Footer Right Content

Tuesday, February 16, 2010

BIASAkan Yang BETUL dan BETULkan Yang BIASA….???

Hari ini, tiba-tiba ana terpanggil untuk menulis sebuah penulisan yang diberi tajuk seperti diatas iaitu BIASAKAN yang BETUL dan BETULKAN yang BIASA. Sebelum ana kupas dengan lebih lanjut tentang apa yang ana hendak sampaikan dalam perkongsian pada kali ini, ana mengambil kesempatan untuk memanjatkan jutaan kesyukuran kepada Allah diatas segala-galanya termasuklah memberikan ilmu kepada ana yang jika dibandingkan dengan ilmu Allah, ilmu manusia ini hanya diibaratkan daun yang dicelup ke dalam air laut.

Air laut yang luas itu menggambarkan luasnya ilmu Allah. Manakala, sisa air yang ada pada daun tadi apabila diangkat dari air laut itulah ilmu manusia yang sedikit sekali. Ilmu manusia sedikit itu juga tidak akan diperolehi melainkan dengan izin Allah. Oleh itu, kita harus sedar akan kerdil dan hinanya diri kita ini jika dibandingkan dengan Pencipta kita yang memiliki segala sifat kesempurnaan, subhanallah. Maka, tidak seharusnya kita membelakangi Allah dalam apa jua urusan kita. Letakkanlah Allah sebagai priority dalam menjalani kehidupan kita ini. Jangan sesekali sombong kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada manusia.

Syukran juga ana ucapkan kepada akhi ana yang turut memberi idea untuk ana. Ternyata assignment akhi suruh buat banyak manfaat bagi diri ana sendiri, insyAllah. Tidak dilupakan kepada sahabat2 kesayangan ana yang turut terlibat memberi idea untuk ana kongsikan di blog ini. Sahabat kesayangan ana pernah berkata perkara biasa yang tidak seharusnya dibiasakan. Pada ketika itu, ana masih keliru dengan kata-katanya.


Tapi pada hari ini, insyAllah ana semakin mula mengerti. Ana pernah menulis tentang keindahan ukhuwwahfillah yang pernah ana rasai. Beberapa detik tadi, sahabat kesayangan ana mesej untuk bertanyakan soalan berbunyi ‘Ukhuwwah diantara muslimin dan muslimat? .’ Syukran ana ucapkan kepada sahabat ana kerana jika persoalan itu tidak dikemukakan perkara yang dianggap biasa oleh muda mudi zaman ini akan terus diamalkan dan tidak dibetulkan.

BerTEMAkan BETULKAN yang BIASA dan BIASAKAN yang BETUL membawa maksud pergaulan bebas antara berlainan jantina yang bukan mahram seperti yang diperlihat di media elektronik pada masa kini dan dianggap betul dan biasa sebenarnya adalah SALAH dan HARAM mengikut Islam. Dalam Islam, pergaulan lelaki dan muslimat itu ada batasnya. Menjawab persoalan ‘Ukhuwwah diantara muslimin dan muslimat itu, sebenarnya tidak dinafikan setiap insan di dunia memerlukan sahabat untuk berkongsi dan berbincang. Persahabatan bermula dengan ta’aruf (perkenalan).

Setelah itu, jika terdapat kesamaan idea, gagasan, prinsip, gaya hidup, keminatan dan harapan, maka, timbullah rasa kebersamaan, kekongsian dan keterbukaan untuk mencurahkan suara hati. Oleh itu, sahabat mempunyai kedudukan khusus di dalam hati sahabatnya.

Persahabatan antara lelaki dan perempuan atau muslimin dan muslimat yang bukan mahramnya, dalam banyak keadaan tidak terjamin ketulusan dan kemurniannya. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan untuk memiliki sahabat tersebut. Sama ada muslimin atau muslimat yang bersahabat tadi sudah pasti merasai timbulnya rasa cinta yang akan mengundang bisikan syaitan untuk mereka lebih mengintimkan hubungan mereka, bukan sahaja hubungan perbincangan malah hubungan hati, perasaan dan fizikal.


Imam Ibnu Qayyim menyatakan cinta itu semuanya terpuji dan tidak tercela. Ia bergantung kepada konteksnya. Imam Ibnu al-Jauzi pula menjelaskan bahawa kecintaan, kasih sayang, dan ketarikan terhadap sesuatu tidaklah merupakan hal yang tercela. Tetapi cinta yang melewati batas sehingga menguasai akal dan mendorong kepada maksiat itulah cinta yang terlarang.

“La taqrobuzzina” iaitu jangan hampiri zina jelas menyuruh kita menutup apa jua cara atau langkah yang boleh membawa kita menghampiri zina. Ertinya, kita harus sentiasa berwaspada dalam bab ikhtilat ini. Kajilah dengan sedalam-dalamnya terutama jika kita terlibat dengan gerak kerja da’wah. Ana masih ingat pesan sahabat kesayangan ana. Dia berkata, ikhtilat jangan dipandang ringan terutama dalam kalangan penggerak kerja Islam.

Jangan sampai ikhtilat yang tidak dijaga oleh seorang penggerak kerja islam, bahananya kepada ketidakkeberkesanan dan kegagalan da’wah yang dibawanya melalui program. Program yang berkat menjadi tidak berkat gara-gara ikhtilat tidak dijaga. Harus diingatkan juga, da’wah tidak boleh dijadikan alasan untuk sukar menjaga ikhtilat. Semuanya itu kembali kepada tuan/puan/encik/cik empunya diri. Jadikanlah maksud ayat 6 Surah Tahrim sebagai pegangan iaitu ‘Hai orang-orang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…’ agar diri sentiasa terpelihara dari pelbagai aspek dan kita bertindak berpandukan syariat Islam, insyAllah.


Akhir kata, tegasnya, tiada istilah persahabatan muslimin dan muslimat berpandukan apa yang dirungkaikan sebentar tadi dan perenggan terakhir ini. Seorang murid telah bertanya kepada penulis buku ‘Cinta IPT’ melalui email : Ustazah, saya tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, namun tidak dapat dinafikan ketika berada dalam alam remaja ini, kita akan cenderung untuk berteman pada seseorang yang berlainan jantina…So what if I like someone, camna nak kawan dengan dia?’. Jawapan ustazah tersebut bagi ana secara peribadinya mantap dan padat. Ustazah menjawab dengan ringkas, ‘If u really like someone, u must think about her/his pride..We want to protect him/her from ‘FITNAH’ right? So u should STAY AWAY FROM HIM/HER AS FAR AS POSSIBLE & SAY YOUR PRAYER TO ALLAH. LET ALLAH ARRANGE AND DECIDE WHETHER IF BOTH OF U MEANT TO BE TOGETHER OR NOT..THATS THE WAY WE SHOULD DO WHEN WE LOVE SOMEONE…’.

Pesanan ana untuk sahabat-sahabat ana… ‘Dengarilah sahabatku, Allah memujukmu, at-toyyibat littoyibin, annur ; 26…iaitu wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik dan sebaliknya..telah tercatat seungkap nama pasanganmu di Luh Mahfuz untukmu. Cuma PERIBADINYA ditentukan oleh sejauh mana KETINGGIAN PERIBADIMU..jika kau berada di atas jalan yang diredhai Allah, insyAllah, si dia turut berada di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Ilahi nescaya cinta lelaki soleh/wanita solehah turut kau miliki….

Oleh itu, BETULKAN yang BIASA dan BIASAKANLAH yang BETUL...:)

Sunday, February 7, 2010

Akan datang: BPO kali ke-2 KRU KB


Assalamu'alaikum... salam ukhwah fillah...

Insya' Allah...Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) kali ke-2 KRU KB akan di adakan pada:

TARIKH : 14 Feb 2010
MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang

YURAN : RM2.00


Tempat akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan adalah kepada semua ahli jawatankuasa KRU KB 2010 dan 4 orang wakil KRU setiap sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sempen, SMARD, SMATS, Semtasi dan Pekan II.

Harap maklum...

Wednesday, February 3, 2010

Wajah baru LOGO KRU

Alhamdulillah. Syukur dan puja buat Allah SWT…

Untuk makluman MT Penyelaras KRU dan ahli-ahli KRU, logo rasmi yang akan diguna pakai bermula pada hari ini (1 FEBRUARI 2010) adalah seperti yang tertera pada grafik di atas.

Keputusan ini muktamad berdasarkan perbincangan dengan juri-juri yang ada.

Buat adik2 dan sahabat2 yang bersusah payah memberi cadangan dan rekaan, saya ucapkan "Terima Kasih Banyak-Banyak".. Allah sahaja yang layak memberikan balasan..

Kepada PIC untuk baju rasmi, anda sudah boleh gerakkan cetakan baju dengan adanya logo ini.. Maaf jika banyak bertangguh sebelum ini..

Insya Allah, akan datang saya masih memerlukan idea dan buah fikiran anda semua untuk mencadangkan Lagu Rasmi KRU.

Sekian, 'alaikassalaam

Saturday, January 30, 2010

Qiam Januari KRUKB 2010

29-30 Jan 2010
Masjid Pekan KB
Alhamdulillah...program bulanan ini dapat diteruskan untuk tahun ini. Walaupun kehadiran agak sedikit berbanding program2 sebelum ini disebabkab kesibukan persekolahan pada awal tahun ini namun program bulanan ini dapat dijalankan juga dengan baik. Tahniah dan terima kasih buat AJK pelaksana.Program qiamullail pada tahun ini agak berlainan dengan program qiamullail tahun lalu kerana terdapat beberapa pembaharuan seperti quiz akademik yang dimulakan dengan subjek SEJARAH pada Januari ini. Pertandingan quiz ini dimenangi oleh SMK Arshad, tempat kedua SMK Pekan II, tempat ketiga SMKA Tun Said dan saguhati SMK Taun Gusi dan SMK Pekan. Selain itu, aktiviti amal kebajikan juga dilaksanakan yakni membersihkan kawasan masjid termasuk bilik air.
mujahiden KB
Untuk acara kemuncak iaitu majlis penutupan diadakan penyampaian hadiah untuk pemenang quiz, pelancaran tabung KRUKB dengan penyerahan tabung kepada pengerusi KRUKB oleh pengerusi PSSKB. Akhir sekali ialah pelancaran kumpulan nasyid KRUKB yang sempat memperdengarkan beberapa buah lagu nasyid sebelum lambaian ukhwah.
pelancaran tabung KRUKB
Semoga bertemu lagi untuk program qiamullail akan datang. Siap sedia untuk menjawab soalan quiz. Ajak rakan2, kawan2 dan sahabat2 yang lain!

Monday, January 25, 2010

Qiamullail KRUKK pertama 1431H/2010M



Assalamua'laikum Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian.

Alhamdulillah, pada 23-24 Januari 2010 Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program bulanan KRU iaitu qiamullail pertama tahun 1431H/2010M bertempat di Masjid Universiti Malaysia Sabah. Tema Hijrah&Akademik untuk julung kalinya telah berjaya menarik ramai ahli KRU khususnya dari Kota Kinabalu dan Tuaran untuk turun padang bersama meraihkan aktiviti.


Sekalung penghargaan khas buat para peserta merangkap ahli KRU yang sanggup berkorban masa meluangkan cuti hujung minggu untuk mengikuti program KRU. Dengan izinNya, penyertaan Qiam promosi bulan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai sekolah seluruh Kota Kinabalu. Antaranya peserta dari SMK Inanam, SMK Tobobon, SM Shan Tao, SMK Putatan, Maktab Sabah, SMP Likas, Stella Maris, St. Conve
nt Francis, All Saint dan SM Sains Sabah.



Syabas dan tahniah buat para AJK pelaksana yang rela hati bertungkus-lumus dalam memastikan program berjalan dengan baik. Alhamdulillah, bilangan ahli KRU yang berminat untuk turun padang bergerak keras bersama semakin meningkat bilangannya. Diharap para AJK menjadikan segala perkara yang berlaku sepanjang program kali ini sebagai jaminan untuk lebih cemerlang pada setiap aktiviti akan datang.

Semoga ada manfaat yang kita perolehi bersama daripada program pada kali ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan dari pihak pelaksana. Jom, hijrah bersama! Jumpa lagi pada program qiam bulanan akan datang..insya-Allah ;)




"Trasformasi Menuju Misi"

Wednesday, January 20, 2010

Grab the opportunities!!


It’s come back!! Once in a month, please join us…

Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan diadakan untuk julung kalinya pada tahun 2010 ini. Butirannya adalah seperti berikut :

Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran
Tarikh : 30hb dan 31hb Januari 2010
Masa : 5.00pm (30hb) hingga 10am (31hb)

Marilah bersama-sama mengimarahkan rumah Allah iaitu masjid dengan mengikuti program ini. Jika anda berminat untuk mengikutinya, mohon kerjasama anda untuk memaklumkan kepada wakil pihak kami agar memudahkan kami melihat jumlah peserta yang hadir. Anda bolehlah memaklumkan kepada saudari Nurizzatie (0148751198) selewat-lewatnya pada 27hb Januari 2010. Rebutlah peluang ini…!!!


Daripada Abi Hurairah, dia berkata Nabi Muhammad bersabda : Pada SETIAP MALAM, Allah turun sampai ke langit dunia yakni perkara itu berlaku ketika 1/3 atau sepertiga (jam 4@5 pagi) daripada malam…

Allah berfirman : Pada waktu itu, Sesiapa yang ada nak doa apa-apa padaKU, AKU jamin AKU akan perkenankan doanya. Sesiapa yang nak minta apa-apa dengan AKU, AKU akan beri apa yang dia minta. Sesiapa yang nak minta ampun dengan AKU, AKU akan ampunkan dirinya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Thursday, January 14, 2010

Hijrah Bersama KRUKK.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua'laikum W.B.T

Perhatian kepada semua sahabat-sahabat pengunjung, khusus kepada sahabat-sahabat KRU.. Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Qiamullail bulanan pada Januari ini seperti butiran yang berikut;

Tarikh: 23-24 Januari 2010
Tempat: Masjid UMS, Kota Kinabalu
Masa pendaftaran: 5 pm(23 Jan 10)
Sasaran peserta: Pelajar tingkatan 3-6
Tarikh tutup penyertaan: 20 Januari 2010.

Qiam kali ini bertemakan Hijrah&Akademik. Penyertaan adalah percuma sempena promosi qiam KRUKK untuk kali pertama pada 1431H/2010M

Individu yang berminat bolehlah menghubungi saudara Hannafi, 013-8987395 ataupun saudari Insyirah, 013-5509496 agar pihak kami dapat memastikan jumlah penyertaan sebenar. Ini bagi menjamin kelancaran dan keselesaan peserta sepanjang program.

Jom sahabat-sahabat, kita berhijrah ke arah yang lebih baik dari segala aspek untuk mencapai redha Allah. Akademik Nombor 1! Tapi dakwah bukan yang ke-2 :)