-2011:
Bismillahirrahmannirahim

Alhamdulilahi rabbil alamin wassola tu wassolamu alaa saidina muhammad wa alaa alihi wasohbihiajmain.

Terima kasih adik Pengerusi Majlis. Yang dihormati wakil PSS Pusat,  Pengerusi PSS Tuaran Saudara Kholis , Majlis Tertinggi KRUT 2011/2012, AJK-AJK Qiam dan adik-adik KRU yang dihormati dan disayangi sekalian.

assalamualaikumwarahmatullahhi wabarokatuh,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan waktu yang ada bagi saya menulis cinta kepada adik2 KRU yang disayangi sekalian dalam program Mesyuarat AgungTahunan KRU Tuaran 2012/2013 ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada PSS Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT sepanjang tahun 2011. Saya memohon maaf atas kelemahan saya kerana tidak dapat membantu dalam menjayakan program-program KRUT dan PSS Tuaran. Terima kasih saya ucapkan juga kepada ahli PSS Tuaran dari IPG Kent, Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT, terima kasih.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Tertinggi  KRU Tuaran kerana turut berhempas pulas unutk melaksanakan program yang dirancang dalam takwim KRUT 2011. Pertama kalinya, saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan bantuan 100% kepaad program-program KRUT dan PSS Tuaran. Tetapi saya amat gembira melihat semangat ukhuwwah dan kerjasama yang wujud dalam kalangan MT KRUT untuk melaksanakn aktiviti KRUT. Ini adalah semangat berpasukan yang perlu dicontohi oleh adik-adik KRUT dalam membuat gerak kerja dakwah iaitu perlu ada teamwork dalam menyebarkan Islam di bumi Tuaran yang bertuah ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada adik-adik KRUT yang istiqamah dan selalu mengikuti aktiviti KRUT yang dilaksanakan pada tahun 2011. Terima kasih kerana sudi datang ke AGM KRUT 2012/2013 ini. Saya harap adik-adik KRUT bakal menjadi mata-mata rantai perjuangan dalam membawa Islam di tuaran yang tercinta ini.

"WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN. JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU" (QS. MUHAMMAD,47 : 7)

Para hadirin sekalian,
Ingin saya mengambil kesempatan ini unutk menceritakan sedilkit sejarah KRUT  yang mahu masuk 5 tahun usia penubuhannya. Adik-adik perlu tahu pengerusi pertama KRUT ialah Nazran Arbaa dan saya sebagai Timbalan pengerusi pada penghujung tahun 2007. Pada tahun 2008, saya  menjadi  pengerusi KRUT kerana Nazran Arbaa melanjutkan pengajian ke IPT. Mungkin agak lama juga saya menjadi Pengerusi KRUT  tahun sejak tahun 2008 - 2011. Kini tiba masa bagi saya memberikan peluang kpd pelapis-pelapis KRUT yang berkaliber dan saya sangat mengharapkn ada corak perubahan yang dibawa oleh pelapis-pelapis ini dalam gerak kerja dakwh di Tuaran. “Patah tumbuh, hilang berganti’

Akhir sekali, saya rasa masih sempat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 pada semua. Harapan saya agar tahun baru ini menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan dan agar sentiasa mencipta kejayaan di Tuaran yang bertuah ini. Kita mulakan hidup baru untuk tahun baru ini. Sekian.

Perancangan penting. Rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang. Semasa AGM semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima pakai Takwim Aktiviti KRU Tuaran 2012. Ayuh bersama-sama kita menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini. "Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah." (Ali Imran:159)

Demi memastikan agar setiap aktiviiti yang telah dirancang ini terlaksana, kerjasama daripada semua ahli KRUT amatlah diharapkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pastikan ikatan ukhuwah sentiasa bersemi di jiwa-jiwa kita. Sempena usaha memantapkan ukhuwah ini juga satu majlis ringkas telah diadakan pada 2 Januari 2012 sebelum ada dikalangan ahli yang pergi merantau semula. Buat yang merantau teruskan kembara ilmu dan dakwah walau di mana jua berada. Jadilah umpama “benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau?” Buat yang tinggal teruskan perjuangan di bumi sendiri. “Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”.

Ceramah oleh Saudara Zulhilmey Mahmud


Belakang tabir persediaan AGM


Penyampaian cenderahati buat perasmi, Saudara Azizul Julirin (Setiusaha Agung PSS Pusat)

Dulu dibawah Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan, kini Pengerusi KRUT


Setiausaha sementara

Kepada semua MT dan ahli lajnah organisasi KRU Tuaran 2012/2013 sila hadirkan diri & jiwa raga ke
Program Bengkel Pengurusan Organisasi
pada 23 Januari 2012
di Masjid An-Nur Tuaran

"PEMIMPIN ISLAM PROFESIONAL"

Friday, January 13, 2012

Ahlan wa Sahlan Qiamullail dan AGM KRU Tuaran 2012

Assalamualaikum w.b.t.
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, InsyaAllah Qiamullail Januari kali yang akan membuka tirai tahun 2012 Masihi dan Annual Genaral Meeting Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan diadakan pada ketetapan berikut. Kehadiran adalah terbuka dan ahli-ahli KRU yang lama mahupun yang baru adalah sangat dialu-alukan.



Tarikh : 14-15 Januari 2012 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Masa : 5.00pm (14hb) sehingga 11.00am (15hb)
Yuran : RM1.00 seorang

Keterangan lanjut sila hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456
Bersama kita mengimarahkan rumah Allah.
Datang jangan tak datang!!!
 
