Footer Right Content

Wednesday, January 25, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran


Boring! Bosan!
Ada yang mengungkapkan  : “Boring la hidup ni” Kalimah “bosan” dilotarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata. Nauzubillah minzalik,moga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian.


Alhamdulillah. Dengan  izin dari Allah dan  kesempatan cuti  bersempena Tahun Baru Cina memberi peluang untuk Bengel Pengurusan Organisasi KRU Tuaran dilaksanakan. Hari Isnin menjadi pilihan,23 Januari 2012. Bengkel yang julung kalinya diadakan ini menerima 18 orang ahli yang  juga pimpinan KRU Tuaran sebagai peserta . Antara objektifnya ialah untuk  meningkatkan kemahiran memimpin,kesetiausahaan dan pengurusan kewangan,menerapkan kecekapan pengurusan masa dan memupuk semangat kerja berpasukan. Pelbagai modul disediakan bagi memastikan objektif tercapai. Rasa tidak mencukupi untuk belajar semua dalam sehari yang praktikalnya dilaksanakan sepanjang tahun. Namun tetap yakin  dan percaya“Practise make perfect” insya-Allah.


Bengkel bermula dengan  ceramah “Pengurusan Kepimpinan Dalam Islam” yang disampaikan oleh Cikgu Fairuz Bend. Mengingatkan kita bahawa Nabi Muhammad adalah  contoh terbaik dalam memimpin tidak hanya diakui oleh kawan tetapi juga lawan.Nabi mengingatkan kita dalam Hadisnya :

        “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu

Dalam solat juga telah ada panduan kepimpinan yang jika dilaksanakan dengan sempurna akan mendidik kita menjadi manusia yang berdisiplin dan berkepimpinan. Dalam ceramahnya,beliau turut berkongi pengalaman  sepanjang bergelar pemimpin sewaktu berada di alam persekolahan sehinggalah sekarang.  Pesannya “Jangan takut buat  silap sebab kita belajar dari kesilapan”. Renung-renung  dan fikir-fikirkanlah..


Seterusnya diikuti dengan LDK 1 iaitu Ta’aruf,LDK 2 pengurusan MT dan Lajnah (penerangan fungsi MT & Lajnah,penerangan isi kandungan fail setiap MT & Lajnah,penerangan fungsi MT & Lajnah semasa Qiam,brainstorming pemantapan Lajnah dan pembentangan). Manakala LDK 3 pula merungkai salah satu faktor kekuatan sesebuah organisasi iaitu Ukhwwah/persaudaraan. Selemah-lemah ukuwwah ialah bersangka baik!..LDK 4 bermodulkan SRTAW DALAM CAWAN yang menginginkan peseta bijak dalam merancang strategi dan melatih pemikiran yang kreatif. LDK 5 pula lebih kepada praktikal iaitu peserta dikehendaki membuat kertas kerja dan laporan program. LDK terakhir menekankan tentang pentingnya untuk Tsiqah kepada pemimpin/taat. Kena mempercayai ketua walaupun berada dalam bahaya...kerana DIALAH KETUA!!


Bengkel berakhir petang itu dengan perasmian penutupan oleh Presiden PSS sendiri,Cikgu Fairuz Bend. Setiap MT dan Lajnah dibekalkan dengan fail masing-masing sebagai amanah. Ibaratnya “Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air" segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi,maka diri sendirilah penentu sama ada perahu akan bergerak atau terus karam. Tidak dinafikan,PEMIMPIN itu satu AMANAH dan AMANAH itu merupakan perkara paling berat di dunia. Mampu atau tidak kita menggalasnya,itu soal kedua. Apa yang penting adalah laksanakan amanah itu dengan sebaiknya!

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba,mereka jugalah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.” (Surah al-Dhariyat 51:5). Allah juga berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah 2:30) .Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat..mudah-mudahan.








 Penyerahan Fail kepada setiap MT & Lajnah



Bulatan Percaya




 Dialah Ketua


Syukran jazilan kepada PSS Tuaran,IPG Kent,guru PASTI dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kesungguhan dan penat lelah kalian amat kami hargai dan moga Allah menerimanya sebagai amalan soleh disisiNya. Abang-abang dan kakak-kakak...Mohon tunjuk ajar berterusan!

0 comments: