Footer Right Content

Saturday, January 1, 2011

KRU di Hatiku.

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum WBT pembuka bicara. Alhamdulillah untuk sekian kalinya Allah masih memanjangkan usia kita menginjak tahun 1432 hijrah dan kini 2011 masihi puga membuka tirai. Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat sahabiah yang sudi menyokong KRU dan menceriakan aktiviti-aktiviti KRU. Semoga Allah menetapkan hati-hati kita agar istiqomah dalam melaksanakan segala kebaikan.

Menjejakkan usia ke tahun 1432H/2011M, mencoretkan ribuan kenangan yang pasti termaktub dalam lipatan sejarah. Semoga kepahitan dan kemanisan yang dilalui mampu mematangkan diri dalam memahami erti kehidupan.

Apa hukumnya menyambut tahun baru masihi?

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya:
"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan".
(Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Konsert, pergaulan yang tidak terpisah, hiburan pencetus maksiat berleluasa lagi hiburan berteraskan budaya hedonisme barat. Rentetan daripada permasalahan ini membuka mata Persatuan Siswazah Sabah untuk mewujudkan kelab remaja yang mampu melahirkan lebih ramai remaja yang bersifat rabbaniah dan berusaha memperjuangkan Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Kelab remaja PSS kini telah berusia 3 tahun selepas penubuhannya. Sejak penubuhan tersebut, kini telah terdapat sebanyak 7 cawangan Kelab Remaja Ukhuwwah berjaya diwujudkan [Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sipitang, Kota Marudu, Kundasang dan penampang]. Mengimbau memori sepanjang berprogram, bervariasi aktiviti telah dilaksanakan dengan izin Allah SWT

KRU Kota Kinabalu - Transformasi Menuju Misi


KRU Tuaran - Prihatin isu ummah


KRU Kota Belud - Menjiwai Masyarakat


KRU Sipitang - Berdikari mendukung Dakwah


KRU Kota Marudu - Islam di Hatiku


KRU Penampang - Up Up, DPM!


KRU Kundasang - Kualiti Melangkaui Kuantiti

Semoga KRU dan PSS akan terus mendapat tempat dijiwa masyarakat dan berjaya menyuburkan Islam di bumi Sabah. Ya Allah, istiqomahkanlah hati pejuang-pejuangMu dalam berbakti kepada masyarakat Sabah, terus berusaha merebut hati-hati bakal peneraju masa hadapan, bersatu menegakkan syiar Islam bagi mengejar keredhaanMu.

0 comments: