Footer Right Content

Thursday, February 12, 2009

Tinta Remaja Muncul Semula!


Nama risalah Tinta Remaja sinonim dengan ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah di Kota Belud. Hasil cadangan dan inisiatif yang dimulakan oleh ahli-ahli KRUKB, kini Tinta Remaja muncul semula untuk tatapan seluruh ahli KRU! Tinta Remaja tampil dengan 4 bahagian utama,

Fokus - Perbincangan atau artikel utama bertujuan membentuk fikrah perjuangan ahli-ahli KRU, dicadangkan supaya dikupas di dalam majlis usrah atau perjumpaan berkala di kawasan-kawasan.

Isu Semasa - Perbincangan isu semasa yang berlaku samada di dalam negeri, negara atau di peringkat antarabangsa. Isu adalah yang relevan dengan pembaca.

Artikel Pembaca
- Satu artikel tulisan ahli KRU dari mana-mana kawasan akan dipilih untuk dimuatkan ke dalam Tinta Remaja. Penyelaras kawasan digalakkan meminta ahli kawasan masing-masing menghasilkan karya dan menghantarkannya kepada pihak editorial untuk diteliti sebelum 8hb setiap bulan. SEMUA karya yang dihantar akan dimasukkan ke blog KRU, dan kawasan yang menghantar jumlah artikel paling banyak akan menerima Anugerah Karyawan di penghujung sesi.


Pengumuman - Memuatkan aktiviti terdekat ahli-ahli KRU untuk hebahan. Mereka yang ingin menyalurkan maklumat berhubung apa-apa aktiviti bolehlah menghubungi editorial untuk dimuatkan ke dalam Tinta Remaja.

Tinta Remaja akan dimasukkan ke kotak Ilmuwan dalam bentuk Publisher dan PDF di blog KRU dan boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, penyelaras kawasan digalakkan mengambil inisiatif membanyakkan risalah untuk edaran kepada ahli kawasan. Sebarang cadangan penambahbaikan atau komen, sila hantarkan emel ke siswazabah@yahoo.com atau komen di sini. Terima kasih atas sokongan dan pandangan bernas semua ahli!

0 comments: