Footer Right Content

Sunday, November 7, 2010

Kereta Polis

Selesai menunaikan Solat Subuh, semua peserta qiam bergerak mengikut kumpulan usrah masing-masing. Sewaktu tiba di ruang legar bahagian bawah masjid meluruh seorang ahli KRU cilik dengan muka kaget dan sedikit cemas.

"Kenapa ada kereta polis di sini awal-awal pagi ni?" Soalnya sambil kaki masih berlari-lari anak.

"Poliskan datang sini untuk sembahyang subuh." Jawab mesra kakak usrah.

"Kenapa polis sembahyang?" Pantas meluncur soalan kedua dari Si Cilik penuh kehairanan. Selama ini Si Cilik merasakan polis adalah orang-orang yang hebat, tangkas, berkawal di sana sini dan ada kuasa tangkap pesalah atau penjenayah.

"Poliskan hamba Allah juga. Polis pun boleh masuk syurga atau neraka. Polis mahu masuk syurga atau neraka?" Kakak usrah berusaha menangani kekalutan Si Cilik dengan berhikmah.

"Masuk syurga!!!" Lancar Si Cilik bersuara dengan wajah keriangan sambil mengangkat-angkat tangan kanan.

"Jadi polis wajib sembahyang supaya polis boleh masuk syurga..." Tambah kakak usrah menduga keyakinan Si Cilik.

"Betul, betul, betul." Tingkah Si Cilik lagak gaya upin dan ipin.

1 comments:

Nashrah Basyirah said...

mantaplah mesej nya :)