Footer Right Content

Thursday, March 12, 2009

Tahniah Adik-Adik KRU!

Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah mengucapkan tahniah kepada semua ahli kelab Remaja Ukhuwwah yang baru mendapat keputusan SPM pagi tadi. Kepada yang berjaya, teruskan misi memburu kejayaan, dan jangan lupa memanjatkan kesyukuran kepada pemberi kejayaan. Kepada yang kurang berjaya, tiada istilah berhenti dan berputus asa dalam kamus perjuangan orang Islam. Hari ini mungkin kurang baik, tetapi esok masih ada. Senyum sikit(",)!

Adik-adik diminta memaklumkan keputusan peperiksaan kepada penyelaras kawasan masing-masing untuk rekod, dan setiap kawasan digalakkan untuk mengadakan perbincangan peribadi atau umum bersama lepasan SPM untuk memberikan cadangan halatuju menyambung pendidikan. Segala maklumat hendaklah disalurkan kepada Kak Rohana (KRU Tuaran-0132042543) untuk penyelarasan. Pastikan adik-adik berkongsi maklumat ini, untuk memastikan kesinambungan tarbiyyah di mana sahaja bumi yang adik-adik jejaki selepas ini.

Tahniah sekali lagi!

1 comments:

Nur Taqwa said...

assalamualaikum..

bagaimana saya nak jadi ahli??