 

Tuesday, January 10, 2012

SELAMAT TINGGAL 2011

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Masa terus bergerak pergi meninggalkan kita. Tidak pernah menunggu kita. Tahun 2011 telah pun beberapa hari meninggalkan kita dengan warna-warni tersendiri. Jika diimbas semula terlalu banyak nikmat kurniaan Allah buat kita  dari awal tahun hinggalah akhir tahun. Tidak terhitung. Nikmat iman, nikmat Islam, nikmat rezeki, nikmat ukhuwah. Alhamdulillah. Firman Allah,
{لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيْدَنَّكُمْ وَ لَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ}
"Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim [14]: 7)

Detik-detik terakhir 2011 menyimpan memori kenangan manis buat kita semua. Tarikh 11 Disember 2011 menjadi saksi program anak angkat bukan sekadar merapatkan tali persaudaraan anak angkat dengan keluarga angkat tapi juga penghubung silaturrahim antara keluarga kandung anak angkat dengan keluarga angkat. Kunjungan keluarga kandung anak angkat diterima dengan hati terbuka oleh keluarga angkat.

Sementara penyertaan ISC pada 16-18 Disember 2011 dari KRU Tuaran menampilkan barisan anak-anak muda yang mantap dan bersemangat waja. Bergabung dengan anak-anak muda dari Kota Kinabalu, Sipitang dan Beaufort yang juga hebat-hebat belaka. Bangkitlah mujahid bangkitlah. DAKWAH ITU CINTA.


Selain itu, Qiamullail Bulanan KRU Tuaran bagi bulan Disember buat julung kali berjaya keluar dari kepompong, terbang bertapak di Masjid Kg. Indai, Tuaran pada 22-23 Disember 2011. Sekaligus dengan pelaksanaan Program Jelajah Dakwah. Praktikal ilmu yang dikutip sepanjang ISC. Di sini jugalah kita disatukan semula setelah berjauhan dan dihambat kesibukan.

Akhirnya, menjelang 30-31 Disember 2011 Program Kg. Angkat ke-3 menjadi program penutup tirai PSS dan KRU Tuaran bagi tahun 2011. 1 Tahun 1 Kg. Angkat. Jika 2 kampung sebelum ini perkampungan Bajau “Mangan Nyak Mangn Asal Do Kurung-kurung”, kini menembusi perkampung Dusun pula iaitu Kg. Kiwoi, Tamparuli. Mahu tidak mahu kena tahu juga memboros Dusun, akori-kori pun jadilah. Menariknya kali ini, ada adik KRU cilik (KRU Tunas) turut menjadi peserta/anak angkat. Syabas! Walau hanya dua hari, cukup bermakna. Tahun depan? Ada desas-desus mahu buat di perkampungan Bugis. Agakariba orang Bugis? Di mana perkampungan Bugis di Tuaran?

‘Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti’. (QS al-Hujurat [49]: 13).










 Ceramah : Muhasabah 

 Kuliah Maghrib

 Persembahan nasyid


 Peserta termuda, 10 tahun, bakal pewaris sarah, AJK jualan.



Dakwah Ini Cinta (^ _ ^)

Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)

Friday, December 30, 2011

Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5) 2011

Ikrar Remaja Islam!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan.

ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.

Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!

'Kami datang dengan harapan!'

Untuk melahirkan kepimpinan pada masa hadapan, kita perlu melalui pelbagai suasana yang luar biasa dari kebiasaan yang ada. Program sebegini; ISC adalah salah satu cara dan kaedahnya. Segala kesusahan, kepenatan dan bermacam lagi cabaran akan mengajar kita untuk sentiasa bersabar, berkeperibadian dan optimis untuk memperbaiki sahsiah diri.

Lima tahun  penganjuran ISC telah banyak melahirkan insan-insan yang mampu berdakwah dan menjadi role model kepada masyarakat di luar sana. Bukan mudah untuk berada di atas jalan ini, apatah lagi untuk terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun, semua itu bukan sesuatu yang mustahil andai kita tekad dan saling ingat-mengingati antara satu dengan yang lain. 

Mendengar taklimat program.

'Suapan pertama untuk sahabat'. Indahnya ukhuwah!

Malam 1 Bintang! Siok tau.

Saff yang tersusun kukuh!

Penampilan istimewa ISC, Imam Muda Ali.

Buat barisan Ahli Jawatankuasa ISC G5, fasilitator dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, jazakallah khairan kathira. Pengorbanan kalian sama ada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, masa mahupun wang ringgit amat kami hargai. Moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebahagian AJK yang bertungkus-lumus dalam gerak kerja.

Buat para peserta ISC G5, manfaatkanlah ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua! Once again, tahniah buat semua yang terlibat!

Sampai jumpa lagi tahun hadapan! InsyaAllah.


ISC! Dakwah itu C.I.N.T.A!



Wednesday, December 28, 2011

Mari Bersilaturrahim di Kg Kiwoi!!



Assalamualaikum w.b.t
Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Program Titian Kasih(anak angkat)
anjuran PSS&KRU Tuaran bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :


Tarikh : 30-31 Disember 2011 (Jumaat-Sabtu)
Tempat  : Kg Kiwoi,Tamparuli
Masa : 2.30pm(30dis) hingga 12.30pm(31dis)



Semoga segalanya berjalan lancar. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian. Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam melakukan ketaatan kepadaMu dan dalam agamaMu.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat!

Friday, November 18, 2011

Penubuhan KRU Beaufort

Thursday, November 17, 2011

KRIS BEAUFORT