Footer Right Content

Wednesday, June 29, 2011

Kem Remaja Islam KK 2011 : Citrakan Amal Islami

Memperkasakan peranan barisan intelektual dalam sama-sama mencapai pembangunan negara secara beriltizam dan bersepadu ke arah mengurus dan pembudayaan ilmu yang seimbang terhadap masyarakat dalam memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, Persatuan Siswazah Sabah sekali lagi menunjukkan kredibiliti dalam pembangunan insaniah dengan mengadakan Kem Remaja Islam 2011 yang bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah. Dengan berkonsepkan “ Citrakan Amal Islami”, program yang berlangsung selama 3 hari itu bermula dari 3 – 5 Jun 2011 telah di sertai seramai 95 orang peserta yang berusia di antara 12 – 17 tahun yang bukan sahaja di sertai oleh pelajar sekitar Sabah, namun turut di hadiri oleh pelajar dari Miri, Sarawak.
Pengarah Program, Saudara Mohd Al-Amin Hj Utoh Said ketika di tanyakan mengenai sambutan para peserta pada kali ini, memberitahu bahawa sambutan para pelajar sangat memberangsangkan sehinggakan ramai ibu bapa membuat panggilan meminta agar anak-anak mereka di masukkan ke dalam kem tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada di kalangan para pelajar yang datang secara tiba-tiba pada hari pendaftaran. Beliau melahirkan rasa kagum dan terharu di atas semangat tinggi golongan remaja di Sabah untuk menyertai Kem Remaja Islam pada kali ini sehinggakan ada yang sanggup datang dari Sandakan bersama dengan ahli keluarga.



Saudara Pengarah ketika menemubual seorang peserta termuda
Di antara pengisian pada program tersebut adalah kuliah dasar yang berkaitan dengan akidah, ibadat dan akhlak yang di sampaikan oleh para penceramah jemputan yang berpengalaman seperti Ustaz Mohd Jumat Abd Razak, Ustaz Haji Muchlish bin Ali Kasim dan Ustazah Suzana binti Saman. 3 konsep ini sangat di tekankan kepada para peserta sepanjang program ini samada ketika di beriadah mahupun aktiviti ‘explorace’. Selain itu, para peserta turut di dedahkan kepada qiammulail yang memerlukan para peserta untuk bangun malam untuk melakukan solat sunat tahajud,hajat,taubat,witir dan sebagainya.
Saudari TP Kris menyampaikan cenderahati kpd Ustazah Suzana @ Kak Jannah


Lafaz sumpah ketika aktiviti ‘explorace’

Para peserta di himpunkan terlebih dahulu sebelum di lepaskan untuk ‘explorace’



Salah satu modul di dalam riadah

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) merupakan aktiviti yang mengisi program tersebut di mana di kendalikan oleh para fasilitator yang berpengalaman. Pada kem kali ini, para peserta di beri penekanan mengenai konsep imam muda yang perlu di tanam di dalam diri setiap peserta bagi menjadi seorang muslim yang sejati dalam mencitrakan amal islami.

Imam Muda yang bersemangat dalam mengeluarkan hujah

Peserta muslimah yang bersemangat dalam menyanyikan lagu tema program

Salah satu modul di dalam latihan dalam kumpulan
Pada malam kemuncak program, para peserta di kejutkan oleh sebuah pementasan teater “Palestin Bumi Islam” yang di kendalikan oleh ahli Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah. Teater “Palestin Bumi Islam” merupakan sebuah pementasan teater kesedaran kepada para peserta mengenai suasana dan keadaan yang menimpa saudara Islam di Bumi Palestin. Pementasan yang penuh dengan tragis dan semangat juang Islam yang tinggi ini betul-betul menyentuh perasaan dan membuka mata para peserta sehinggakan ketika teater di pertontonkan, ada segelintir para peserta berdiri dan turut serta di dalam lakonan teater tersebut dek kerana tidak sanggup melihat saudara Islam di Palestin di pukul dan di bunuh. Bunyi tangisan dan jeritan mengisi ruangan masjid pada malam tersebut. Harapan dari pihak penganjur agar para peserta mendapat iktibar dan manfaat dari pementasan teater tersebut dan bangkit menjadi seorang pejuang Islam yang sejati.

Pementasan teater “Palestin Bumi Sabah”

Para peserta yang sebak ketika laungan takbir “Allahu Akbar”
Di sepanjang program tersebut, respon para peserta adalah baik dan tiada sebarang masalah yang di cetuskan. Malah, ada beberapa perubahan positif yang dapat di lihat di kalangan para peserta ketika program sedang di jalankan sebagai contoh budaya memberi salam, makan bersama-sama dan membaca surah lazim sebelum tidur.

Budaya makan bersama-sama
Kem Remaja Islam 2011 telah di rasmikan oleh Saudara Mohd Fairuz Bend, Presiden Persatuan Siswazah Sabah pada tanggal 5 Jun 2011. Ketika di dalam ucapan penutupan beliau, beliau melahirkan harapan dan juga impian agar sebarang kesedaran dan perubahan yang terbit di dalam diri peserta di sepanjang program ini tidak berhenti setakat program itu sahaja. Beliau juga meminta para peserta agar terus menyertai program berunsurkan islam pada masa akan datang.

Dengan meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak halatuju gerakan melalui perancangan dan perlaksanaan program-program peningkatan ilmu dan kemahiran melalui penglibatan barisan tenaga mahir dan kebersamaan sector awam dan swasta secara bersepadu dan berterusan, itulah misi perjuangan Persatuan Siswazah Sabah . Harapan pihak penganjur agar golongan remaja di luar sana tetap terus menyertai program pembangunan insaniah sebegini dalam melhirkan individu Islam yang mantap.

asif jiddan di atas kelewatan update laporan

videp pengenalan KRIS,kredit tu saudara pakar ict PSS

dan juga kredit tu saudara junior ICT di atas video penutupan..


dan more picture di

jurugambar bertauliah & jurugambar di iktiraf

~erti hidup dengan berkongsi~

1 comments:

NadiahHalim dot com said...

bestnya diorang..ada kak nisa lg jd TP Kris..tahniah kpd semua ajk pelaksana yang telah menjayakan KRIS KK ni! sygnya xdapat join sama dgn adik2...