Footer Right Content

Thursday, July 23, 2009

Jelajah Dakwah Ustaz Azhan Atan, Ustaz Akhwan Afandi


Meraih intipati daripada program yang dianjurkan sering dikatakan medan yang baik untuk mentarbiyyah diri di samping mentarbiyyah peserta. Walaubagaimanapun, tarbiyyah sebenar tidak boleh bersifat tumpangan dan curi-curi, tetapi hati, jiwa dan raga harus dipusat dan difokuskan ke arah itu. PSS mengharapkan supaya semua mengambil peluang daripada jelajah dakwah dua orang ustaz ini guna mengisi dan membentengi diri dengan perkara bermanfaat.

Jelajah dakwah Azhan-Akhwan meliputi beberapa daerah, bertujuan membawa mesej Islam sebagai cara hidup syumul melalui pendekatan ceramah bersahaja, ramahmesra bersama penduduk dan ziarah mahabbah. Ia juga membawa mesej hiburan Islam yang unggul melalui Konsert Mini dan Konsert Motivasi di beberapa sekolah dan kampung. Jadual mereka di Sabah daripada 23-27hb Julai 2009 adalah seperti berikut;

23 Julai 2009 ( Khamis )
Pagi-Malam
Azhan-Akhwan : Ranau


24 Julai 2009 ( Jumaat )
Pagi-Petang
Azhan-Akhwan : Ranau

Malam
Azhan : Kuliah Maghrib Kg. Gintisan
: Majlis Makan Malam Amal (Dapatkan tiket segera, hubungi : 0135305244)

Akhwan : Kuliah Maghrib Kg. Kuala Menggatal
:
Majlis Makan Malam Amal (Dapatkan tiket segera, hubungi : 0135305244)

25 Julai 2009 ( Sabtu )
Pagi-Malam
Azhan : Tambunan

Pagi-Petang
Akhwan : ProMis Politeknik KK

Malam
Akhwan : Kuliah Maghrib UMS

26 Julai 2009 ( Ahad )

Pagi-Petang
Azhan : Bertolak Pulang

Akhwan : Pr
oMis Politeknik KK

Jamuan Makan Malam Amal bertujuan mengumpul dana untuk memebeli 3 buah pam air untuk 3 buah kampung di Keningau. Nazrey Raihan akan turut bersama memeriahkan malam tersebut. Jangan ketinggalan, makan sambil menderma!!

1 comments:

Ar-ruhul Jadid said...

Assalamualaikum.w.b.t.. thniah ats pengnjuran ustaz ahzan trhdp prgram ini dlm mmperjuangkn Islam kpd golongan remja khususnya... nmun, knp pengnjuran program sbegini tdk meliputi golongn remja yg lain trutma remja yg bkan ahli KRU mn2 cwgan???