Ikrar Remaja Islam!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan.
ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.
Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!
'Kami datang dengan harapan!'
Untuk melahirkan kepimpinan pada masa hadapan, kita perlu melalui pelbagai suasana yang luar biasa dari kebiasaan yang ada. Program sebegini; ISC adalah salah satu cara dan kaedahnya. Segala kesusahan, kepenatan dan bermacam lagi cabaran akan mengajar kita untuk sentiasa bersabar, berkeperibadian dan optimis untuk memperbaiki sahsiah diri.
Lima tahun penganjuran ISC telah banyak melahirkan insan-insan yang mampu berdakwah dan menjadi role model kepada masyarakat di luar sana. Bukan mudah untuk berada di atas jalan ini, apatah lagi untuk terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun, semua itu bukan sesuatu yang mustahil andai kita tekad dan saling ingat-mengingati antara satu dengan yang lain.
Mendengar taklimat program.
'Suapan pertama untuk sahabat'. Indahnya ukhuwah!
Malam 1 Bintang! Siok tau.
Saff yang tersusun kukuh!
Penampilan istimewa ISC, Imam Muda Ali.
Buat barisan Ahli Jawatankuasa ISC G5, fasilitator dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, jazakallah khairan kathira. Pengorbanan kalian sama ada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, masa mahupun wang ringgit amat kami hargai. Moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.
Sebahagian AJK yang bertungkus-lumus dalam gerak kerja.
Buat para peserta ISC G5, manfaatkanlah ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua! Once again, tahniah buat semua yang terlibat!
Sampai jumpa lagi tahun hadapan! InsyaAllah.
ISC! Dakwah itu C.I.N.T.A!